Tokoh Tokoh Ulama' Kelantan

Tokoh Tokoh Ulama' Kelantan
Sesungguhnya Ulama' itu Pewaris Nabi

Saturday 29 December 2012

Bersinarnya Bulan di Malam Hari


Lalu perhatikanlah hikmah cahaya bulan  dan planet-planet pada gelapnya malam. Allah SWT menciptakan kegelapan agar haiwan istirehat. la juga dimaksudkan untuk mendinginkan udara bagi badan dan tanaman sehingga ada yang mengimbangi panasnya matahari. Dengan itulah, tanaman dan haiwan hidup. Kerana hikmah-Nya seperti itu, maka Dia mencampur malam dengan sedikit cahaya, dan tidak menjadikannya gelap gelita tanpa cahaya  sama sekali. Demikian itu dimaksudkan agar haiwan masih tetap dapa t bergerak dan beraktiviti. 

Pada malam hari haiwan perlu bergerak, berjalan, dan melakukan aktiviti yang tidak dapat dilaksanakan pada siang hari kerana sempitnya waktu siang, atau kerana terlalu panas, atau karena takut untuk keluar pada siang hari; seperti dialami banyak haiwan. Oleh sebab itu, Dia menganugerahkan sinar bintang dan cahaya bulan di malam hari. Sehingga, memungkinkan dilaksanakannya banyak pekerjaan seperti keluar, bercucuk tanam, dan pekerjaan ladang yang lain. Dia menjadikan cahaya bulan di malam hari sebagai pembantu haiwan dalam melakukan aktiviti ini.

Allah SWT menentukan terbitnya bulan hanya di sebahagian malam, dan tidak pada sebahagian yang lain. Cahaya bulan dan bintang lebih lemah dari sinar matahari. Hal ini dimaksudkan agar malam tidak sama dengan siang. Sehingga, tidak hilang hikmah pergantian dan perbezaan siang-malam yang telah ditakdirkan Tuhan yang Maha Perkasa dan Maha Tahu.

Maka, renungkanlah hikmah luar  biasa dan takdir menakjubkan yang dimaksudkan untuk membantu haiwan dalam mengatasi kegelapan ini. Allah SWT tidak menjadikan semesta gelap gelita. Akan tetapi, gelap yang disinari dengan cahaya. Itu adalah rahmat dan ihsan-Nya.  Maha Suci Allah SWT yang mencipta dengan sebaik-baiknya…

No comments:

Post a Comment