Imam al-Nawawi dilahirkan
di sebuah kampung
bernama Nawa di
daerah Hauran sebelah selatan kota Damsyik, Syria pada
bulan Muharram 631H. Nama penuh beliau ialah Muhyiddin, Abu Zakaria,
Yahya bin Syaraf
al-Nawawi, al-Hizami, al-Haurani,
al-Syafii. Beliau hidup
di kalangan ahli keluarga yang sangat menghargai ilmu agama.
Imam Nawawi pindah ke Damsyik dan tinggal di madrasah
al-Rawahiyyah pada tahun 649H semata-mata untuk menuntut ilmu. Beliau sangat
tekun menuntut ilmu agama dan berjaya menghafal kitab al-Tanbih hanya dalam
masa 4 setengah bulan sahaja. Pada bulan berikutnya dalam tahun itu beliau
berjaya menghafal ¼ kitab al-Muhazzab di bawah bimbingan gurunya iaitu Ishaq
bin Ahmad al-Maghribi.
Beliau kemudian berangkat bersama bapanya untuk menunaikan
fardu haji. Di sana beliau telah menetap
di kota Madinah
selama sebulan setengah
dan mengalami sakit
di sepanjang perjalanannya.
Abu al-Hasan bin al-‘Atthar salah seorang muridnya menceritakan bahawa gurunya iaitu Imam
al-Nawawi memberitahunya yang dia belajar sebanyak 12 pelajaran dengan para
gurunya setiap hari. Subjek
tersebut sama ada
dalam bentuk huraian
atau pembetulan. Subjek pelajarannya adalah seperti berikut:
2 subjek menggunakan kitab al-Wasith (fiqh)
1 subjek menggunakan kitab al-Muhazzab (fiqh)
1 subjek menggunakan kitab al-Jam’u baina al-Sahihain
(hadis)
1 subjek menggunakan kitab al-Sahih Muslim (hadis)
1 subjek menggunakan kitab al-Luma’ karya Ibn Jinni (nahu)
1 subjek menggunakan kitab Islah al-Manthiq (bahasa)
1 subjek dalam ilmu saraf1 subjek dalam ilmu usul al-fiqh
1 subjek dalam ilmu rijal – biografi periwayat hadis1 subjek
dalam ilmu usuluddin dan akidah
(berkata Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah: Apa yang tersalin dalam kitab hanya 11 subjek
sahaja)
Antara reaksi kehidupan seharian Imam al-Nawawi ini ialah beliau
enggan makan buah-buahan dan timun (sayur-sayuran), alasannya ialah: “Aku
bimbang ia akan menggemukkan badanku dan membuatkan aku tidur lama!” Sedangkan
beliau hanya makan sekali pada setiap hari dan hanya sekali meminum air iaitu
ketika waktu sahur.
Beliau menghadapi pemerintah dengan penuh keberanian, segala
yang menyalahi sayarak akan ditegur, dikirim kepada mereka surat serta
mengingatkan pemerintah dengan ‘kekuasaan’ Allah Taala. Beliau pernah menulis
dalam suratnya:
“Daripada
hamba Allah, Yahya al-Nawawi: Semoga Allah memberikan keselamatan, rahmat dan keberkatanNya
kepada kamu, Sultan yang dihormati, penghulu raja-raja Badr al-Din. Semoga Allah
melestarikan kepadanya kebaikan dan kebajikan. Diperpanjangkan kebaikan di
dunia ini hingga ke akhirat bagi setiap impiannya serta diberkati pada setiap
keadaannya, amin! Aku ingin
menyampaikan pada pengetahuan
yang mulia bahawa
penduduk Syam sedang menghadapi kesempitan dengan sebab
ketiadaan hujan dalam satu surat yang agak panjang.”
Lalu dibalas surat tersebut dengan nada yang keras oleh
al-Zahir. Bukan sekali beliau menulis surat kepada Malik al-Zahir dalam mengajak
kepada perbuatan yang baik dan meninggalkan perkara yang
buruk. Tetapi nada
suratnya penuh dengan
kelembutan dan kebaikan.
Bukan suara yang keras dan menempelak para pemerintah dengan cacian dan
kutukan sebagaimana kini. Hinggakan pernah ditanya kepada Malik al-Zahir
berkaitan dengan Imam al-Nawawi beliau menyatakan: “Aku begitu gerun
kepadanya”.
Antara karyanya yang terkenal ialah:
Minhaj Fi Syarh Sahih Muslim
Riyadh al-Solihin Min Kalam Saiyid al-Mursalin
Al-AzkarAl-Arba’in (Hadis 40)
Al-Irsyad
Tahzib al-Asma’ Wa al-Lughah
Minhaj al-Thalibin
Al-Daqaiq
Tashihul Tanbih Fi Fiqh al-Syafi’iyah
Taqrib Wa Tahsin Fi Musthalah al-Hadits
Al-‘Umdah
Al-Idhah
Al-Tibyan fi Adab Hamlah al-Quran
Dan banyak lagi
Beliau terus belajar ilmu hingga menjadi seorang ulama besar
dalam fiqh mazhab Syafii, turut mahir di dalam bidang hadis dan bahasa.
Berkaitan dengan ini Syaikh ibn Farh menyatakan bahawa Imam al-Nawawi memiliki
tiga darjat yang setiap satu darjatnya sangat sukar dicapai oleh orang lain,
iaitu ilmu, zuhud dan berpesan ke arah kebaikan dan menolak kemungkaran.
Beliau pulang semula ke Nawa selepas menziarahi Bait al-Maqdis.
Di sana tidak berapa lama beliau jatuh sakit dan meninggal dunia pada bulan
Rejab tahun 676H. Umur Imam al-Nawawi ketika itu baru mencecah 45 tahun,
meskipun usianya yang tidak begitu panjang, kehidupannya dalam tempoh
itu penuh dengan
keberkatan. Umur yang
singkat itu, beliau
menghabiskan untuk melakukan ibadah, ketaatan, mengajar dan
menulis.
Semoga Allah merahmati beliau dan kita semua. Allahumma
amin!
Imam al-Nawawi ini
tidak berkahwin kerana
terlalu sibuk dengan
ilmu dan tidak
sempat memikirkannya. Masanya diluangkan untuk ilmu, beribadah dan hanya
sedikit rehat.
Imam Nawawi diketahui menyusun kitab al-Azkar, hizibnya yang
sudah maklum. Jangan lupa untuk melakukannya selepas solat Dhuha kerana
memiliki keutamaan yang sangat besar.
Sanad Wird atau Hizb An-Nawawi oleh Imam An-Nawawi r.a.
Al-Faqir ila Rabbihi
Al-Qawi, Raja Ahmad
Mukhlis bin Raja Jamaludin
Al-Razi Al-Azhari meriwayatkan
Hizb An-Nawawi ini daripada Sheikh As-Sayyid Ibrahim Bin As-Sayyid Abdullah
Al-Akhsa'ie daripada Sheikh Al-Mu'ammar Hasan Al-Masyath daripada Sheikh
Al-Habib Husien bin Muhammad Al-Habsyi daripada Sheikh As-Sayyid Ahmad bin
Abdul Rahman Al-Bar daripada Sheikh Abdul Rahman bin Muhammad Al-Kazbiri
daripada ayahnda beliau Sheikh Muhammad bin Abdul Rahman daripada ayanda beliau
Sheikh Abdul Rahman daripada Sheikh Muhammad bin Ahmad bin 'Uqailah daripada
Sheikh Hasan bin Ali Al-Ajami daripada Sheikh Najmuddin Muhammad Al-Ghazzi
daripada ayahnda beliau Sheikh Badruddin Muhammad daripada Al-Hafiz Imam
As-Suyuti daripada Sheikhul Islam Imam Al-Bulqini daripada Sheikh Abu Ishaq
Ibrahim bin Ahmad At-Tanukhi daripada
Sheikh 'Ala'uddin bin
Al-'Athor daripada Al-Imam
Al-Hafiz Abu Zakaria Yahya bin
Syarafuddin An-Nawawi r.a.
Ijazah oleh Habib Muzir Al-Munsawa AL-FADHIL SHEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU ABDULLAH
AL-BANJARI AL-MAKKI dan diterjamahkan ke Bahasa Melayu oleh Muallij Mustaqim bin
Mohd Najib Al-Kelantani untuk tatapan umum bukan untuk tujuan pengijazahan.
Amalkan dengan penuh istiqamah.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Dengan nama Allah aku ucapkan ke atas diriku, ke atas
agamaku, ahli keluargaku, anak-anakku, hartaku, sahabat-sahabatku, agama mereka
dan ke atas harta benda mereka seribu "la haula wala quwwata illa billahil
'aliyyil 'azhim"
Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, aku
ucapkan ke atas diriku, agamaku, ahli keluargaku, anak-anakku, harta-bendaku, sahabat-sahabatku,
agama mereka dan ke atas harta benda mereka sejuta "la haula wala quwwata
illa billahil'aliyyil 'azhim"
Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah
Maha Besar, aku ucapkan ke atas diriku, ke atas agamaku, ahli keluargaku,
anak-anakku, harta bendaku, sahabat-sahabatku, agama mereka dan ke atas harta
benda mereka satu billion "la haula wala quwwata illa billahil 'aliyyil
'azhim"
Dengan nama Allah, aku berlindung dan memohon keberkatan,
hanya dengan nama Allah, aku memohon pertolongan dan kemenangan, dan hanya dari
Allah, aku memohon kurniaan, dan hanya kepada Allah, aku bernaung dan
menyandar, dan hanya ke atas Allah, aku tenggelamkan diriku, jihadku, dan
kesungguhanku, dan tiada daya (daripada mengelak maksiat) dan tiada upaya
(daripada mengerjakan taat) melainkan dengan pertolongan Allah yang Maha Tinggi
lagi Maha Agung.
Bismillah, (aku ucapkan) ke atas agamaku, jiwa ragaku,
anak-anakku, harta bendaku, ahli keluargaku, sahabat-sahabatku, dan atas segala
sesuatu yang dikurniakan Tuhanku kepadaku.
Dengan nama Allah, Tuhan Pentadbir tujuh petala langit, Tuhan
Pentadbir tujuh petala bumi, dan Tuhan Pentadbir 'Arasy yang Agung. Dengan nama
Allah yang tidak memberi mudarat beserta namaNya barang sesuatu pun yang ada di
bumi ini dan di langit, dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Bismillah adalah sebaik-baik nama di bumi dan di langit,
dengan nama Allah, aku mulakan dan aku akhiri segala-galanya. Allah, Allah,
Allah, Allah Raja Pentadbirku, aku tidak sekutukan denganNya barang sesuatu
pun. Allah, Allah, Allah, Allah Raja Pentadbirku, tiada Tuhan sebenar melainkan
Allah. Allah lebih perkasa, lebih Agung dan lebih Besar daripada apa yang aku
khuatiri.
Dengan Engkau ya Allah, aku berlindung dari kejahatan segala
sesuatu yang diadakan oleh Raja Pentadbirku, yang dijadikan dan yang
diciptakannya. Dengan Engkau ya Allah, aku bentengkan diriku dari mereka,
dengan Engkau ya Allah, aku tolak dan tundukkan mereka. (aku jadikan ayat-ayat
berikut sebagai pemohon syafaat) dan aku dahulukan ia dihadapanku dan dihadapan
mereka, iaitu : Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, katakanlah
(wahai Muhammad s.a.w.) bahawasanya Allah itu Maha Esa. Allah itu Tempat Bergantung.
Ia tidak beranak dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tiada sesiapa pun yang setara
denganNya. (surah al-Ikhlas:1-4)
Dan seperti itu juga (aku jadikan Basmalah dan surah al-Ikhlas)
disebelah kananku dan disebelah kanan mereka, dan seperti itu juga (aku jadikan
Basmalah dan surah al-Ikhlas disebelah kiriku dan disebelah kiri mereka, dan
seperti itu juga (aku jadikan Basmalah dan surah al-Ikhlas) dihadapanku dan
dihadapan mereka, dan seperti itu juga (aku jadikan Basmalah dan surah al-Ikhlas)
dibelakangku dan dibelakang mereka, dan seperti itu juga (aku jadikan Basmalah
dan surah al-Ikhlas) diatasku dan diatas mereka, dan seperti itu juga (aku jadikan
Basmalah dan surah al-Ikhlas) dibawahku dan dibawah mereka, dan seperti itu
juga (aku jadikan Basmalah dan surah al-Ikhlas) meliputi diriku dan diri
mereka.
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada Engkau bagi
manfaat diriku dan bagi diri mereka dari kebaikanMu dengan (hak) kebaikanMu
yang tidak dimiliki oleh sesiapa pun selain Engkau.
Ya Allah, jadikanlah aku dan mereka di dalam golongan
hambaMu yang sebenar dan di dalam perlindunganMu, orang-orang yang Engkau
pergatikan dan orang-orang yang berdamping dengan Engkau, di dalam keamaanMu
dan bentengMu, dan di dalam golonganMu dan naunganMu, daripada setiap syaitan
dan raja, manusia dan jin, orang jahat dan orang yang hasad, binatang buas,
ular dan kala jengking, dan daripada setiap binatang yang hanya Engkaulah
Pemegang ubun-ubunnya (Pengaturnya). Sesungguhnya Tuhanku itu di atas jalan yang
lurus.
Cukuplah bagiku Tuhanku daripada orang-orang yang ditadbirnya,
cukuplah bagiku Penciptaku daripada semua ciptaanNya, cukuplah bagiku Tuhanku
Yang Maha Pemberi Rezeki daripada orang-orang yang dikurniakan rezeki, cukuplah
bagiku Tuhanku yang Maha Penutup (Pelindung) daripada orang-orang yang
dilindungi, cukuplah bagiku Tuhanku yang Maha Penolong daripada orang-orang
yang ditolong, cukuplah bagiku Tuhanku yang Maha Gagah daripada orang-orang
yang digagahi, cukuplah bagiku Tuhanku yang hanya Dialah yang menjadi
kecukupanku, cukuplah bagiku Tuhanku yang sentiasa menjadi kecukupanku, cukuplah
bagiku Allah, dan Dialah sebaik-baik wakil, dan cukuplah bagiku Allah daripada sekalian
makhlukNya, sesungguhnya penolongku ialah Allah yang telah menurunkan
Al-Qur'an, dan Dia pasti akan menolong orang-orang yang soleh.
{Dan apabila engkau membaca Al-Qur'an (wahai Muhammad
s.a.w.), Kami jadikan dinding yang tidak dapat dilihat diantara kamu dan
diantara orang-orang yang tidak beriman dengan hari akhirat. Dan Kami jadikan
di atas hati mereka tutupan yang berlapis-lapis, juga sebagai penyumbat pada
telinga mereka, yang menghalang telinga mereka dari memahami dan mendengar
al-Qur'an, dan sebab itulah apabila engkau menyebut nama TuhanMu saja di dalam Al-Qur'an,
mereka berpaling undur melarikan diri.} (Surah Al-Isra': 45-46)
{Kemudian jiwa mereka berpaling ingkar, maka katakanlah
(wahai Muhammad s.a.w.) : "Cukuplah bagiku Allah (sebagai Pemeliharaku),
tiada Tuhan yang sebenar melainkan Dia. Hanya kepada Allah aku berserah diri,
dan Dialah Raja Pentadbir 'Arasy yang Agung.} (Surah At-Taubah: 129)
Dan tiada daya (daripada mengelak maksiat) dan tiada upaya
(mengerjakan taat) melainkan dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi
Maha Agung. Dan semoga curahan selawat dan salam sentiasa ke atas penghulu
kami, Muhammad s.a.w., ahli keluarganya dan para sahabatnya..
Assalamualaikum warahmatullah
ReplyDeleteSaya baru endapat ijazah Hizib Nawawi dari Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam alBanjari An-Nadwi Al-Maliki.
Mencari makna /terjemahan hizib dan berjumpa di sini. Jazakumullah.Saya mohon menyalin untuk lebih memahami akan hizib ini
terima kasih saya juga minta halal dan minta redho atas terjemahan hizb ini. salam
ReplyDeleteSyukron Katsiir atas Ilmu dan Pencerahannya
ReplyDelete.
Memohon Halal Dan RidhoNya utk ikut mengamalkan hidzb ini
Barokalloohu 'alainaa ajma'iin
Bagaimana cara untuk mendapatkan ijazahnya..
ReplyDeleteijin mengamalkan hizib ini...qobiltu (ian-lombok, indonesia)
ReplyDeleteIzin mengamalkan hizb ini ...qobiltu
ReplyDeleteIzin mengamalkan hizb ini ...qobiltu
ReplyDeleteJazakallah khair atas perkongsian makna hizib ini.. mohon izin berkongsi makna hizib an nawawi ini.. mudah2an sama2 istiqomah mengamalkannya.. aamiin..
ReplyDeleteJazakallah khair
ReplyDeleteMinta izin mengamalkan. Jazakallahukhairan khatira.
ReplyDeleteMakasih buat semuanya m
ReplyDeleteTrima kasih atas terjemahannya smog a bermanfaat sebagai amal jariah..minta izin untuk mengamalkan nya
ReplyDeleteMohon izin untuk mengamalkan. Semoga menjadi amal ibadah. Terima kasih
ReplyDeleteMohon izin ya akh untuk saya simpan terjemanahannya. Jazaakallahu ahsanul Jazaa..
ReplyDeleteMohon izin untuk mengamalkan. Semoga menjadi amal ibadah.
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih atas ilmunya...kami mohon izin simpan ilmu ini,,, semoga Allah SWT,,,meridhoi penulis dan kita semua 🙏🔱
ReplyDeleteAlhamdulillah saya mengamalkanya dan alhamdulillh kepada semua yg menulis yg menterjemah dan yg share semua ilmu2 ni saya ucapkan jutaan tk moga Allah SWT yg membalas jasa kalian. Syukran JZK...
ReplyDeleteAssalamualaikum. saya mencari perawat yang boleh membuang sihir berpenjaga di badan pesakit, beberapa bahagian utama pesakit telah dikunci, dan juga dikenakan sihir patung, menyebabkan pesakit diganggu tidak kira masa. Jika sahabat disini tahu di mana tempat rawatan yang berkesan disekitar Lemal-Kelantan. tolong mesej tel.nombor perawat, email kepada saya : tubuhsatu@gmail.com
ReplyDeleteAssalamualaikum..Mohon izin untuk mengamalkan. Semoga menjadi amal ibadat.Terima kasih.
ReplyDeleteQobiltu
ReplyDeleteMohon share
ReplyDelete