Tokoh Tokoh Ulama' Kelantan

Tokoh Tokoh Ulama' Kelantan
Sesungguhnya Ulama' itu Pewaris Nabi

Friday 28 December 2012

NIAT YANG PERLU DILAFAZKAN KETIKA MENJAMAK DAN MENGQASARKAN SEMBAHYANG


Setiap  amal  ibadah  wajib  dimulakan  dengan  niat.  Dalil  wajibnya niat adalah Sabda Nabi  shalallahu 'alaihi wasallam : 

Dari  ‘Alqamah  bin  Waqqash  al-Laitsi  bahawa  dia  berkata: Aku  mendengar  Umar  bin  Khattab  berkata  di  atas  mimbar:  “Aku mendengar  Rasulullah  shalallahu  'alaihi  wasallam  bersabda,  “Tiap-tiap amal perbuatan harus  disertai dengan niat, balasan  bagi setiap amal manusia sesuai dengan apa yang diniatkan….”


Menurut  al-Hafidz  Ibnu Hajar  al-Asqalani rahimahullah tentang hadis di atas ia membuktikan:

Setiap pekerjaan harus didasari dengan niat. Al-Khauyi mengatakan,  “Seakan-akan  Rasulullah  memberi  pengertian bahawa  niat  itu  bermacam-macam  sebagaimana  perbuatan. Seperti orang yang melakukan perbuatan dengan motivasi ingin mendapatkan redha Allah dan  apa yang dijanjikan  kepadanya, atau ingin menjauhkan diri dari ancaman-Nya.

Namun  begitu  sering  terjadi  perbincangan  samada  niat  sebelum memulakan sesuatu ibadah itu perlu dilafazkan atau ianya hanya amalan dalam  hati.  Adakah  disyari’atkan  melafazkan  niat  ضﺮﻓ ﻲﻠﺻأ (Sahaja  aku sembahyang fardhu )….” sebelum mengerjakan ibadah sembahyang atau memadai  di  dalam  hati  kita  terlintas  bahawa  kita  akan  mengerjakan ibadah tersebut?

Niat menurut pengertian bahasa dimaksudkan : “Qasad (maksud yang  digerak  dan  dikehendaki  oleh  hati),  azam  (atau  ‘azamul  qalb ,  iaitu apa yang telah dicita-citakan di hati) dan  iradah (iaitu al- iradatul jazimah, iaitu  kehendak  keinginan  hati  dalam  keadaan  yang  sedar).  Adapun menurut  syara’ ,  niat  adalah  :  “Berazam  (bertekad)  untuk  melaksanakan ibadah semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah. Qasad , azam dan  iradah tempatnya  di  hati  kerana  ini  kerja  hati  (‘amal  al-Qalb)  bukan kerja lidah. Oleh itu niat tidak perlu dilafazkan atau diucapkan, inilah yang disepakati  oleh jumhur ulama’ dan  etimologis  (ahli  ilmu  asal-usul  kata).

Niat  juga  diertikan  :  “kehendak,  maksud  (tujuan)  dan  keazaman  bukan paksaan.

Menurut  al-Hafidz  Ibnu  Hajar  al-Asqalani rahimahullah :  “Imam Nawawi mengatakan, bahawa niat bererti maksud, iaitu keinginan yang ada dalam hati.”

Seterusnya al-Hafidz menyatakan:

Al-Baidhawi berkata, “Niat adalah dorongan hati untuk melakukan  sesuatu  sesuai  dengan  tujuan,  baik  mendatangkan manfaat  atau  menolak  mudarat,  sedangkan  syari’at adalah sesuatu  yang  membawa  kepada  perbuatan  yang  diredai  Allah dan mengamalkan segala perintah-Nya.”

Dari keterangan di atas dapatlah kita fahami bahawa setiap amal seseorang  mukmin  yang  terbit  dari  kehendak,  azam,  cita-cita  dan  gerak hatinya  yang  disedari  dan  tidak  dipaksa,  maka  itulah  yang  dinamakan niat.  Dan  niat  ini  tempatnya  di  hati  tanpa  perlu  dilafazkan.  Rasulullah shallallahu  ‘alaihi  wasallam juga  memulakan  sembahyangnya  dengan takbir ( ﺮﺒﻛا ﷲا )  tanpa  melafazkan  apa-apa  sebelumnya. 

Dalilnya  adalah seperti hadis yang dikemukakan oleh Aishah radhiallahu 'anha :

Sesungguhnya  Rasulullah  shalallahu  'alaihi  wasallam membuka sembahyangnya dengan Takbir.

Jelas melalui riwayat di atas baginda shallallahu ‘alaihi wasallam tidak  melafazkan  niat    ضﺮﻓ ﻲﻠﺻأ (“Sahaja  aku  sembahyang  fardhu ….”) sebagaimana  yang biasa diamalkan di Malaysia.

Malah Imam al-Syafi’i rahimahullah Ta’ala juga  berpendapat  bahawa  sembahyang  itu dimulakan  dengan  takbir tanpa  melafazkan  niat. 


Berkata  Imam  al-Syafi’i rahimahullah dalam  kitab  beliau  al-Umm : 

“Siapa  yang  pandai  membaca takbir ,  niscaya  tidaklah  ia  memulakan  sembahyangnya  melainkan dengan  takbir itu sendiri dan takbir nya ialah ﺮﺒﻛا ﷲا .”

Menurut Syaikh Mohammed  Abdul  Qoder  al-Mandeeli:

“Adapun  orang  yang  berkata sunnat  berlafaz  (niat)  sebelum  takbir,  maka  perkataannya  menyalahi perkataan Imam al-Syafi’i sendiri.”

Malah  sebenarnya  telah  menjadi  satu  kesepakatan  antara keempat-empat  imam  mazhab  bahawa  niat  itu  tempatnya  di  hati  dan tidak perlu dilafazkan. Imam Ibn Abi al-‘Izz rahimahullah telah berkata:

Tidak  ada  seorang ulama’ pun  dari  imam  empat,  tidak al-Syafi’i mahupun yang lainnya yang mensyaratkan melafazkan niat.  Menurut  kesepakatan  mereka,  niat  itu  tempatnya  di dalam  hati.  Hanya  sahaja  sebahagian ulama’ kebelakangan mewajibkan  seseorang  melafazkan  niatnya  dalam  sembahyang. Dan  pendapat  ini  digolongkan  sebagai  mazhab  al-Syafi’i.  Al-Nawawi rahimahullah berkata: “Itu tidak benar.”

Sementara  itu  Syaikh  al-Islam  Ibnu  Taymiyyah rahimahullah dalam al-Fatawa al-Kubra (jilid. 1, ms. 1) telah berkata:

Melafazkan  niat  secara  jahrah (kuat)  tidak  pernah disyari’atkan  walaupun  oleh  salah  seorang ulama’ Muslimin,tidak  pernah  dilakukan  oleh  Rasulullah shallallahu  ‘alaihi wasallam,  tidak  pernah  dilakukan  oleh  salah seorang dari  para Khulafa’  baginda,  tidak  pernah  dilakukan  oleh  para  sahabat baginda  dan  juga  tidak  pernah  dilakukan  oleh  para  Salaf  al-ummahdan para ulama’ nya.


Kaedah  yang  sama  juga  perlu  diterapkan  dalam  sembahyang jamak dan  qasar.  Oleh  itu  memadailah  sekiranya  di  hati  kita  terdetik untuk  mengerjakan  sembahyang  tertentu  secara  jamak atau  qasar atau kedua-duanya  sekali  tanpa  melafazkan  niat  tersebut.  Telah  tersebar dalam  kitab-kitab fardhu  ‘ain di  Malaysia  di  mana  penulis  kitab-kitab tersebut  telah  menurunkan  lafaz-lafaz  dengan  formulasi  tertentu  yang tidak  ada  contohnya  dari  Nabi  shallallahu  ‘alaihi  wasallam .  Lafaz-lafaz tersebut  tidak  pernah  wujud  dalam  mana-mana  kitab-kitab  hadis.  Malah Nabi shallallahu  ‘alaihi  wasallam juga  tidak  pernah  memerintah  atau mengajar para sahabat  radhiallahu 'anhum lafaz-lafaz niat yang tertentu.

Berkata Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah rahimahullah :

Sesungguhnya  Rasulullah  shallallahu  ‘alaihi  wasallam telah  menjamak dan  mengqasar sembahyang  bersama  dengan para  sahabatnya,  namun  baginda tidak memerintahkan mereka untuk niat jamak dan qasar… Selain itu  Rasulullah juga pernah mengerjakan  sembahyang  Zuhur  di  padang  Arafah  tanpa memberitahu para sahabatnya terlebih dahulu bahawa setelah itu akan  terus dilaksanakan  sembahyang  Asar  (jamak taqdim). Baginda  terus  sahaja  sembahyang  Asar  dengan  para sahabatnya.  Tidak  ada  seorangpun  dari  mereka  yang  berniat jamak…  Begitu  juga  ketika  Rasulullah  shallallahu  ‘alaihi wasallam sembahyang  berjemaah bersama  para  sahabat  di tempat yang bernama Dzil Hulaifah sebanyak dua rakaat tanpa menyuruh mereka berniat qasar.

Namun  begitu  melalui  pengalaman  penulis  sendiri,  ramai  yang enggan  melakukan  sembahyang  jamak dan  qasar semata-mata  kerana mereka  tidak  tahu  cara  berniat  dalam  bahasa  arab  mengikut  formulasi lafaz  yang  di  ajar  dalam  kelas-kelas  atau  kitab-kitab  fardhu  ‘ain .  Pada tanggapan  mereka  tanpa  melafazkan  niat  dengan  lafaz-lafaz  tersebut, sembahyang  mereka  akan  terbatal.  Ini  adalah  satu  perkara  yang  amat membingungkan kerana mereka sebenarnya meninggalkan sunnah Nabi shallallahu  ‘alaihi  wasallam hanya  kerana  terlalu  memberat-beratkan perkara yang sebenarnya tidak dituntut oleh syari’at. Sewajarnya mereka mengikut  tatacara  Rasulullah  shallallahu  ‘alaihi wasallammemulakan sembahyang  baginda  tanpa  melafazkan  apa-apa  niat  sebelum  takbir kerana  niat  baginda  tempatnya  di  hati.  Oleh  itu  tidak  melafazkan  niat seperti  “Ushollli  Fardhu  (Sahaja  aku  sembahyang  fardhu ) ..” ketika memulakan sembahyang adalah sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallamyang  wajib  kita  semua  patuhi.  Ini  adalah  dalam  rangka  mencontohi Rasulullah shalallahu  'alaihi  wasallam dalam  ibadah  sembahyang sepertimana  yang  diwajibkan  ke  atas  kita  semua  sebagaimana sabdanya:

Sembahyanglah  kamu  sekalian  sebagaimana  kamu  melihat aku bersembahyang.

No comments:

Post a Comment