Tokoh Tokoh Ulama' Kelantan

Tokoh Tokoh Ulama' Kelantan
Sesungguhnya Ulama' itu Pewaris Nabi

Friday 29 November 2013

Akhirat itu yang sebenar-benar masa depan

Ramai yang menyangka atau beranggapan bahawa masa depan itu adalah masa atau hari tua mereka nanti, seolah-olah mereka lupa akan adanaya kehidupan di akhirat kelak. Percaya dan yakinlah akan aturan Allah buat kita semua, sentiasalah jua memohon agar diberikan kebaikan dan keberuntungan didunia dan lebih-lebih lagi dihari akhirat nanti.

Sesungguhnya kehidupan didunia hanyalah sementara, kebahagiaan dunia itu tidak kekal, manakala penderitaan dunia juga tidak akan kekal. Akhirat jua lah yang kekal abadi.

Sebagai seorang yang bergelar muslim, wajib bagi kita untuk mengejar akhirat dan berlebih-lebih bagi kehidupan akhirat berbanding dari kehidupan didunia. Apa yang dibawa apabila seseorang itu kembali ke rahmatullah, bukanlah harta atau anak pinak, akan tetapi iman jua lah yang akan dibawanya nanti. Dari iman itu adanya amal, iaitu segala perbuatan yang baik atau buruk yang telah kita lakukan selama hidup didunia ini.

Saya berpesan kepada diri juga kepada kaum muslim seluruhnya, kejarlah akhirat, binalah masa depan yang membawa kepada keuntungan didunia juga akhirat melalui jalan rasulNya serta kitabNya. Mudah-mudahan kita semua sentiasa berada dibawah naunganNya sentiasa dan mendapat kehidupan yang bahagia didunia ini dan juga diakhirat sana..

Sunday 24 February 2013

Kaedah Merawat Bayi Yang Menangis Tanpa Henti

Pernahkah anda melihat bayi anda tidak berhenti menangis selama berjam-jam lamanya ? Disini saya menurunkan kaedahnya untuk anda lakukan sendiri dirumah.

1) Baca tepi telinga bayi kuat-kuat 2 ayat terakhir qursy "walaya'uduhu hifzuhuma wahuwal aliyyul adzim" sebanyak 33x dan tiup 10 saat pada seluruh muka dan ubun-ubunnya.

2) AZAN dengan kuat sebanyak 3x.

yasin ayat 9




3)Baca yasin ayat 9 ( 7x) lalu tiup pada tapak tangan kanan lalu sapu seluruh mata bayi niat "supaya ditutupkan penglihatannya kepada alam jin".

InsyaAllah sembuh dan berhenti menangis...

Kaedah alternatif boleh juga dibacakan surah Sajadah keseluruhannya dan tiup di bubun bayi.

Antara Doa-Doa Mustajab 2


























Antara Doa-Doa Mustajab


























cara Rasulullah SAW menegur isteri

(Kisah yang pernah saya baca...)

...Ketika Rasulullah merasai sedikit minuman yang

isterinya Saidatina Aisyah RA hidangkan...

...Rasulullah tersenyum...


...Saidatina Aisyah yang memerhati suaminya minum

kehairanan...

"...wahai Rasulullah...kenapa engkau senyum...?"


"...saya masih teringat lagi...kisah masa kita baru men-

dirikan rumahtangga..." iaitu kebiasaannya masa itu
Rasulullah selalu berkongsi makan minum dalam satu
bekas dengan isterinya...

...sebagai seorang isteri yang sayang kepada suaminya...

ia merupakan kenangan yang indah...

...dan alangkah indahnya pula jika ia dapat di ulangi lagi...


...Saidatina Aisyah mencapai gelas Rasulullah tadi...dan

minum...ia sedikit tersentak...

...rupanya minuman manis yang dihidangkannya pada

suaminya terasa masin...tersalah bubuh garam...

...dan suaminya masih senyum...

Bahaya Dampingi jin sama ada sengaja atau tidak

Wallahu a'lam...tak tau pula kalau ada jin yang mendampingi
seseorang manusia itu dengan niat ikhlas...

Secara tepat...ikhlas itu ialah jin mendampingi seseorang man-
usia dengan tujuan ikhlas membantu...untuk mencari keredha-
an Allah... dan bukannya 'ada udang di sebalik batu'...

Namun ada beberapa perkara yang perlu kita ambil kira...
iaitu...
adalah haram bagi jin memasuki tubuh manusia walau
dengan tujuan apa sekalipun...
tak kira samada ia ikhlas atau tak ikhlas.

Secara mudah difahami...
umpama sesebuah rumah...adalah haram bagi kita memasuki
rumah orang lain tanpa izin...
dan setiap tubuh manusia itu adalah ' rumah ' khusus untuk
rohnya...

...dan membenarkan jin sekalipun...memasuki tubuh kita
adalah dilarang kerana ia memudaratkan...
dan besar bahayanya...samada dalam jangka masa pendek atau
masa panjang...

dan perkara lain...
haram juga hukumnya meminta pertolongan jin...
samada secara langsung atau tak langsung...melalui rasukannya
pada tubuh seseorang dari kalangan manusia...

Maka hukumnya...sama seperti manusia...
iaitu tidak ada keharusan baginya melakukan perkara-perkara
yang diharamkan...
walau pun dengan tujuan untuk mencari keredhaan Allah.

Ia seperti kisah Robin Hood...
yang merompak harta orang kaya untuk membantu orang-
orang miskin...

Maka ikhlas jin untuk membantu adalah tertolak dengan ia
mengerjakan sesuatu yang di larang dalam Agama...

Wallahu a'lam

Ayat Kursi Pagar Diri

Iaitu amalan Ayat Kursi sebagai doa dan ikhtiar
untuk pendinding diri...

caranya...


1.Baca Suroh Al Fatihah 1 x.


2.baca salawat 3 x.


3.baca Ayat Kursi 1 x.


Kaedah baca Ayat Kursi...


...ia dibaca seperti biasa...tapi bila sampai kepada ayat...

Walaa ya uduhuu hifzuhumaa di baca 7 x...baru
habiskan dengan sambungannya...wahuwal Aliyyul Aziiim...

4.Tarik nafas melalui hidung sambil zikir Allah...Allah...

hingga 7 x...

5.Tahan nafas...baca Ayat Kursi dalam hati 1 x...

...dan kalau mampu...ayat walaa ya uduhuuu hifzuhumaa
wahuwal Aliyyul Aziim dibaca 7x...

6.kemudian lepas nafas...dengan zikir allah...allah 7 x

dalam hati...sama seperti semasa menarik nafas tadi...

Amalan ini sebaik-baiknya dibuat pagi petang...atau

sekurang-kurangnya setiap malam...

Tujuannya untuk ikhtiar pendinding diri...keluarga dan

harta benda...

Nota :


1.Kalau anda tak mampu baca Ayat Kursi dalam hati

semasa menahan nafas...
ia boleh digantikan dengan zikir Allah...7x.

Wallahu a'lam