Tokoh Tokoh Ulama' Kelantan

Tokoh Tokoh Ulama' Kelantan
Sesungguhnya Ulama' itu Pewaris Nabi

Friday 28 December 2012

BEBERAPA TATACARA SEMBAHYANG JAMAK DAN QASAR YANG DIAMALKAN DI Malaysia


Antara  hikmah  Allah Subhanahu  wa  Ta'ala mengsyari’atkan sembahyang  jamak dan  qasar adalah  sebagai  satu  rukhshah(kelonggaran)  dalam  rangka  meringankan  kesulitan  yang  dihadapi  oleh mereka yang bermusafir.

Menurut Ustaz Rasul Dahri:

Pelayaran atau perjalanan yang jauh sering menghadapi kesulitan,  sering  menempuh  berbagai  masalah  dan  rintangan sehingga  Nabi  Muhammad  shallallahu  ‘alaihi  wasallam mengumpamakan  musafir  sebahagian  dari  azab,  sebagaimana hadis baginda:

Dari  Abi  Hurairah  radhiallahu  'anhu,  dia  berkata:

Bersabda  Rasulullah  shallallahu  ‘alaihi  wasallam: 

“Musafir itu  adalah  sebahagian  dari  azab  yang  menghalangi seseorang  itu  dari  makan,  minum  dan  tidur  (secara  yang sempurna).  Maka  oleh  kerana  itu  apabila  seseorang  telah selesai  keperluannya  dalam  pelayaran,  hendaklah  segera pulang ke pangkuan keluarganya.

Untuk  meringankan  kesulitan,  maka  Allah Subhanahu wa  Ta'ala memberi  kelonggaran  (rukhshah)  kepada  orang-orang yang beriman  supaya mengqasarkan sembahyang mereka semasa  musafir  atau  semasa  berpergian,  malah  sembahyang qasar ini  juga  telah  dijadikan  sedekah  (hadiah)  oleh  Allah kepada  hamba-hamba-Nya  yang  beriman  di  samping  ia  telah diwajibkan-Nya.

Namun begitu beberapa perkara yang biasa diamalkan oleh umat Islam  di  Malaysia  berkaitan  jamak dan  qasar ini  telah  menyebabkan kelonggaran  ( rukhshah)  yang  telah  Allah  Subhanahu  wa  Ta'ala hadiahkan  kepada  kita  itu  diabaikan.  Antara  amalan  tersebut  adalah seperti berikut:




1)      Mengqasarkan  sembahyang  ketika  bermusafir  hanyalah  sunat. Malah  ada  yang  beranggapan  menyempurnakan  sembahyang (tidak  mengqasar)  adalah  lebih  afdhal atau  baik.  Keselesaan dalam  perjalanan  serta  kecanggihan  sistem  pengangkutan menyebabkan  keperluan  untuk  mengqasar atau  menjamaksembahyang sudah tidak relevan lagi.

2)      Jarak  perjalanan  untuk  diklasifikasikan sebagai  musafir  mestilah melebihi  dua  marhalah  yang  bersamaan  dengan  lebih  kurang lapan puluh tiga kilometer.



3)      Apabila  seseorang  bermusafir  dan  berhenti  pada  satu  tempat selama lebih dari tiga hari maka hendaklah dia menyempurnakan sembahyangnya  tanpa  diqasarkan  pada  hari yang  keempat  dan berikutnya.

4)      Menjamakkan  sembahyang  hanya  boleh  dilakukan ketika bermusafir.



5)      Niat  hendaklah  dilafazkan  dengan  formulasi  bacaan yang  tertentu  ketika  hendak  menjamak dan mengqasarkan sembahyang.

6)      Hanya  perjalanan  yang  tidak  mengandungi  unsur  yang bertentangan dengan  syara’ membolehkan sembahyang itu diqasar atau dijamakkan.

Insya-Allah akan  kita  bahaskan  satu  persatu  perkara-perkara  di atas  mengikut  neraca  al-Qur’an dan  al-Sunnah sebagaimana  yang diamalkan  oleh  para  Salafussoleh dan  semoga melalui  penjelasan  ini keringanan  yang  Allah  Subhanahu  wa  Ta'ala anugerahkan  kepada hamba-hamba-Nya  berkaitan  dengan  jamak  dan  qasar  ini  akan dipergunakan sepenuhnya oleh kita semua. (bersambung….)

No comments:

Post a Comment