Tokoh Tokoh Ulama' Kelantan

Tokoh Tokoh Ulama' Kelantan
Sesungguhnya Ulama' itu Pewaris Nabi

Friday 28 December 2012

surah Al-Fatihah

Surah Al-Fatihah


عَنْ عُبَادَة بن الصَّامِت قال رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
لا صَلاةَ لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ.
Ertinya: Dari ‘Ubadah bin Somit r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:
Tidak sah solat orang yang tidak membaca al-Fatihah.
[HR Bukhari dan Muslim]


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
مَنْ صَلَّى صَلَاةً لَمْ يَقْرَأْ فِيهَا بِأُمِّ الْقُرْآنِ فَهِيَ خِدَاجٌ، ثَلاثًا غَيْرُ تَمَامٍ، فَقِيلَ لِأَبِي هُرَيْرَةَ: إِنَّا نَكُونُ وَرَاءَ
الْإِمَامِ فَقَالَ: اقْرَأْ بِهَا فِي نَفْسِكَ؛ فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: قَالَ اللَّهُ
تَعَالَى: قَسَمْتُ الصَّلَاةَ بَيْنِي وَبَيْنَ عَبْدِي نِصْفَيْنِ وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ فَإِذَا قَالَ الْعَبْدُ:
[الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ]، قَالَ اللَّهُ تَعَالَى: حَمِدَنِي عَبْدِي.
وَإِذَا قَالَ: [الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ]، قَالَ اللَّهُ تَعَالَى: أَثْنَى عَلَيَّ عَبْدِي.
وَإِذَا قَالَ: [مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ]، قَالَ: مَجَّدَنِي عَبْدِي، وَقَالَ مَرَّةً فَوَّضَ إِلَيَّ عَبْدِي.
فَإِذَا قَالَ: [إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ]، قَالَ هَذَا بَيْنِي وَبَيْنَ عَبْدِي وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ.
فَإِذَا قَالَ: [هْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا
الضَّالِّينَ]، قَالَ: هَذَا لِعَبْدِي وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ.


Ertinya: Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi SAW bersabda:
“Barangsiapa yang mengerjakan solat tanpa membaca Ummul Quran di dalamnya, maka solatnya masih mempunyai hutang, tidak sempurna tiga kali.”

Ditanyakan kepada Abu Hurairah r.a: Kami berada di belakang imam?

Maka jawab Abu Hurairah r.a: Bacalah Ummul Quran dalam dirimu, karena aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Allah berfirman: Aku membagi solat antara Aku dengan hambaKu, dan hambaku mendapatkan sesuatu yang dia minta.

Apabila Seorang hamba berkata: Segala puji bagi Allah Rabb Semesta Alam. Maka Allah berfirman: HambaKu memujiKu.

Apabila hamba tersebut mengucapkan: Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah berfirman: HambaKu memujiKu.

Apabila hamba tersebut mengucapkan: Pemilik hari kiamat. Allah berkata: HambaKu memujiku. Selanjutnya Allah berfirman: HambaKu menyerahkan urusannya kepadaKu.

Apabila hamba tersebut mengucapkan: Hanya kepada Mu-lah aku menyembah dan hanya kepada Mu-lah aku memohon pertolongan. Allah berfirman: Ini adalah antara Aku dengan hambaKu. Dan hambaKu mendapatkan sesuatu yang dia minta.

Apabila hamba tersebut mengucapkan: Berilah kami petunjuk jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat atas mereka, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula orang-orang yang sesat. Allah berfirman: Ini untuk hambaKu, dan hambaKu mendapatkan sesuatu yang dia minta.
[HR Muslim]


عن أبي سعيد بن الْمُعَلَّى قَالَ: كُنْتُ أُصَلِّي فِي الْمَسْجِدِ فَدَعَانِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَلَمْ أُجِبْهُ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي كُنْتُ أُصَلِّي فَقَالَ:
أَلَمْ يَقُلْ اللَّهُ [اسْتَجِيبُوا لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ] سورة الأنفال: 24،
ثُمَّ قَالَ لِي: لَأُعَلِّمَنَّكَ سُورَةً هِيَ أَعْظَمُ السُّوَرِ فِي الْقُرْآنِ قَبْلَ أَنْ تَخْرُجَ مِنْ الْمَسْجِدِ،
ثُمَّ أَخَذَ بِيَدِي؛ فَلَمَّا أَرَادَ أَنْ يَخْرُجَ قُلْتُ لَهُ: أَلَمْ تَقُلْ لَأُعَلِّمَنَّكَ سُورَةً هِيَ أَعْظَمُ سُورَةٍ فِي الْقُرْآنِ؟
قَالَ: الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ هِيَ السَّبْعُ الْمَثَانِي وَالْقُرْآنُ الْعَظِيمُ الَّذِي أُوتِيتُهُ.


Ertinya: Dari Abu Sa’id bin Al Mu’alla r.a dia berkata:
Suatu saat saya sedang melaksanakan solat di masjid, tiba-tiba Rasulullah SAW memanggilku namun saya tidak menjawab panggilannya hingga solatku selesai. Setelah itu, saya menemui baginda dan berkata; “Wahai Rasulullah SAW sesungguhnya pada waktu itu saya sedang solat.

Baginda SAW bersabda: Bukankah Allah SWT telah berfirman; Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu. [Al-Anfal:24]

Baginda SAW bersabda lagi: Sungguh, saya akan mengajarimu tentang surat yang paling agung yang terdapat di dalam al-Quran sebelum kamu keluar dari masjid. Kemudian baginda memegang tanganku, dan saat baginda hendak keluar masjid, saya pun berkata: Bukankah engkau berjanji; “Saya akan mengajarimu surat yang paling agung yang terdapat di dalam al-Quran.”

Baginda SAW menjawab; (iaitu surah) AlḥamduliLlāhi Rabbil ‘Ālamīn (Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam), ia adalah As Sab’ul Mathani, dan al Quranul Azim yang telah diwahyukan kepadaku.
[HR Bukhari]

Dalam lafaz yang hampir sama dalam Sunan Ibnu Hibban daripada Anas r.a bahawa Nabi SAW berkata kepadanya: Mahukah aku khabarkan kepada engkau surah paling afdhal dalam al-Quran?

Jawab Anas: Mahu wahai Rasulullah SAW. Bagidan SAW menjawab: Bacalah AlḥamduliLlāhi Rabbil ‘Ālamīn.
[HR Hibban]



Syifa’ Dengan Al-Fatihah

Kaedah ini hendaklah dengan menadah tangan seperti berdoa, dirapatkan kedua tangan. Selepas membaca mengikut kiraan dibawah hendaklah dihembus 3X. Selepas itu diraup ke muka dan disapu bermula dari kelapa sehingga kaki.

1. Minggu Pertama:

Surah al-Fatihah dibaca setiap lepas solat dan ketika nak tidur sebanyak 7X. Jadi semua berjumlah 42X.

2. Minggu Kedua:

Surah al-Fatihah dibaca setiap lepas solat dan ketika nak tidur sebanyak 9X. Jadi semua berjumlah 54X.

3. Minggu Ketiga:

Surah al-Fatihah dibaca setiap lepas solat dan ketika nak tidur sebanyak 11X. Jadi semua berjumlah 66X.

4. Minggu Keempat:

Surah al-Fatihah dibaca setiap lepas solat dan ketika nak tidur sebanyak 13X. Jadi semua berjumlah 78X.

5. Minggu Kelima:

Surah al-Fatihah dibaca setiap lepas solat dan ketika nak tidur sebanyak 15X. Jadi semua berjumlah 90X.

6. Minggu Keenam:

Surah al-Fatihah dibaca setiap lepas solat dan ketika nak tidur sebanyak 17X. Jadi semua berjumlah 102X.

- المنقول -

Ada juga kaedah hanya membaca 11X sahaja lalu ditiup seperti kaedah diatas.

No comments:

Post a Comment