Tokoh Tokoh Ulama' Kelantan

Tokoh Tokoh Ulama' Kelantan
Sesungguhnya Ulama' itu Pewaris Nabi

Saturday 29 December 2012

Pergantian Siang dan Malam


Dan di antara ayat-ayat-Nya adalah malam dan siang. Keduanya termasuk bukti dan ciptaan-Nya yang amat ajaib. Oleh  kerana itulah, Allah SWT berulang kali menyebutnya di dalam Al-Qur'an. Dia berfirman:

"Dan sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam dan siang." (Fushshilat: 37) 

"Dialah yang menjadikan untukmu malam (sebagai) pakaian, dan tidur untuk beristirehat, dan Dia menjadikan siang untuk bangun berusaha."  (al-Furqaan: 47)

"Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya." (al-Anbiyaa:  33)

"Allah lah yang menjadikan malam untuk kamu  supaya kamu beristirehat padanya dan menjadikan siang terang benderang."  (Ghaafir: 61) 

Lihatlah ayat-ayat di atas. Dalam ayat-ayat itu terdapat ibrah dan dalil atas rububiyah serta hikmah Allah SWT. Bagaimana Allah SWT menjadikan malam sebagai waktu istirehat dan baju yang membungkus alam sehingga gerak aktiviti berhenti pada saat itu. Haiwan-haiwan dan burung pun kembali ke sarangnya. Manusia istirehat setelah lelah bekerja, sampai apabila jiwa  telah puas istirehat dan tenaganya pulih, dan ingin kembali ke pekerjaannya, datanglah siang. Sebelum siang datang, menyingsinglah pagi yang mengalahkan kegelapan itu, dan menyingkapnya dari alam sehingga tiba-tiba seluruh makhluk dapat melihat. Haiwan-haiwan pun berkeliaran untuk memenuhi hajat hidupnya, dan burung-burung keluar dari sarang.

Kebangkitan ini menunjukkan kuasa Allah SWT atas kebangkitan kiamat. kerana kejadian ini berulang-ulang dan seringnya dilihat manusia, maka ia menjadi sesuatu yang biasa. Sehingga, mereka tak boleh mengambil ikhtibar dan pelajaran serta bukti dari kejadian ini. Mereka tak boleh menjadikannya sebagai bukti adanya kebangkitan kedua dan kehidupan kembali makhluk setelah mati. Sebenarnya itu bukan kerana Dia tidak punya  qudrah, atau hikmah dan ilmu-Nya tidak mampu memberikan kesedaran kepada mereka. Akan tetapi, Allah SWT memberi hidayah kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan  menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya.

Ini juga salah satu ayat-Nya yang nyata bahawa Dia membutakan makhluk yang dikehendaki-Nya dari ayat-ayat yang terang ini sehingga tidak mendapat hidayah dengan ayat-ayat itu, sama seperti orang yang berdiri di dalam air setinggi lehernya tapi dia merasa haus dan mengingkari adanya air itu. Dengan kurnia ini dan lainnya, manusia mengenal Allah SWT, bersyukur kepada-Nya, memuji-Nya, bermunajat dan bermohon kepada-Nya…

1 comment:

  1. Assalamualikum tumpang tanya anda menggunakan buku rujukan apa ye plus author ye?

    ReplyDelete