Al -Qur’an, hadis
sahih, naluri dan
cara berfikir yang sihat telah mendukung kenyataan
bahawa Allah berada di atas
'Arasy.
Firman Allah SWT:
“(iaitu) Tuhan
Yang Maha Pemurah,
Yang bersemayam di atas 'Arsy.”(Q.S; Thaahaa: 5).
pengertian ini sebagaimana
diriwayatkan oleh Bukhari dari
beberapa tabi’in.
Firman Allah SWT:
“Apakah kamu merasa aman
terhadap Allah Yang di langit? bahawa
Dia akan menjungkir- balikkan bumi bersama kamu?".(Q.S; Al -Mulk: 16).
Firman Allah SWT:
Mereka takut kepada Tuhan mereka yang berada di atas
mereka…”. (Q.S; An Nahl: 50).
Firman Allah SWT tentang Nabi Isa a.s:
“Tetapi (yang
sebenarnya) Allah telah mengangkat 'Isa kepada- Nya …”. (Q.S;
An Nisa’: 158).
Maksudnya Allah SWT
menaikkan Nabi Isa a.s
ke langit.
Firman Allah SWT:
“Dan Dia- lah
Allah (Yang disembah),
baik di langit mahupun di bumi
…”.(Q.S; Al An’ am: 3).
Ibnu Katsir rahimahullah
menjelaskan ayat ini sebagai
berikut: "Para ahli tafsir sependapat
bahawa kita tidak akan
berkata seperti ucapan
kaum Jahmiyah (golongan yang
sesat) yang mengatakan bahawa Allah SWT itu berada
di setiap tempat.
Maha suci Allah SWT dari ucapan mereka.”
Adapun firman Allah SWT:
“Dan Dia
bersama kamu di
mana saja kamu berada …”. (Q.S; Al Hadiid: 4).
Maksudnya bahawa Dia
bersama kita; mengetahui, mendengar dan melihat kita di
mana pun kita berada. Apa yang
disebutkan sebelum dan
sesudah ayat ini menjelaskan hal tersebut,
seperti keterangan dalam
tafsir Ibnu Katsir.
Rasulullah saw mi’raj ke
langit ketujuh dan difirmankan Allah SWT kepadanya serta
diwajibkan untuk melakukan solat
lima waktu. (Dalam
riwayat Bukhari dan Muslim).
Sabda Rasulullah saw:
“Kenapa kamu
tidak mempercayaiku, padahal
aku dipercaya oleh Allah SWT yang berada
di langit.? (Hadis riwayat Tirmidzi).
Sabda Rasulullah saw:
“Sayangilah orang -orang
yang ada di
bumi maka yang di
langit (Allah) akan
menyayangimu.” (Riwayat Tirmidzi).
Rasulullah saw pernah
bertanyakan seorang budak wanita:
“Di mana
Allah?” jawabnya: “Di
langit” ,” Rasulullah
bertanya lagi: “ Siapa
aku ini?” dijawabnya lagi :
“Engkau adalah Rasul
Allah.” Lalu Rasulullah saw bersabda: “Merdekakanlah dia
kerana dia seorang mu’minah.” (Riwayat Muslim).
Sabda Rasulullah saw:
Arsy itu berada
di atas air,
dan Allah SWT berada di atas
Arsy, Allah SWT mengetahui keadaan
kamu.”(Hadis hasan riwayat Abu Daud)
Abu Bakar Ash
Shiddiq r.a berkata: “Barangsiapa menyembah
Allah SWT, maka Allah SWT berada di langit, Dia Maha hidup
dan tidak pernah mati.” (Riwayat Imam Darimi dalam Al Radd 'Alal Jahmiyah).
Abdullah bin Mubarak
rahimahullah pernah ditanya: “Bagaimana kita mengetahui Tuhan kita?”,
maka ia menjawab: “Tuhan
kita berada di
atas langit, di
atas 'Arsy, berbeza dengan makhluk-Nya.". Maksudnya; Dzat Allah SWT berada di
atas 'Arsy, berbeza
dan berpisah dengan makhluk-Nya,
dan keadaan-Nya di atas 'Arsy tersebut tidak sama dengan mahkluk.
Para Imam empat (imam Abu Hanifah,imam Malik,imam Syafi’i dan
imam Ahmad bin Hanbal)
telah sepakat bahawa
Allah SWT berada di atas 'Arsy, tidak ada seorang pun dari makhluk -Nya
yang serupa dengan-Nya.
Orang yang sedang solat selalu mengucapkan: “Subhana Rabbial
A’laa" (Maha suci
Tuhanku Yang Maha Tinggi).
Ketika berdo’a, ia
juga mengangkat tangannya
dan menengadah ke langit.
Anak kecil ketika kita bertanyakan di mana Allah SWT? dia
akan segera menjawab
berdasarkan nalurinya, bahawa
Allah SWT berada di langit.
Cara berfikir yang
sihat juga mendukung kenyataan bahawa
Allah SWT berada di langit.
Seandainya Allah SWT ada di semua tempat, nescaya
Rasulullah saw pernah
menerangkan dan mengajarkan
kepada para sahabatnya. Kalau
Allah SWT berada di segala
tempat, bererti Allah SWT juga
berada di tempat -tempat najis
dan kotor. Maha suci Allah
SWT dari
anggapan yang demikian itu.
Pendapat yang mengatakan
bahawa Allah SWT berada di segala
tempat, bererti bahawa Dzat Allah SWT itu
banyak, kerana banyaknya tempat.
Akan tetapi karena Dzat
Allah SWT itu satu, dan
mustahil banyak, maka pendapat
yang mengatakan bahawa
Allah SWT berada di segala tempat
adalah bathil. Maka
sudah tentu Allah SWT itu berada
di langit, di
atas 'Arsy -Nya, dan
Dia bersama kita; mengetahui, mendengar dan melihat kita di mana pun
kita berada.
No comments:
Post a Comment