Saya bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan tiada sekutu
bagi-Nya; sebuah kesaksian yang saya
ikrarkan bersama or ang-orang yang bersaksi dengan setulus hati. Saya akan
mempertahankan kesaksianku itu ketika menghadapi para pembangkang. Saya simpan
di sisi-Nya sebagai bekal kelak di hari
kiamat. Saya bersaksi bahawa yang halal adalah apa yang dihalalkan-Nya, yang
haram adalah apa yang diharamkan oleh-Nya, dan agama adalah yang disyariatkan-Nya.
Saya bersaksi bahwa hari kiamat tidak diragukan lagi kedatangannya, dan Allah
pasti akan membangkitkan manusia dari kuburnya.
Saya bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya yang
terpilih, Nabi-Nya yang Dia ridhai, dan Rasul-Nya yang benar serta diikuti.
Beliau adalah Rasul yang ucapannya tidak keluar dari hawa nafsu, tetapi dari wahyu yang Allah berikan kepadanya.
Allah mengutusnya sebagai rahmat bagi semesta, sebagai petunjuk bagi orang yang
menuju kepada-Nya, serta sebagai bukti atas kebenaran Allah, Tuhan semesta
alam. Beliau diutus di saat tiada nabi
dan rasul, maka melalui beliaulah Allah memberi petunjuk kepada manusia menuju
jalan yang lurus dan benar.
Allah SWT mewajibkan hamba-hamba-Nya untuk mentaati,
mengagungkan, menghormati, memuliakan, dan memenuhi semua hak beliau. Allah SWT
menutup semua jalan menuju syurga-Nya, dan tak seorang pun mampu membuka jalan
tersebut kecuali melalui jalan rasul-Nya. Maka, dengannya Allah SWT lapangkan
dada orang yang mengikuti sunnahnya dan selalu mengingatinya. Melalui beliau,
Allah SWT memberikan ilmu kepada orang-orang bodoh, memberi petunjuk kepada orang sesat, membuka
mata yang buta, membuka telinga yang
tuli, dan menyingkap hati yang tertutup.
Rasulullah saw. sentiasa menjalankan perintah Allah SWT dan
tiada seorang pun yang mampu menghalanginya. Beliau senan tiasa mengajak
manusia kepada Allah SWT, dan tiada seorang pun yang mampu merintanginya,
hingga berkat risalahnya dunia menjadi
terang dan kegelapan sirna. Hati pun menyatu dalam kasih sayang setelah
bercerai- berai kerana permusuhan. Dakwah beliau terus berjalan bak sinar matahari
menjelajahi gugusan-gugusan bumi
No comments:
Post a Comment