Firman Allah SWT:
“Dan berilah
peringatan dengan apa
yang telah diwahyukan itu
kepada orang - orang yang
takut akan dikumpulkan kepada
Rabb mereka (pada
hari kiamat), sedang mereka
tidaklah mempunyai seorang
pelindung dan pemberi syafaat pun
selain Allah, agar
mereka bertakwa .” (QS. Al an’am:
51).
“Katakanlah (hai
Muhammad): " hanya milik
Allah lah syafaat itu semuanya .”
(QS. Az zumar: 44).
“Tiada seorang
pun yang dapat
memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin - Nya.” ( QS. Al baqarah: 225).
“Dan berapa
banyak malaikat di
langit, syafaat mereka sedikit pun
tidak berguna, kecuali
sesudah Allah mengizinkan ( untuk
diberi syafaat) bagi siapa sahaja yang dikehendaki dan diredhai- Nya.” (QS. An
Najm : 26).
“Katakanlah: “seru lah
mereka yang kamu
anggap (sebagai tuhan) selain
Allah, mereka tak
memiliki kekuasaan seberat zarah pun di langit mahupun di bumi, dan mereka
tidak mempunyai suatu apa pun
dalam (penciptaan) langit dan bumi, dan sama sekali tidak ada di antara
mereka menjadi pembantu
bagi - Nya. Dan tiadalah berguna
syafaat di sisi Allah, kecuali bagi orang yang
telah diizinkan- Nya memperoleh
syafaat itu …”(QS. Saba’ : 22 )
Taqiyuddin abu Abbas ibnu
Taimiyah mengatakan: “Allah telah menyangkal segala hal yang menjadi tumpuan
kaum musyrikin, selain diri-Nya sendiri, dengan menyatakan
bahawa tidak ada seorang pun selain -Nya
yang memiliki kekuasaan,
atau bahagiannya, atau menjadi pembantu Allah.
Adapun tentang syafa’at, maka telah
ditegaskan oleh Allah bahawa
syafaat ini tidak berguna kecuali bagi orang yang telah diizinkan untuk
memperolehnya, sebagaimana
firman -Nya:
“Dan mereka tidak
dapat memberi syafa’at,
kecuali kepada orang yang
diredhai Allah.” (QS.
Al Anbiya’ :28).
Syafa’at yang dikatakan oleh orang-orang musyrik itu tidak
akan ada pada
hari kiamat, sebagaimana
yang telah dinyatakan oleh Al qur’an.
Nabi saw bersabda:
“bahawa beliau
pada hari kiamat akan
bersujud kepada Allah
dan mengucapkan segala pujian
kepada-Nya, beliau tidak terus
memberi syafaat terlebih
dahulu, setelah itu
baru dikatakan kepada beliau:
“ Angkatlah kepala mu, katakanlah nescaya
ucapan mu pasti akan
didengar, dan mintalah nescaya
permintaan mu akan dikabulkan,
dan berilah syafa’at nescaya
syafa’at mu akan diterima ”.( HR. Bukhari dan Muslim).
Abu Hurairah r.a bertanya
kepada beliau: “siapakah orang yang
paling beruntung mendapatkan
syafa’at mu? Beliau
menjawab: “iaitu orang
yang mengucapkan la Ilaha
Illallah dengan ikhlas dari
dalam hatinya”. (HR. Bukhari dan
Ahmad).
Syafa’at yang ditetapkan
ini adalah syafaat
untuk Ahlul Ikhlas Wattauhid (orang-orang yang mentauhidkan Allah dengan
ikhlas kerana Allah
semata) dengan izin Allah;
bukan untuk orang
yang menyekutukan Allah dengan yang lain -Nya.
Jadi , syafa’at yang
ditiadakan oleh Al qur’an adalah yang
di dalamnya terdapat kemusyrikan.
Untuk itu , Al Qur’an
telah menetapkan dalam beberapa ayatnya bahawa syafaat itu
hanya ada dengan
izin Allah; Dan
Nabi pun sudah menjelaskan
bahawa syafaat itu
hanya diperuntukkan bagi orang-orang
yang bertauhid dan ikhlas kerana Allah semata-semata”.
Kesimpulannya:
Ayat pertama dan
kedua menunjukkan bahawa
syafaat seluruhnya adalah hak khusus bagi Allah.
Ayat ketiga menunjukkan
bahawa syafaat itu
tidak diberikan kepada seseorang tanpa adanya izin dari Allah swt.
Ayat keempat menunjukkan
bahawa syafaat itu
diberikan oleh orang yang
diredhai Allah dengan
izin dari -Nya. Dengan demikian
syafaat itu adalah
hak mutlak Allah, tidak
dapat diminta kecuali
dari -Nya; dan menunjukkan pula kebahtilan syirik yang
dilakukan oleh kaum musyrikin dengan mendekatkan diri kepada malaikat, nabi
atau orang-orang soleh, untuk meminta syafaat mereka.
Ayat kelima mengandungi
bantahan terhadap kaum musyrikin yang mereka itu menyeru selain
Allah, seperti malaikat dan
makhluk- makhluk lainnya, kerana mereka menganggap bahawa
makhluk- makhluk itu boleh mendatangkan manfaat dan
menolak mudharat; dan menunjukkan bahawa
syafaat tidak berguna
bagi mereka, karena syirik
yang mereka lakukan,
tetapi hanya berguna bagi
orang yang mengamalkan
tauhid, dan itu pun
dengan izin Allah..
No comments:
Post a Comment