Tokoh Tokoh Ulama' Kelantan

Tokoh Tokoh Ulama' Kelantan
Sesungguhnya Ulama' itu Pewaris Nabi

Monday 31 December 2012

ALLAH SWT BERADA DI ATAS 'ARASY


Al -Qur’an,  hadis  sahih,  naluri  dan  cara  berfikir yang  sihat telah mendukung  kenyataan  bahawa  Allah berada di atas 'Arasy.

Firman Allah SWT:

(iaitu)  Tuhan  Yang  Maha  Pemurah,  Yang bersemayam di atas 'Arsy.”(Q.S; Thaahaa:  5).

pengertian  ini  sebagaimana  diriwayatkan  oleh Bukhari dari beberapa tabi’in.


Firman Allah SWT:

 Apakah kamu merasa aman terhadap Allah Yang di  langit?  bahawa  Dia  akan  menjungkir- balikkan  bumi bersama kamu?".(Q.S; Al -Mulk:  16).


Firman Allah SWT:

Mereka takut kepada Tuhan mereka yang berada di atas mereka…”. (Q.S; An Nahl:  50).


Firman Allah SWT  tentang Nabi Isa a.s:

Tetapi  (yang  sebenarnya)  Allah  telah mengangkat 'Isa kepada- Nya …”. (Q.S; An Nisa’:  158).


Maksudnya  Allah SWT menaikkan  Nabi  Isa  a.s ke langit.


Firman Allah SWT:

Dan  Dia- lah  Allah  (Yang  disembah),  baik  di langit mahupun di bumi …”.(Q.S; Al An’ am:  3).


Ibnu  Katsir  rahimahullah  menjelaskan  ayat  ini sebagai  berikut:  "Para  ahli  tafsir  sependapat  bahawa  kita tidak  akan  berkata  seperti  ucapan  kaum  Jahmiyah (golongan yang sesat) yang mengatakan  bahawa Allah SWT itu  berada  di  setiap  tempat.  Maha  suci  Allah SWT  dari ucapan mereka.”


Adapun firman Allah SWT:

Dan  Dia  bersama  kamu  di  mana  saja  kamu berada …”. (Q.S; Al Hadiid:  4).


Maksudnya  bahawa  Dia  bersama  kita;  mengetahui, mendengar dan melihat kita di mana pun kita berada. Apa yang  disebutkan  sebelum  dan  sesudah  ayat  ini menjelaskan  hal tersebut,  seperti  keterangan  dalam  tafsir Ibnu Katsir.


Rasulullah saw  mi’raj  ke  langit  ketujuh  dan difirmankan  Allah SWT kepadanya  serta  diwajibkan  untuk melakukan  solat  lima  waktu.  (Dalam  riwayat  Bukhari dan Muslim).


Sabda Rasulullah saw:

Kenapa  kamu  tidak  mempercayaiku,  padahal  aku dipercaya  oleh  Allah SWT  yang  berada  di  langit.?  (Hadis riwayat Tirmidzi).


Sabda Rasulullah saw:

Sayangilah  orang -orang  yang  ada  di  bumi  maka yang  di  langit  (Allah)  akan  menyayangimu.” (Riwayat Tirmidzi).


Rasulullah saw pernah  bertanyakan  seorang  budak wanita:

Di  mana  Allah?”   jawabnya:  “Di  langit” ,” Rasulullah  bertanya  lagi:  “ Siapa  aku  ini?”   dijawabnya lagi  :  “Engkau  adalah  Rasul  Allah.”   Lalu  Rasulullah saw bersabda:  “Merdekakanlah  dia  kerana  dia  seorang mu’minah.” (Riwayat Muslim).


Sabda Rasulullah saw:

Arsy  itu  berada  di  atas  air,  dan  Allah SWT berada di  atas  Arsy,  Allah SWT mengetahui  keadaan  kamu.”(Hadis hasan riwayat Abu Daud)


Abu  Bakar  Ash  Shiddiq  r.a berkata: Barangsiapa  menyembah  Allah SWT,  maka  Allah SWT berada di langit, Dia Maha hidup dan tidak pernah mati.” (Riwayat Imam Darimi dalam Al Radd 'Alal Jahmiyah).


Abdullah  bin  Mubarak  rahimahullah pernah ditanya: “Bagaimana kita mengetahui Tuhan kita?”, maka ia  menjawab:  “Tuhan  kita  berada  di  atas  langit,  di  atas 'Arsy, berbeza dengan makhluk-Nya.".  Maksudnya; Dzat Allah SWT berada  di  atas  'Arsy,  berbeza  dan  berpisah dengan  makhluk-Nya,  dan  keadaan-Nya  di  atas  'Arsy tersebut tidak sama dengan mahkluk.


Para Imam empat (imam Abu Hanifah,imam  Malik,imam  Syafi’i dan  imam Ahmad  bin  Hanbal)  telah  sepakat  bahawa  Allah SWT berada di atas 'Arsy, tidak ada seorang pun dari makhluk -Nya yang serupa  dengan-Nya.


Orang yang sedang solat selalu mengucapkan: Subhana  Rabbial  A’laa"  (Maha  suci  Tuhanku  Yang Maha  Tinggi).  Ketika  berdo’a,  ia  juga  mengangkat tangannya dan  menengadah  ke langit.


Anak kecil ketika kita bertanyakan di mana Allah SWT?  dia  akan  segera  menjawab  berdasarkan  nalurinya, bahawa Allah SWT berada di langit.


Cara  berfikir  yang  sihat  juga  mendukung kenyataan  bahawa  Allah SWT berada  di  langit.  Seandainya Allah SWT ada  di  semua  tempat,  nescaya  Rasulullah saw pernah  menerangkan  dan  mengajarkan  kepada  para sahabatnya.  Kalau  Allah SWT berada  di  segala  tempat, bererti  Allah SWT  juga  berada  di  tempat -tempat  najis  dan kotor.  Maha  suci  Allah SWT  dari  anggapan  yang  demikian itu.



Pendapat  yang  mengatakan  bahawa  Allah SWT berada di segala tempat, bererti bahawa Dzat Allah SWT  itu banyak,  kerana  banyaknya  tempat.  Akan  tetapi  karena Dzat  Allah SWT itu  satu,  dan  mustahil  banyak,  maka pendapat  yang  mengatakan  bahawa  Allah SWT berada  di segala  tempat  adalah  bathil.  Maka  sudah  tentu Allah SWT itu  berada  di  langit,  di  atas  'Arsy -Nya,  dan  Dia bersama kita; mengetahui, mendengar dan melihat kita di mana pun kita berada.


Sunday 30 December 2012

Syafa'at


Firman Allah SWT:

Dan  berilah  peringatan  dengan  apa  yang  telah diwahyukan  itu  kepada  orang - orang  yang  takut  akan dikumpulkan  kepada  Rabb  mereka  (pada  hari  kiamat), sedang  mereka  tidaklah  mempunyai  seorang  pelindung dan  pemberi  syafaat pun  selain  Allah,  agar  mereka bertakwa .”  (QS. Al an’am: 51).

Katakanlah  (hai  Muhammad):  " hanya  milik  Allah lah syafaat itu semuanya .”  (QS. Az zumar: 44).

Tiada  seorang  pun  yang  dapat  memberi  syafaat  di sisi Allah tanpa izin - Nya.”  ( QS. Al baqarah: 225).

Dan  berapa  banyak  malaikat  di  langit,  syafaat mereka  sedikit pun  tidak  berguna,  kecuali  sesudah  Allah mengizinkan ( untuk diberi syafaat) bagi siapa sahaja yang dikehendaki dan diredhai- Nya.” (QS. An Najm : 26).

Katakanlah:  “seru lah  mereka  yang  kamu  anggap (sebagai  tuhan)  selain  Allah,  mereka  tak  memiliki kekuasaan seberat zarah pun di langit mahupun di bumi, dan  mereka  tidak  mempunyai  suatu apa pun  dalam (penciptaan) langit dan bumi, dan sama sekali tidak ada di  antara  mereka  menjadi  pembantu  bagi - Nya.  Dan tiadalah berguna syafaat di sisi Allah, kecuali bagi orang yang  telah  diizinkan- Nya  memperoleh  syafaat  itu  …”(QS. Saba’ : 22 )

Taqiyuddin  abu Abbas ibnu Taimiyah mengatakan: “Allah telah menyangkal segala hal yang menjadi tumpuan kaum musyrikin, selain diri-Nya  sendiri,  dengan  menyatakan  bahawa  tidak  ada seorang pun  selain -Nya  yang  memiliki  kekuasaan,  atau bahagiannya, atau menjadi pembantu Allah.


Adapun  tentang  syafa’at, maka  telah  ditegaskan  oleh Allah bahawa syafaat ini tidak berguna kecuali bagi orang yang telah diizinkan untuk memperolehnya, sebagaimana
firman -Nya:

Dan  mereka tidak  dapat  memberi  syafa’at,  kecuali kepada  orang  yang  diredhai  Allah.”   (QS.  Al  Anbiya’ :28).


Syafa’at yang dikatakan oleh orang-orang musyrik itu  tidak  akan  ada  pada  hari  kiamat,  sebagaimana  yang telah dinyatakan oleh Al qur’an.

Nabi saw bersabda:
bahawa  beliau  pada hari  kiamat  akan  bersujud  kepada  Allah  dan mengucapkan  segala  pujian  kepada-Nya,  beliau  tidak terus  memberi  syafaat  terlebih  dahulu,  setelah  itu  baru dikatakan  kepada  beliau:  “ Angkatlah  kepala mu, katakanlah  nescaya  ucapan mu  pasti  akan  didengar,  dan mintalah  nescaya  permintaan mu  akan  dikabulkan,  dan berilah  syafa’at  nescaya  syafa’at mu  akan  diterima ”.( HR.  Bukhari dan Muslim).

Abu  Hurairah  r.a bertanya  kepada  beliau:  “siapakah orang  yang  paling  beruntung  mendapatkan  syafa’at mu? Beliau  menjawab:  “iaitu  orang  yang  mengucapkan  la Ilaha  Illallah  dengan  ikhlas  dari  dalam  hatinya”. (HR. Bukhari dan Ahmad).

Syafa’at  yang  ditetapkan  ini  adalah  syafaat  untuk Ahlul Ikhlas Wattauhid (orang-orang yang mentauhidkan Allah  dengan  ikhlas  kerana  Allah  semata)  dengan  izin Allah;  bukan  untuk  orang  yang  menyekutukan  Allah dengan yang lain -Nya.




 Dan  pada  hakikatnya,  bahawa  hanya  Allah  lah  yang melimpahkan  kurnia-Nya  kepada  orang-orang  yang ikhlas  tersebut,  dengan  memberikan  keampunan  kepada mereka, dengan sebab doanya orang yang telah diizinkan oleh  Allah  untuk  memperoleh  syafa’at,  untuk memuliakan  orang  tersebut  dan  menempatkannya  di tempat yang terpuji.

Jadi ,  syafa’at  yang  ditiadakan  oleh  Al  qur’an  adalah yang  di dalamnya  terdapat  kemusyrikan.  Untuk  itu ,  Al Qur’an  telah menetapkan dalam beberapa ayatnya bahawa syafaat  itu  hanya  ada  dengan  izin  Allah;  Dan  Nabi  pun sudah  menjelaskan  bahawa  syafaat  itu  hanya diperuntukkan  bagi  orang-orang  yang  bertauhid  dan ikhlas kerana Allah semata-semata”.

Kesimpulannya:
Ayat  pertama  dan  kedua  menunjukkan  bahawa  syafaat seluruhnya adalah hak khusus bagi Allah.

Ayat  ketiga  menunjukkan  bahawa  syafaat  itu  tidak diberikan kepada seseorang  tanpa adanya izin dari Allah swt.


Ayat  keempat  menunjukkan  bahawa  syafaat  itu  diberikan oleh  orang  yang  diredhai   Allah   dengan  izin  dari -Nya. Dengan  demikian  syafaat  itu  adalah  hak  mutlak  Allah, tidak  dapat  diminta  kecuali  dari -Nya;  dan  menunjukkan pula kebahtilan syirik yang dilakukan oleh kaum musyrikin dengan mendekatkan diri kepada malaikat, nabi atau orang-orang soleh, untuk meminta syafaat mereka.

Ayat  kelima  mengandungi  bantahan  terhadap  kaum musyrikin  yang  mereka  itu  menyeru  selain  Allah,  seperti malaikat  dan  makhluk- makhluk  lainnya,  kerana mereka menganggap  bahawa  makhluk- makhluk  itu  boleh mendatangkan  manfaat  dan  menolak  mudharat;  dan menunjukkan  bahawa  syafaat  tidak  berguna  bagi  mereka, karena  syirik  yang  mereka  lakukan,  tetapi  hanya  berguna bagi  orang  yang  mengamalkan  tauhid,  dan  itu pun  dengan izin Allah..

Ringkasan Tentang TAUHID


Tauhid  adalah  pegangan  pokok  dan  sangat penting/menentukan  bagi  kehidupan  manusia,  kerana  tauhid menjadi landasan bagi setiap amal yang dilakukan.

Hanya  amal  yang  dilandasi  dengan  tauhidullah, menurut  tuntunan  Islam,  yang  akan  menghantarkan manusia  kepada  kehidupan  yang  baik  dan  kebahagiaan yang hakiki di alam akhirat nanti.

Allah SWT berfirman:

Barang siapa  yang  mengerjakan  amal  soleh,  baik laki- laki  mahupun  perempuan,  sedang  ia  dalam  keadaan beriman,  maka  sesungguhnya  akan  kami  berikan kepadanya kehidupan yang baik, dan sesungguhnya akan kami  beri  balasan  kepada  mereka  dengan  pahala  yang lebih  baik  lagi  dari  apa  yang  telah  mereka  kerjakan.”(QS. An Nahl : 97).

Berdasarkan  pada  pentingnya  peranan  tauhid  dalam kehidupan  manusia,  maka  wajib  bagi  setiap  muslim memperlajarinya.

Tauhid bukan sekadar mengenal dan mengetahui bahawa pencipta  alam  semesta  ini  adalah  Allah;  bukan  sekadar mengetahui bukti -bukti rasional tentang kebenaran wujud(keberadaan)  Nya,  dan  wahdaniyah  ( keesaan)  Nya,  dan bukan pula sekadar mengenal Asma’ dan Sifat -Nya.

Iblis  mempercayai  bahawa  Tuhannya  adalah  Allah; bahkan  mengakui  keesaan  dan  kemaha -kuasaan  Allah dengan  meminta  kepada  Allah  melalui  Asma’  dan  Sifat -Nya.  Kaum  jahiliyah  kuno  yang  dihadapi  Rasulullah saw juga  meyakini  bahawa  Tuhan  Pencipta,  Pengatur, Pemelihara dan Penguasa alam semesta ini adalah Allah.

( Lihat  Al  Qur’an: 38:  82 ,  31:  25 ,  23:  84-89).  Namun, kepercayaan  dan  keyakinan  mereka  itu  belumlah menjadikan  mereka  sebagai  makhluk  yang  dikatakan seorang muslim, yang beriman kepada Allah swt.


Dari  sini  timbullah  pertanyaan:  “Apakah  hakikat tauhid itu?

Tauhid  adalah  pemurnian  ibadah  kepada  Allah. Maksudnya  iaitu: menghambakan  diri  hanya  kepada Allah  secara  murni  dan  wajib  dengan  mentaati  segala  perintah-Nya  dan  menjauhi  segala  larangan-Nya, dengan  penuh  rasa  rendah  diri,  cinta,  harap  dan  takut kepada -Nya.

Untuk  inilah  sebenarnya  manusia  diciptakan  Allah, dan  sesungguhnya  misi  para  Rasul  adalah  untuk menegakkan  tauhid  dalam  pengertian  tersebut  di  atas, mulai  dari  Rasul  pertama  sampai  Rasul  terakhir,  iaitu Nabi Muhammad saw.  ( Lihat Al Qur’an: 16:  36,  21 :  25,  7: 59,  65, 73, 85, dan lain -lain) .

Saturday 29 December 2012

Gempa adalahTeguran Tuhan terhadap Manusia


Kerana angin menyelinap masuk ke dalam lekukan-lekukan bumi, menimbulkan wap air, dan tidak dapat menembusinya, maka kadang-kadang Allah mengizinkannya bernafas sehingga menimbulkan gempa yang hebat. Gempa itu menimbulkan rasa takut, taubat, dan penyesalan di hati hamba-hamba-Nya.

Seorang salaf pernah berkata ketika  terjadi gempa, "Tuhan sedang menegur kalian." Umar bin Khatthab berkata dalam khutbahnya ketika terjadi gempa bumi di Madinah, "Kalau terjadi gempa lagi, aku tidak akan tinggal bersama kalian di sini."

Mengapa Tempat Angin Utara Bertiup Lebih Tinggi dari Angin Selatan?


Perhatikan pula hikmah Dia menjadikan tempat bertiupnya angin di bahagian utara lebih tinggi daripada bahagian selatan. Hikmahnya, agar air mengalir di permukaan bumi, menyiraminya, dan kemudian lebihnya tumpah di laut. Seperti orang yang mendirikan bangunan. Apabila membuat atap, dia meninggikan salah satu sisi dan merendahkan sisi yang lain agar air tumpah ke sana. Kalau dia buat atap itu rata, air akan mengendap di sana sehingga  atap itu rosak.

Di samping itu, Allah SWT menjadikan tempat bertiupnya angin utara di setiap daerah lebih tinggi daripada tempat bertiupnya angin selatan. Kalau tidak, tentu air akan menggenangi permukaan bumi sehingga manusia tidak dapat bekerja dan melakukan perjalanan. Patutkah orang yang mempunyai akal mengatakan ini semua terjadi secara kebetulan saja tanpa pengaturan Tuhan Yang Maha Perkasa dan Bijaksana?  

Bersinarnya Bulan di Malam Hari


Lalu perhatikanlah hikmah cahaya bulan  dan planet-planet pada gelapnya malam. Allah SWT menciptakan kegelapan agar haiwan istirehat. la juga dimaksudkan untuk mendinginkan udara bagi badan dan tanaman sehingga ada yang mengimbangi panasnya matahari. Dengan itulah, tanaman dan haiwan hidup. Kerana hikmah-Nya seperti itu, maka Dia mencampur malam dengan sedikit cahaya, dan tidak menjadikannya gelap gelita tanpa cahaya  sama sekali. Demikian itu dimaksudkan agar haiwan masih tetap dapa t bergerak dan beraktiviti. 

Pada malam hari haiwan perlu bergerak, berjalan, dan melakukan aktiviti yang tidak dapat dilaksanakan pada siang hari kerana sempitnya waktu siang, atau kerana terlalu panas, atau karena takut untuk keluar pada siang hari; seperti dialami banyak haiwan. Oleh sebab itu, Dia menganugerahkan sinar bintang dan cahaya bulan di malam hari. Sehingga, memungkinkan dilaksanakannya banyak pekerjaan seperti keluar, bercucuk tanam, dan pekerjaan ladang yang lain. Dia menjadikan cahaya bulan di malam hari sebagai pembantu haiwan dalam melakukan aktiviti ini.

Allah SWT menentukan terbitnya bulan hanya di sebahagian malam, dan tidak pada sebahagian yang lain. Cahaya bulan dan bintang lebih lemah dari sinar matahari. Hal ini dimaksudkan agar malam tidak sama dengan siang. Sehingga, tidak hilang hikmah pergantian dan perbezaan siang-malam yang telah ditakdirkan Tuhan yang Maha Perkasa dan Maha Tahu.

Maka, renungkanlah hikmah luar  biasa dan takdir menakjubkan yang dimaksudkan untuk membantu haiwan dalam mengatasi kegelapan ini. Allah SWT tidak menjadikan semesta gelap gelita. Akan tetapi, gelap yang disinari dengan cahaya. Itu adalah rahmat dan ihsan-Nya.  Maha Suci Allah SWT yang mencipta dengan sebaik-baiknya…

Pergantian Siang dan Malam


Dan di antara ayat-ayat-Nya adalah malam dan siang. Keduanya termasuk bukti dan ciptaan-Nya yang amat ajaib. Oleh  kerana itulah, Allah SWT berulang kali menyebutnya di dalam Al-Qur'an. Dia berfirman:

"Dan sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam dan siang." (Fushshilat: 37) 

"Dialah yang menjadikan untukmu malam (sebagai) pakaian, dan tidur untuk beristirehat, dan Dia menjadikan siang untuk bangun berusaha."  (al-Furqaan: 47)

"Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya." (al-Anbiyaa:  33)

"Allah lah yang menjadikan malam untuk kamu  supaya kamu beristirehat padanya dan menjadikan siang terang benderang."  (Ghaafir: 61) 

Lihatlah ayat-ayat di atas. Dalam ayat-ayat itu terdapat ibrah dan dalil atas rububiyah serta hikmah Allah SWT. Bagaimana Allah SWT menjadikan malam sebagai waktu istirehat dan baju yang membungkus alam sehingga gerak aktiviti berhenti pada saat itu. Haiwan-haiwan dan burung pun kembali ke sarangnya. Manusia istirehat setelah lelah bekerja, sampai apabila jiwa  telah puas istirehat dan tenaganya pulih, dan ingin kembali ke pekerjaannya, datanglah siang. Sebelum siang datang, menyingsinglah pagi yang mengalahkan kegelapan itu, dan menyingkapnya dari alam sehingga tiba-tiba seluruh makhluk dapat melihat. Haiwan-haiwan pun berkeliaran untuk memenuhi hajat hidupnya, dan burung-burung keluar dari sarang.

Kebangkitan ini menunjukkan kuasa Allah SWT atas kebangkitan kiamat. kerana kejadian ini berulang-ulang dan seringnya dilihat manusia, maka ia menjadi sesuatu yang biasa. Sehingga, mereka tak boleh mengambil ikhtibar dan pelajaran serta bukti dari kejadian ini. Mereka tak boleh menjadikannya sebagai bukti adanya kebangkitan kedua dan kehidupan kembali makhluk setelah mati. Sebenarnya itu bukan kerana Dia tidak punya  qudrah, atau hikmah dan ilmu-Nya tidak mampu memberikan kesedaran kepada mereka. Akan tetapi, Allah SWT memberi hidayah kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan  menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya.

Ini juga salah satu ayat-Nya yang nyata bahawa Dia membutakan makhluk yang dikehendaki-Nya dari ayat-ayat yang terang ini sehingga tidak mendapat hidayah dengan ayat-ayat itu, sama seperti orang yang berdiri di dalam air setinggi lehernya tapi dia merasa haus dan mengingkari adanya air itu. Dengan kurnia ini dan lainnya, manusia mengenal Allah SWT, bersyukur kepada-Nya, memuji-Nya, bermunajat dan bermohon kepada-Nya…

Dua Cara dalam Memandang Bukti Kekuasaan ALLAH SWT


Memandang dan memperhatikan tanda-tanda kekuasaan Allah ada dua cara.

Pertama,  melihat dengan mata kepala; contohnya melihat birunya langit, bintang-bintangnya, tinggi dan luasnya. Ini adalah perhatian yang sama antara manusia dan haiwan. Dan, bukan ini yang diperintahkan.

Kedua,  melihat dengan mata hati  (bashirah).  Sehingga, pintu-pintu langit terbuka dan ia berkelana di penjuru kerajaan langit  di antara para malaikat. Pintu demi pintu terbuka hingga sampailah perjalanan hatinya ke 'Arsy. Ia menyaksikan keluasannya, keagungannya, kebesarannya, dan ketinggiannya. Dia melihat ketujuh langit dan ketujuh lapis bumi itu jika  dibandingkan dengan Arasy seperti satu  butir tasbih yang terbuang di padang maha luas.

Orang seperti ini boleh melihat para malaikat melingkar di sekeliling Arsy. Suara mereka ramai dengan tasbih,  tahmid, dan takbir. Perintah-perintah turun dari atas mengatur para tentera yang jumlahnya  hanya boleh diketahui tuhan. Maka, apabila turun perintah untuk menghidupkan suatu kaum dan mematikan kaum yang lain, memuliakan suatu kaum dan menghinakan yang lain, membahagiakan suatu kaum dan menyengsarakan yang lain, mendirikan suatu kekuasaan dan menumbangkan yang lain, dan memindahkan nikmat dari suatu tempat ke tempat yang lain. Juga memenuhi keperluan yang bermacam ragam seperti mengayakan orang miskin, menyembuhkan orang sakit, menghilangkan kesusahan, mengampuni dosa, menolong orang teraniaya, memberi hidayah, mengajari orang tak berilmu, mengembalikan orang hilang, mengamankan orang takut, melindungi orang yang memerlukan perlindungan, membantu orang lemah, membalas orang yang zalim atau juga mencegah perbuatan aniaya.


Semua itu berkisar antara keadilan dan kurnia atau hikmah dan rahmat yang berlaku pada seluruh isi alam. Mendengar satu permohonan dan laporan tidak akan mengganggu-Nya untuk mendengar yang lain. Banyaknya permintaan dan keperluan yang berbarengan waktunya tidak mungkin boleh membingungkan. Dia tidak marah dan bosan kalau orang terus menerus  memohon. Khazanah-Nya tidak berkurang sedikit pun. Tiada Tuhan Selain Dia, Tuhan Yang Maha Mulia dan Bijaksana.  


Pada saat itu, hati berdiri di hadapan Tuhan, tunduk kepada wibawa-Nya, khusyuk terhadap keagungan-Nya, tertawan oleh kemuliaan-Nya. Maka, dia sujud di hadapan Sang Maha Raja yang Haq. Dia tidak lagi pernah mengangkat kepalanya sampai hari pembalasan.

Begitulah perjalanan hati. Amat jauh ia berkelana walau tetap berada di tempat asalnya (dunia) dan tidak berganjak dari sana . Ini adalah salah satu ayat dan keajaiban-  Nya yang paling besar. Alangkah banyak berkahnya, sangat menggembirakan, dan manis buahnya. Alangkah agung manfaatnya dan baik akibatnya. Inilah perjalanan hati. Perjalanan yang menjadi syarat hidupnya roh, kunci kebahagiaan,  ghanimah akal fikiran. Tidak seperti sebuah perjalanan yang merupakan satu episod azab.  

Kesaksian serta pegangan ku dalam mentaati perintah-Nya


Saya bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan tiada sekutu bagi-Nya;  sebuah kesaksian yang saya ikrarkan bersama or ang-orang yang bersaksi dengan setulus hati. Saya akan mempertahankan kesaksianku itu ketika menghadapi para pembangkang. Saya simpan di sisi-Nya sebagai bekal kelak di  hari kiamat. Saya bersaksi bahawa yang halal adalah apa yang dihalalkan-Nya, yang haram adalah apa yang diharamkan oleh-Nya, dan agama adalah yang disyariatkan-Nya. Saya bersaksi bahwa hari kiamat tidak diragukan lagi kedatangannya, dan Allah pasti akan membangkitkan manusia dari kuburnya.

Saya bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya yang terpilih, Nabi-Nya yang Dia ridhai, dan Rasul-Nya yang benar serta diikuti. Beliau adalah Rasul yang ucapannya tidak keluar dari hawa nafsu,  tetapi dari wahyu yang Allah berikan kepadanya. Allah mengutusnya sebagai rahmat bagi semesta, sebagai petunjuk bagi orang yang menuju kepada-Nya, serta sebagai bukti atas kebenaran Allah, Tuhan semesta alam. Beliau diutus di saat tiada  nabi dan rasul, maka melalui beliaulah Allah memberi petunjuk kepada manusia menuju jalan yang lurus dan benar.

Allah SWT mewajibkan hamba-hamba-Nya untuk mentaati, mengagungkan, menghormati, memuliakan, dan memenuhi semua hak beliau. Allah SWT menutup semua jalan menuju syurga-Nya, dan tak seorang pun mampu membuka jalan tersebut kecuali melalui jalan rasul-Nya. Maka, dengannya Allah SWT lapangkan dada orang yang mengikuti sunnahnya dan selalu mengingatinya. Melalui beliau, Allah SWT memberikan ilmu kepada orang-orang bodoh,  memberi petunjuk kepada orang sesat, membuka mata yang buta, membuka telinga  yang tuli, dan menyingkap hati yang tertutup. 

Rasulullah saw. sentiasa menjalankan perintah Allah SWT dan tiada seorang pun yang mampu menghalanginya. Beliau senan tiasa mengajak manusia kepada Allah SWT, dan tiada seorang pun yang mampu merintanginya, hingga  berkat risalahnya dunia menjadi terang dan kegelapan sirna. Hati pun menyatu dalam kasih sayang setelah bercerai- berai kerana permusuhan. Dakwah beliau terus berjalan bak sinar matahari menjelajahi gugusan-gugusan bumi

ALLAH itu Maha Mengetahui


Segala puji bagi Allah SWT. Hanya  kepada-Nya kami memuji, meminta pertolongan, dan memohon ampunan. Kami memohon perlindungan-Nya dari segala keburukan diri dan perbuatan kami. Barangsiapa yang diberikan petunjuk oleh Allah, maka tak seorang pun akan mampu menyesatkannya. Dan barangsiapa yang disesatkan oleh-Nya, maka tak seorang pun akan mampu memberinya petunjuk.

Saya bersaksi bahawa tidak ada Tuhan (Ya ng berhak untuk disembah) selain Allah. Dialah Yang Maha Esa dan tiada sekutu bagi-Nya. Dan saya bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya.

Allah SWT berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwa lah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kalian matt selain kalian dalam keadaan berserah diri (kepada Allah)." (AW 'Imran: 102) 

"Wahai umat manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang menciptakan kami dari satu jiwa dan menciptakan dari jiwa itu pasangannya dan menebarkan dari keduanya laki-laki dan perempuan yang banyak. Bertakwalah kepada Allah tempat kamu meminta dan jagalah hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya Allah senantiasa mengawasi kamu." (an-Nisaa' :  1) 

"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar. Dengan demikian, Allah memperbaiki perbuatan dan mengampuni dosa-dosamu. Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah memperoleh kemenangan besar."  (al-Ahzaab: 70-71)

KEUTAMAAN BERZIKIR


Allah SWT berfirman:

Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat  (pula)  kepadamu  (dengan  memberikan  rahmat dan  pengampunan).  Dan  bersyukurlah  kepada-Ku, serta  jangan  ingkar  (pada  nikmat-Ku)”  (QS.  Al Baqarah: 152)

Hai orang-orang yang beriman ber-dzikirlah yang banyak kepada Allah (dengan menyebut nama-Nya)” (QS. Al Ahzaab: 41)

Laki-laki  dan  perempuan  yang  banyak  menyebut (nama) Allah, maka Allah menyediakan untuk mereka pengampunan  dan  pahala  yang  agung”  (QS.  Al Ahzaab: 35).

Dan  sebutlah  (nama)  Tuhanmu  dalam  hatimu dengan  merendahkan  diri  dan  rasa  takut  (pada siksaan-Nya),  tidak  mengeraskan  suara,  di pagi dan petang hari. Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai” (QS. Al A’raf: 205)

Rasulullah saw bersabda:

Perumpamaan  orang  yang  menyebut  (nama) Tuhannya dengan orang yang tidak menyebut (nama)-Nya, laksana orang hidup dengan orang yang mati ”.

Rasulullah saw juga bersabda:

Perumpamaan  rumah  yang  digunakan untuk zikir kepada  Allah  dengan  rumah  yang  tidak  digunakan untuknya, laksana orang hidup dengan yang mati”

Rasulullah saw juga bersabda:

Mahukah  kamu,  aku  tunjukkan  perbuatanmu  yang terbaik,  paling  suci  disisi  rajamu  (Allah),  dan  paling mengangkat  derjatmu;  lebih  baik  bagimu  dari  infaq emas  atau  perak,  dan  lebih  baik  bagimu  dari-pada bertemu  dengan  musuhmu,  lantas  kamu  memenggal lehernya  atau  mereka  memenggal  lehermu?”. Para sahabat  yang  hadir  berkata:  “Mau  wahai Rasulullah!”.  Beliau  bersabda:  “zikir  kepada  Allah yang Maha Tinggi”.

Allah SWT Yang Maha Tinggi berfirman (Dalam hadis Qudsi):

Aku  terserah  persangkaan  hamba-Ku.  Aku bersamanya (memberi rahmat dan  membelanya) bila dia menyebut nama-Ku. Bila dia menyebut nama-Ku dalam dirinya, aku menyebut namanya pada diri-Ku. Bila dia menyebut nama-Ku dalam perkumpulan orang banyak, Aku menyebutnya dalam perkumpulan yang lebih banyak dari mereka. Bila dia mendekat kepada-Ku  sejengkal  (dengan  melakukan  amal  soleh  atau berkata  baik),  maka  Aku  mendekat  kepadanya sehasta. Bila dia mendekat kepada-Ku sehasta, maka Aku  mendekat  kepadanya  sedepa.  Bila  dia  datang kepada-Ku  dengan  berjalan  (biasa),  maka  Aku mendatanginya dengan berjalan cepat (lari)”

Dari  Abdullah  bin  Busr  r.a  dia  berkata: Sesungguhnya  seorang  laki-laki  berkata:  “Wahai Rasulullah! sesungguhnya syari’at Islam telah banyak aku terima, oleh karena itu, beri tahulah aku sesuatu hal buat peganganku”. Beliau bersabda: “Tidak henti-hentinya lidahmu basah kerana zikir  kepada Allah (lidahmu selalu mengucapkannya) ”

Barang  siapa  yang  membaca  satu  huruf  dari  Al Quran, akan mendapatkan satu kebaikan. Sedangkan satu  kebaikan  akan  dilipatkan  sepuluh  semisalnya. Aku tidak berkata: Alif Laaam Miim, satu huruf. Akan tetapi  alif satu huruf, lam satu huruf dan  mim satu huruf ”





Dari  Uqbah  bin  Amir  t  berkata:  “Rasulullah saw keluar,  sedangkan  kami  berada  di  serambi  masjid (Madinah). Lalu beliau bersabda: “Siapakah diantara kamu  yang  senang  berangkat  pagi  setiap  hari  ke Buthan atau Al Aqiq, lalu kembali dengan membawa dua  unta  yang  besar  punuknya  tanpa  mengerjakan dosa dan  memutus silaturrahim?” kami (yang hadir) berkata: “Yaa kami senang ya Rasulullah!”, lalu beliau bersabda: “Seseorang di antara kamu berangkat pagi ke masjid, lalu mengajar atau membaca dua ayat Al Qur’an, hal itu lebih baik baginya daripada dua unta. Dan  (bila  mengajar  atau  membaca)  tiga  (ayat)  akan lebih baik daripada memperoleh tiga (unta). Dan (bila membaca atau mengajar) empat ayat akan lebih baik baginya daripada memperoleh empat (unta) dan dari seluruh bilangan unta”.

Rasulullah saw bersabda:

Siapa  yang  duduk  di  suatu  tempat,  lalu  tidak berzikir kepada Allah di dalamnya, maka dia akan mendapat  sesuatu  yang  tidak  disenangi  dari  Allah. Barang  siapa  yang  berbaring  di  suatu  tempat,  lalai tidak  berzikir  kepada  Allah,  maka  dia  akan mendapatkan  sesuatu  yang  tidak  disenangi  dari Allah”

Apabila suatu kaum duduk di majlis, lantas tidak berzikir kepada Allah dan tidak membaca selawat kepada Nabi-Nya, nescaya mereka mendapat sesuatu yang  tidak  disenangi  dari  Allah.  Apabila  Allah berkehendak, maka Dia akan menyiksa mereka; dan apabila tidak, Allah akan mengampuni dosa mereka”

Setiap kaum yang berdiri dari suatu majlis, yang mereka  tidak  berzikir  kepada  Allah  di  dalamnya, maka mereka laksana berdiri dari bangkai keldai dan mereka akan menyesal (di hari kiamat) ”

Hizib Imam Nawawi


Imam  al-Nawawi  dilahirkan  di  sebuah  kampung  bernama  Nawa  di  daerah  Hauran  sebelah selatan kota Damsyik, Syria pada bulan Muharram 631H. Nama penuh beliau ialah Muhyiddin, Abu  Zakaria,  Yahya  bin  Syaraf  al-Nawawi,  al-Hizami,  al-Haurani,  al-Syafii.  Beliau  hidup  di kalangan ahli keluarga yang sangat menghargai ilmu agama.

Imam Nawawi pindah ke Damsyik dan tinggal di madrasah al-Rawahiyyah pada tahun 649H semata-mata untuk menuntut ilmu. Beliau sangat tekun menuntut ilmu agama dan berjaya menghafal kitab al-Tanbih hanya dalam masa 4 setengah bulan sahaja. Pada bulan berikutnya dalam tahun itu beliau berjaya menghafal ¼ kitab al-Muhazzab di bawah bimbingan gurunya iaitu Ishaq bin Ahmad al-Maghribi.

Beliau kemudian berangkat bersama bapanya untuk menunaikan fardu haji. Di sana beliau telah menetap  di  kota  Madinah  selama  sebulan  setengah  dan  mengalami  sakit  di  sepanjang perjalanannya.

Abu al-Hasan bin al-‘Atthar  salah seorang muridnya  menceritakan bahawa gurunya iaitu Imam al-Nawawi memberitahunya yang dia belajar sebanyak 12 pelajaran dengan para gurunya setiap  hari.  Subjek  tersebut  sama  ada  dalam  bentuk  huraian  atau  pembetulan.  Subjek pelajarannya adalah seperti berikut:


2 subjek menggunakan kitab al-Wasith (fiqh)
1 subjek menggunakan kitab al-Muhazzab (fiqh)
1 subjek menggunakan kitab al-Jam’u baina al-Sahihain (hadis)
1 subjek menggunakan kitab al-Sahih Muslim (hadis)
1 subjek menggunakan kitab al-Luma’ karya Ibn Jinni (nahu)
1 subjek menggunakan kitab Islah al-Manthiq (bahasa)
1 subjek dalam ilmu saraf1 subjek dalam ilmu usul al-fiqh
1 subjek dalam ilmu rijal – biografi periwayat hadis1 subjek dalam ilmu usuluddin dan akidah


(berkata Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah: Apa yang tersalin dalam kitab hanya 11 subjek
sahaja)


Antara reaksi kehidupan seharian Imam al-Nawawi ini ialah beliau enggan makan buah-buahan dan timun (sayur-sayuran), alasannya ialah: “Aku bimbang ia akan menggemukkan badanku dan membuatkan aku tidur lama!” Sedangkan beliau hanya makan sekali pada setiap hari dan hanya sekali meminum air iaitu ketika waktu sahur.

Beliau menghadapi pemerintah dengan penuh keberanian, segala yang menyalahi sayarak akan ditegur, dikirim kepada mereka surat serta mengingatkan pemerintah dengan ‘kekuasaan’ Allah Taala. Beliau pernah menulis dalam suratnya:

Daripada hamba Allah, Yahya al-Nawawi: Semoga Allah memberikan keselamatan, rahmat dan keberkatanNya kepada kamu, Sultan yang dihormati, penghulu raja-raja Badr al-Din. Semoga Allah melestarikan kepadanya kebaikan dan kebajikan. Diperpanjangkan kebaikan di dunia ini hingga ke akhirat bagi setiap impiannya serta diberkati pada setiap keadaannya, amin! Aku ingin  menyampaikan  pada  pengetahuan  yang  mulia  bahawa  penduduk  Syam  sedang menghadapi kesempitan dengan sebab ketiadaan hujan dalam satu surat yang agak panjang.”

Lalu dibalas surat tersebut dengan nada yang keras oleh al-Zahir. Bukan sekali beliau menulis surat kepada Malik al-Zahir dalam mengajak kepada perbuatan yang baik dan meninggalkan perkara  yang  buruk.  Tetapi  nada  suratnya  penuh  dengan  kelembutan  dan  kebaikan.  Bukan suara yang keras dan menempelak para pemerintah dengan cacian dan kutukan sebagaimana kini. Hinggakan pernah ditanya kepada Malik al-Zahir berkaitan dengan Imam al-Nawawi beliau menyatakan: “Aku begitu gerun kepadanya”.


Antara karyanya yang terkenal ialah:

Minhaj Fi Syarh Sahih Muslim
Riyadh al-Solihin Min Kalam Saiyid al-Mursalin
Al-AzkarAl-Arba’in (Hadis 40)
Al-Irsyad
Tahzib al-Asma’ Wa al-Lughah
Minhaj al-Thalibin
Al-Daqaiq
Tashihul Tanbih Fi Fiqh al-Syafi’iyah
Taqrib Wa Tahsin Fi Musthalah al-Hadits
Al-‘Umdah
Al-Idhah
Al-Tibyan fi Adab Hamlah al-Quran
Dan banyak lagi

Beliau terus belajar ilmu hingga menjadi seorang ulama besar dalam fiqh mazhab Syafii, turut mahir di dalam bidang hadis dan bahasa. Berkaitan dengan ini Syaikh ibn Farh menyatakan bahawa Imam al-Nawawi memiliki tiga darjat yang setiap satu darjatnya sangat sukar dicapai oleh orang lain, iaitu ilmu, zuhud dan berpesan ke arah kebaikan dan menolak kemungkaran.

Beliau pulang semula ke Nawa selepas menziarahi Bait al-Maqdis. Di sana tidak berapa lama beliau jatuh sakit dan meninggal dunia pada bulan Rejab tahun 676H. Umur Imam al-Nawawi ketika itu baru mencecah 45 tahun, meskipun usianya yang tidak begitu panjang, kehidupannya dalam  tempoh  itu  penuh  dengan  keberkatan.  Umur  yang  singkat  itu,  beliau  menghabiskan untuk melakukan ibadah, ketaatan, mengajar dan menulis. 

Semoga Allah merahmati beliau dan kita semua. Allahumma amin!



Imam  al-Nawawi  ini  tidak  berkahwin  kerana  terlalu  sibuk  dengan  ilmu  dan  tidak  sempat memikirkannya. Masanya diluangkan untuk ilmu, beribadah dan hanya sedikit rehat.

Imam Nawawi diketahui menyusun kitab al-Azkar, hizibnya yang sudah maklum. Jangan lupa untuk melakukannya selepas solat Dhuha kerana memiliki keutamaan yang sangat besar.


Sanad Wird atau Hizb An-Nawawi oleh Imam An-Nawawi r.a.

Al-Faqir  ila  Rabbihi  Al-Qawi,  Raja  Ahmad  Mukhlis  bin  Raja  Jamaludin  Al-Razi  Al-Azhari meriwayatkan Hizb An-Nawawi ini daripada Sheikh As-Sayyid Ibrahim Bin As-Sayyid Abdullah Al-Akhsa'ie daripada Sheikh Al-Mu'ammar Hasan Al-Masyath daripada Sheikh Al-Habib Husien bin Muhammad Al-Habsyi daripada Sheikh As-Sayyid Ahmad bin Abdul Rahman Al-Bar daripada Sheikh Abdul Rahman bin Muhammad Al-Kazbiri daripada ayahnda beliau Sheikh Muhammad bin Abdul Rahman daripada ayanda beliau Sheikh Abdul Rahman daripada Sheikh Muhammad bin Ahmad bin 'Uqailah daripada Sheikh Hasan bin Ali Al-Ajami daripada Sheikh Najmuddin Muhammad Al-Ghazzi daripada ayahnda beliau Sheikh Badruddin Muhammad daripada Al-Hafiz Imam As-Suyuti daripada Sheikhul Islam Imam Al-Bulqini daripada Sheikh Abu Ishaq Ibrahim bin Ahmad  At-Tanukhi  daripada  Sheikh  'Ala'uddin  bin  Al-'Athor  daripada  Al-Imam  Al-Hafiz  Abu Zakaria Yahya bin Syarafuddin An-Nawawi r.a. 


Ijazah oleh Habib Muzir Al-Munsawa  AL-FADHIL SHEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU ABDULLAH AL-BANJARI AL-MAKKI dan diterjamahkan ke Bahasa Melayu oleh Muallij Mustaqim bin Mohd Najib Al-Kelantani untuk tatapan umum bukan untuk tujuan pengijazahan. Amalkan dengan penuh istiqamah.





Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Dengan nama Allah aku ucapkan ke atas diriku, ke atas agamaku, ahli keluargaku, anak-anakku, hartaku, sahabat-sahabatku, agama mereka dan ke atas harta benda mereka seribu "la haula wala quwwata illa billahil 'aliyyil 'azhim"

Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, aku ucapkan ke atas diriku, agamaku, ahli keluargaku, anak-anakku, harta-bendaku, sahabat-sahabatku, agama mereka dan ke atas harta benda mereka sejuta "la haula wala quwwata illa billahil'aliyyil 'azhim"

Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, aku ucapkan ke atas diriku, ke atas agamaku, ahli keluargaku, anak-anakku, harta bendaku, sahabat-sahabatku, agama mereka dan ke atas harta benda mereka satu billion "la haula wala quwwata illa billahil 'aliyyil 'azhim"

Dengan nama Allah, aku berlindung dan memohon keberkatan, hanya dengan nama Allah, aku memohon pertolongan dan kemenangan, dan hanya dari Allah, aku memohon kurniaan, dan hanya kepada Allah, aku bernaung dan menyandar, dan hanya ke atas Allah, aku tenggelamkan diriku, jihadku, dan kesungguhanku, dan tiada daya (daripada mengelak maksiat) dan tiada upaya (daripada mengerjakan taat) melainkan dengan pertolongan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Bismillah, (aku ucapkan) ke atas agamaku, jiwa ragaku, anak-anakku, harta bendaku, ahli keluargaku, sahabat-sahabatku, dan atas segala sesuatu yang dikurniakan Tuhanku kepadaku.

Dengan nama Allah, Tuhan Pentadbir tujuh petala langit, Tuhan Pentadbir tujuh petala bumi, dan Tuhan Pentadbir 'Arasy yang Agung. Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat beserta namaNya barang sesuatu pun yang ada di bumi ini dan di langit, dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.



Bismillah adalah sebaik-baik nama di bumi dan di langit, dengan nama Allah, aku mulakan dan aku akhiri segala-galanya. Allah, Allah, Allah, Allah Raja Pentadbirku, aku tidak sekutukan denganNya barang sesuatu pun. Allah, Allah, Allah, Allah Raja Pentadbirku, tiada Tuhan sebenar melainkan Allah. Allah lebih perkasa, lebih Agung dan lebih Besar daripada apa yang aku khuatiri.

Dengan Engkau ya Allah, aku berlindung dari kejahatan segala sesuatu yang diadakan oleh Raja Pentadbirku, yang dijadikan dan yang diciptakannya. Dengan Engkau ya Allah, aku bentengkan diriku dari mereka, dengan Engkau ya Allah, aku tolak dan tundukkan mereka. (aku jadikan ayat-ayat berikut sebagai pemohon syafaat) dan aku dahulukan ia dihadapanku dan dihadapan mereka, iaitu : Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, katakanlah (wahai Muhammad s.a.w.) bahawasanya Allah itu Maha Esa. Allah itu Tempat Bergantung. Ia tidak beranak dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tiada sesiapa pun yang setara denganNya. (surah al-Ikhlas:1-4)

Dan seperti itu juga (aku jadikan Basmalah dan surah al-Ikhlas) disebelah kananku dan disebelah kanan mereka, dan seperti itu juga (aku jadikan Basmalah dan surah al-Ikhlas disebelah kiriku dan disebelah kiri mereka, dan seperti itu juga (aku jadikan Basmalah dan surah al-Ikhlas) dihadapanku dan dihadapan mereka, dan seperti itu juga (aku jadikan Basmalah dan surah al-Ikhlas) dibelakangku dan dibelakang mereka, dan seperti itu juga (aku jadikan Basmalah dan surah al-Ikhlas) diatasku dan diatas mereka, dan seperti itu juga (aku jadikan Basmalah dan surah al-Ikhlas) dibawahku dan dibawah mereka, dan seperti itu juga (aku jadikan Basmalah dan surah al-Ikhlas) meliputi diriku dan diri mereka.

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada Engkau bagi manfaat diriku dan bagi diri mereka dari kebaikanMu dengan (hak) kebaikanMu yang tidak dimiliki oleh sesiapa pun selain Engkau.

Ya Allah, jadikanlah aku dan mereka di dalam golongan hambaMu yang sebenar dan di dalam perlindunganMu, orang-orang yang Engkau pergatikan dan orang-orang yang berdamping dengan Engkau, di dalam keamaanMu dan bentengMu, dan di dalam golonganMu dan naunganMu, daripada setiap syaitan dan raja, manusia dan jin, orang jahat dan orang yang hasad, binatang buas, ular dan kala jengking, dan daripada setiap binatang yang hanya Engkaulah Pemegang ubun-ubunnya (Pengaturnya). Sesungguhnya Tuhanku itu di atas jalan yang lurus.


Cukuplah bagiku Tuhanku daripada orang-orang yang ditadbirnya, cukuplah bagiku Penciptaku daripada semua ciptaanNya, cukuplah bagiku Tuhanku Yang Maha Pemberi Rezeki daripada orang-orang yang dikurniakan rezeki, cukuplah bagiku Tuhanku yang Maha Penutup (Pelindung) daripada orang-orang yang dilindungi, cukuplah bagiku Tuhanku yang Maha Penolong daripada orang-orang yang ditolong, cukuplah bagiku Tuhanku yang Maha Gagah daripada orang-orang yang digagahi, cukuplah bagiku Tuhanku yang hanya Dialah yang menjadi kecukupanku, cukuplah bagiku Tuhanku yang sentiasa menjadi kecukupanku, cukuplah bagiku Allah, dan Dialah sebaik-baik wakil, dan cukuplah bagiku Allah daripada sekalian makhlukNya, sesungguhnya penolongku ialah Allah yang telah menurunkan Al-Qur'an, dan Dia pasti akan menolong orang-orang yang soleh.

{Dan apabila engkau membaca Al-Qur'an (wahai Muhammad s.a.w.), Kami jadikan dinding yang tidak dapat dilihat diantara kamu dan diantara orang-orang yang tidak beriman dengan hari akhirat. Dan Kami jadikan di atas hati mereka tutupan yang berlapis-lapis, juga sebagai penyumbat pada telinga mereka, yang menghalang telinga mereka dari memahami dan mendengar al-Qur'an, dan sebab itulah apabila engkau menyebut nama TuhanMu saja di dalam Al-Qur'an, mereka berpaling undur melarikan diri.} (Surah Al-Isra': 45-46)

{Kemudian jiwa mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad s.a.w.) : "Cukuplah bagiku Allah (sebagai Pemeliharaku), tiada Tuhan yang sebenar melainkan Dia. Hanya kepada Allah aku berserah diri, dan Dialah Raja Pentadbir 'Arasy yang Agung.} (Surah At-Taubah: 129)

Dan tiada daya (daripada mengelak maksiat) dan tiada upaya (mengerjakan taat) melainkan dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Dan semoga curahan selawat dan salam sentiasa ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w., ahli keluarganya dan para sahabatnya..

Friday 28 December 2012

RUKUN IMAN MENURUT AL-FIRQAH AN-NAJIYAH


1.Iman Kepada Allah Ta'ala

Iman kepada Allah adalah keyakinan yang kuat bahawa Allah adalah Rabb dan Raja segala sesuatu; Dialah Yang Mencipta, Yang Memberi Rezeki, Yang Menghidupkan, dan Yang Mematikan, hanya Dia yang berhak diibadahi. Kepasrahan, kerendahan diri, ketundukan, dan segala jenis ibadah tidak boleh diberikan kepada selain-Nya; Dia memiliki sifat-sifat kesempurnaan, keagungan, dan kemuliaan; serta Dia bersih dari segala cacat dan kekurangan.

2. Iman Kepada Para Malaikat Allah

Iman kepada malaikat adalah keyakinan yang kuat bahawa Allah memiliki malaikat-malaikat, yang diciptakan dari cahaya. Mereka, sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Allah, adalah hamba-hamba Allah yang dimuliakan. Apapun yang diperintah-kan kepada mereka, mereka laksanakan. Mereka bertasbih siang dan malam tanpa berhenti. Mereka melaksanakan tugas masing-masing sesuai dengan yang diperintahkan oleh Allah, sebagaimana di-sebutkan dalam riwayat-riwayat mutawatir dari nas-nas Al-Qur'an mahupun As-Sunnah. Jadi, se-tiap gerakan di langit dan bumi, berasal dari para malaikat yang ditugasi di sana, sebagai pelaksanaan perintah Allah Azza wa Jalla. Maka, wajib mengimani secara tafshil, (terperinci), para malaikat yang namanya disebutkan oleh Allah, adapun yang belum disebutkan namanya, wajib mengimani me-reka secara ijmal, 'menyeluruh'.


3.Iman Kepada Kitab-kitab

Maksudnya adalah, meyakini dengan sebenar-benarnya bahawa Allah memiliki kitab kitab yang di-turunkan-Nya kepada para nabi dan rasul-Nya; yang benar-benar merupakan Kalam, (firman, ucapan),-Nya. Ia adalah cahaya dan petunjuk. Apa yang dikandungnya adalah benar. Tidak ada yang mengetahui jumlahnya selain Allah. Wajib beriman secara ijmal, kecuali yang telah disebutkan namanya oleh Allah, maka wajib untuk mengimaninya secara tafshil, yaitu: Taurat, Injil, Zabur, dan Al-Qur'an. Selain wajib mengimani bahawa Al-Qur'an diturunkan dari sisi Allah, wajib pula mengimani bahawa Allah telah mengucapkannya sebagaimana Dia telah mengucapkan seluruh kitab lain yang diturunkan. Wajib pula melaksanakan berbagai perintah dan kewajiban serta menjauhi berbagai larangan yang terdapat di dalamnya. Al-Qur'an merupakan tolok ukur kebenaran kitab-kitab terdahulu. Hanya Al-Qur'an saja yang dijaga oleh Allah dari pergantian dan perubahan. Al-Qur'an adalah Kalam Allah yang diturunkan, dan bukan makhluk, yang berasal dari-Nya dan akan kembali kepada-Nya.

4. Iman Kepada Para Rasul

Iman kepada rasul-rasul adalah keyakinan yang kuat bahawa Allah telah mengutus para rasul untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya. Kebijaksanaan-Nya telah menetap-kan bahawa Dia mengutus para rasul itu kepada manusia untuk memberi khabar gembira dan ancaman kepada mereka. Maka, wajib beriman kepada semua rasul secara ijmal (global) sebagaimana wajib pula beriman secara tafshil (rinci) kepada siapa di antara mereka yang disebut namanya oleh Allah, iaitu 25 di antara mereka yang disebutkan oleh Allah dalam Al-Qur'an. Wajib pula beriman bahawa Allah telah mengutus rasul-rasul dan nabi-nabi selain mereka, yang jumlahnya tidak diketahui oleh selain Allah, dan tidak ada yang mengetahui nama- nama mereka selain Allah Yang Maha Mulia dan Maha Tinggi. Wajib pula beriman bahwa Muhammad saw adalah yang paling mulia dan penutup para nabi dan rasul, risalahnya meliputi bangsa jin dan manusia, serta tidak ada nabi setelahnya.


5. Iman Kepada Kebangkitan Setelah Mati

Iman kepada kebangkitan setelah mati adalah keyakinan yang kuat tentang adanya negeri akhirat. Di negeri itu Allah akan membalas kebaikan orang-orang yang berbuat baik dan kejahatan orang-or-ang yang berbuat jahat. Allah mengampuni dosa apapun selain syirik, jika Dia menghendaki. Pengertian al-ba'ts, (kebangkitan) menurut syar'i adalah dipulihkannya badan dan dimasukkannya kembali nyawa Ke dalamnya, sehingga manusia keluar dari kubur seperti belalang-belalang yang bertebaran dalam keadaan hidup Dan  bersegera mendatangi penyeru. Kita memohon ampunan dan kesejahteraan kepada Allah, baik di dunia mahupun di akhirat.


6. Iman Kepada Takdir Yang Baik Mahupun Yang buruk Dari Allah Ta'ala.

Iman kepada takdir adalah meyakini secara sungguh-sungguh bahawa segala kebaikan dan keburukan itu terjadi karena takdir Allah. Allah SWT telah mengetahui kadar dan waktu terjadinya segala sesuatu sejak zaman azali, sebelum menciptakan dan mengadakannya dengan kekuasaan dan kehendakNya, sesuai dengan apa yang telah diketahui Nya itu. Allah telah menulisnya pula di Lauh Mahfuz h sebelum menciptakannya.



Banyak sekali dalil mengenai keenam rukun Iman ini, baik dari Al-Qur'an mahupun As-Sunnah. Di antaranya adalah firman Allah Ta'ala :

"Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebaktian, akan tetapi sesungguh-nya kebaktian itu ialah beriman kepada Allah, Hari Kemudian, Malaikat-malaikat, dan Nabi-nabi...'''(Al-Baqarah : 177)

"Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut qadar (ukuran)."(Al-Qamar : 49)

Juga sabda Nabi saw dalam hadis Jibril:
"Hendaklah engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, dan hari akhir. Dan engkau beriman kepada takdir Allah, yang baik mahupun yang buruk.



DEFINISI AL-FIRQAH AN-NAJIYAH (AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH)


Firqah (dengan huruffa' dikasrahkan) ertinya sekelompok manusia. Ia disifati dengan an-najiyah, (yang selamat), dan Al-Manshurah, (yang mendapat pertolongan), berdasarkan sabda Rasulullah saw:

"Akan senantiasa ada sekelompok umatku yang tegar di atas al-haq, yang tidak akan terkena mudharat dari orang yang enggan menolong atau menentang mereka, sehingga datanglah keputusan Allah sedangkan mereka tetap dalam keadaan begitu."

Adapun Ahlus Sunnah wal Jama'ah, adalah merupakan pengganti atau nama lain dari kelompok tersebut. Yang dimaksud dengan As-Sunnah adalah Thariqah (cara/jalan) yang dianut oleh Rasulullah saw, para sahabat beliau, dan orang-orang yang mengikuti jejak mereka hingga Hari Kiamat.

Adapun al-jama'ah, makna asalnya adalah sejumlah orang yang mengelompok. Tetapi, yang di-maksud dengan al-jama'ah dalam pembahasan aqidah ini adalah Salaf (pendahulu) dari umat ini dari kalangan sahabat dan orang-orang yang mengikuti kebaikan mereka, sekalipun hanya seorang yang berdiri di atas kebenaran yang telah dianut oleh jama'ah tersebut.

Abdullah bin Mas'ud radhiallahu’anhu berkata:

"Jama'ah adalah apa yang 'selaras dengan kebenaran, sekalipun engkau seorang diri:

Dari 'Auf bin Malik yang berkata: Rasulullah saw bersabda:

"Umat Yahudi berpecah menjadi tujuh puluh satu golongan, satu golongan di jannah sedangkan tujuh puluh golongan di naar. Umat Nasrani berpecah men-jadi tujuh puluh dua golongan, tujuh puluh satu go-longan di naar sedangkan satu golongan di jannah. Demi Allah, yang jiwaku di tangan-Nya, umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan, satu golongan di jannah sedangkan tujuh puluh dua golongan di naar."

HUBUNGKAIT NIAT PERJALANAN DENGAN PEMBOLEHAN MENJAMAK DAN MENGQASARKAN SEMBAHYANG


Apa  yang  biasa  difahami  oleh  masyarakat  Islam  di  Malaysia rukhshah (keringanan)  yang  Allah  'Azza  wa  Jalla kurniakan  kepada musafir  seperti  mengqasarkan  dan  menjamakkan  sembahyang  hanya diperbolehkan  ketika  berada  dalam  perjalanan  yang  berbentuk  ketaatan kepada  Allah  'Azza  wa  Jalla ( safar  al-tha’ah )  dan  bukan  untuk  tujuan yang  mengandungi  unsur-unsur  dosa  atau  maksiat. Namun  begitu sebenarnya  rukhshah yang  Allah 'Azza  wa  Jalla berikan  kepada  para musafir  adalah  berbentuk  umum  tanpa  menetapkan  apa-apa  syarat tambahan. Firman-Nya:

Dan  apabila  kamu  musafir  di  muka  bumi,  maka  kamu tidaklah berdosa "mengqasarkan" (memendekkan) sembahyang…

Asalkan  sahaja  hamba-Nya  yang  Muslim  berada  dalam perjalanan  maka  diperbolehkan  untuknya  mengqasarkan  mahupun menjamakkan  sembahyangnya.  Menurut  Syaikh  Abdullah  bin Abdurahman al-Jibrin:

Keringanan  perjalanan  dibolehkan  bagi  setiap perjalanan baik perjalanan untuk ketaatan atau untuk maksiat, sedangkan  dosa  adalah  disebabkan  perbuatan  maksiat  itu sendiri  baik  yang  dilakukan  oleh  seorang  musafir  ataupun orang  yang  bermukim.  Pelaku  maksiat  akan mendapatkan  dosa dalam  dua  keadaan  itu  dan  keringanan  yang  diberikan  kepada orang  yang  dalam  perjalanan  adalah  untuk  menghindari kesulitan,  begitu  juga  orang  yang  melakukan  perjalanan kemudian lalu  berbuat maksiat di dalam  perjalanannya itu dan dia  adalah  seorang  Muslim  maka  dia  mendapatkan  ketentuan-ketentuan syari’at Islam dan tidak boleh bagi kita melarangnya untuk  mendapatkan  keringanan  dari  Allah  kerana  perbuatan maksiatnya.

Sesiapa  yang melakukan perjalanan  atas  tujuan  untuk  membuat maksiat maka dia akan dianggap melakukan perbuatan  yang haram dan berdosa di atas perbuatan tersebut namun ini tidak menghindarinya untuk mendapat  rukhshah dalam  menjamak dan  mengqasarkan  sembahyang.


Contohnya  seorang  yang  mencuri  sehelai  baju  lantas  dipakainya  baju tersebut  untuk  mengerjakan  sembahyang.  Maka  perbuatannya  mencuri baju adalah haram tetapi sembahyangnya tetap sah.

Manakala  Syaikh  al-Syinqithi  dalam  Adhwaa’ul  Bayaan (Jilid  1, halaman 360) pula berpendapat :

Para  ulama’ ber ijma’ (bersepakat)  bahawa  mengqasarsembahyang  empat  rakaat  menjadi  dua  rakaat  ketika  safar memang benar disyari’atkan… Ada juga orang yang menyatakan bahawa  mengqasarkan  sembahyang  hanya  boleh  ketika  safar dalam  ketaatan  syari’ay.  Pendapat  seperti  itu  merupakan pendapat yang tidak dipercayai oleh para ulama’ .

Dari ini dapat kita fahami  bahawa menjamak dan mengqasarkan sembahyang  diperbolehkan  dalam  segala  bentuk  perjalanan  samada atas  tujuaan  ketaatan  atau  maksiat.  Semoga  dengan  rukhsah ini  akan dapat  memberi  perangsang  kepada  mereka  yang  memiliki  tujuan  yang tidak baik dalam sesuatu perjalanan untuk bersembahyang dan mungkin melalui  sembahyangnya  itu  akan  membuka  hati  mereka  untuk membatalkan  hasrat  menempuhi  perjalanan  yang  tidak  baik  tersebut. Sebagaimana  yang  kita  sedia  maklum  ibadah  sembahyang  itu  dapat menghindari kita dari melakukan perkara yang keji dan mungkar.

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :

sesungguhnya  sembahyang  itu  mencegah  dari  perbuatan yang keji dan mungkar…



PENUTUP

Penulis  yakin  setelah  kita  benar-benar  faham  dengan  beberapa hukum  berkaitan  dengan  sembahyang  jamak dan  qasar ini,  maka  akan terserlah  kepada  kita  betapa  indahnya  hukum-hakam  Allah  Subhanahu wa  Ta'ala  dalam  hal  ini . Rukhshah (keringanan)  yang  Allah Subhanahu wa  Ta'ala berikan  kepada  kita  melalui  sembahyang  jamak dan  qasar mengukuhkan  lagi  bahawa  Dia  benar-benar  bersifat al-Rahmah (kasih sayang)  terhadap  makhluk-Nya.  Sewajarnya  kita  mempergunakan sepenuhnya anugerah serta sedekah yang Allah 'Azza wa Jalla kurniakan kepada  kita.  Apatah  lagi  perkara-perkara  yang  penulis  ketengahkan  di atas  ada  dalilnya dari al-Qur’an dan  al-Sunnah sebagaimana  yang diamalkan  oleh  para  sahabat  Nabi  radhiallahu 'anhum .  Bagi  penulis batasan-batasan  yang  telah  digariskan  dalam  sesetengah  kitab-kitab fardhu  ‘ain di  Malaysia  berkaitan  dengan  sembahyang  jamak dan  qasar seolah-olah  menafikan  serta  menghancurkan  kemudahan  syari’at Islam. Ini sebagaimana yang ditegaskan oleh Syaikh Abu Ubaidah Masyhur:Ini  kerana  dengan  meletakkan  had  batasan  seperti hanya  boleh  mengqasarkan  sembahyang  selama  tiga  hari  atau batasan-batasan  lainnya,  boleh  mengakibatkan  musnahnya kemudahan yang diberikan syari’at Islam.

Antara  manhaj Rasulullah  shallallahu  ‘alaihi  wasallam dalam membuat  pilihan  ketika  memberi  pandangan  adalah  sebagaimana  yang dikhabarkan oleh  Umm al-Mukminun‘Aishah  radhiallahu 'anha :

Tidaklah  Rasulullah  shallallahu  ‘alaihi  wasallam  jika  diberi dua pilihan kecuali baginda memilih yang paling mudah di antaranya selagi tidak mengandungi dosa .

Semoga  kemudahan  yang  Allah  Subhanahu  wa  Ta'ala anugerahkan  kepada  kita  semua  akan  menjadi  pilihan  kita  kerana mustahil  apa  yang  datangnya  dari  Allah  dan  Rasul-Nya  serta  menjadi amalan para sahabat Nabi radhiallahu 'anhum akan mengandungi unsur-unsur  dosa.  Sesungguhnya  Allah  Subhanahu  wa  Ta'ala  hanya menginginkan  kemudahan  kepada  hamba-hamba-Nya  dan  tidak  mahu memberati kita semua. Ini sebagaimana Firman-Nya:

(Dengan  ketetapan  yang  demikian itu)  Allah  menghendaki kamu  beroleh  kemudahan,  dan  Ia  tidak  menghendaki  kamu menanggung kesukaran…

Allah  tidak  memberati  seseorang  melainkan  apa  yang terdaya  olehnya.  Ia  mendapat  pahala  kebaikan  yang diusahakannya...

Dan  orang-orang  yang  beriman  serta  beramal  soleh (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati  diri  seseorang  (dengan  kewajipan)  melainkan  sekadar yang  terdaya  olehnya,  merekalah  ahli  Syurga,  mereka  kekal  di dalamnya.

_SEMOGA BERMANFAAT HENDAKNYA_

NIAT YANG PERLU DILAFAZKAN KETIKA MENJAMAK DAN MENGQASARKAN SEMBAHYANG


Setiap  amal  ibadah  wajib  dimulakan  dengan  niat.  Dalil  wajibnya niat adalah Sabda Nabi  shalallahu 'alaihi wasallam : 

Dari  ‘Alqamah  bin  Waqqash  al-Laitsi  bahawa  dia  berkata: Aku  mendengar  Umar  bin  Khattab  berkata  di  atas  mimbar:  “Aku mendengar  Rasulullah  shalallahu  'alaihi  wasallam  bersabda,  “Tiap-tiap amal perbuatan harus  disertai dengan niat, balasan  bagi setiap amal manusia sesuai dengan apa yang diniatkan….”


Menurut  al-Hafidz  Ibnu Hajar  al-Asqalani rahimahullah tentang hadis di atas ia membuktikan:

Setiap pekerjaan harus didasari dengan niat. Al-Khauyi mengatakan,  “Seakan-akan  Rasulullah  memberi  pengertian bahawa  niat  itu  bermacam-macam  sebagaimana  perbuatan. Seperti orang yang melakukan perbuatan dengan motivasi ingin mendapatkan redha Allah dan  apa yang dijanjikan  kepadanya, atau ingin menjauhkan diri dari ancaman-Nya.

Namun  begitu  sering  terjadi  perbincangan  samada  niat  sebelum memulakan sesuatu ibadah itu perlu dilafazkan atau ianya hanya amalan dalam  hati.  Adakah  disyari’atkan  melafazkan  niat  ضﺮﻓ ﻲﻠﺻأ (Sahaja  aku sembahyang fardhu )….” sebelum mengerjakan ibadah sembahyang atau memadai  di  dalam  hati  kita  terlintas  bahawa  kita  akan  mengerjakan ibadah tersebut?

Niat menurut pengertian bahasa dimaksudkan : “Qasad (maksud yang  digerak  dan  dikehendaki  oleh  hati),  azam  (atau  ‘azamul  qalb ,  iaitu apa yang telah dicita-citakan di hati) dan  iradah (iaitu al- iradatul jazimah, iaitu  kehendak  keinginan  hati  dalam  keadaan  yang  sedar).  Adapun menurut  syara’ ,  niat  adalah  :  “Berazam  (bertekad)  untuk  melaksanakan ibadah semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah. Qasad , azam dan  iradah tempatnya  di  hati  kerana  ini  kerja  hati  (‘amal  al-Qalb)  bukan kerja lidah. Oleh itu niat tidak perlu dilafazkan atau diucapkan, inilah yang disepakati  oleh jumhur ulama’ dan  etimologis  (ahli  ilmu  asal-usul  kata).

Niat  juga  diertikan  :  “kehendak,  maksud  (tujuan)  dan  keazaman  bukan paksaan.

Menurut  al-Hafidz  Ibnu  Hajar  al-Asqalani rahimahullah :  “Imam Nawawi mengatakan, bahawa niat bererti maksud, iaitu keinginan yang ada dalam hati.”

Seterusnya al-Hafidz menyatakan:

Al-Baidhawi berkata, “Niat adalah dorongan hati untuk melakukan  sesuatu  sesuai  dengan  tujuan,  baik  mendatangkan manfaat  atau  menolak  mudarat,  sedangkan  syari’at adalah sesuatu  yang  membawa  kepada  perbuatan  yang  diredai  Allah dan mengamalkan segala perintah-Nya.”

Dari keterangan di atas dapatlah kita fahami bahawa setiap amal seseorang  mukmin  yang  terbit  dari  kehendak,  azam,  cita-cita  dan  gerak hatinya  yang  disedari  dan  tidak  dipaksa,  maka  itulah  yang  dinamakan niat.  Dan  niat  ini  tempatnya  di  hati  tanpa  perlu  dilafazkan.  Rasulullah shallallahu  ‘alaihi  wasallam juga  memulakan  sembahyangnya  dengan takbir ( ﺮﺒﻛا ﷲا )  tanpa  melafazkan  apa-apa  sebelumnya. 

Dalilnya  adalah seperti hadis yang dikemukakan oleh Aishah radhiallahu 'anha :

Sesungguhnya  Rasulullah  shalallahu  'alaihi  wasallam membuka sembahyangnya dengan Takbir.

Jelas melalui riwayat di atas baginda shallallahu ‘alaihi wasallam tidak  melafazkan  niat    ضﺮﻓ ﻲﻠﺻأ (“Sahaja  aku  sembahyang  fardhu ….”) sebagaimana  yang biasa diamalkan di Malaysia.

Malah Imam al-Syafi’i rahimahullah Ta’ala juga  berpendapat  bahawa  sembahyang  itu dimulakan  dengan  takbir tanpa  melafazkan  niat. 


Berkata  Imam  al-Syafi’i rahimahullah dalam  kitab  beliau  al-Umm : 

“Siapa  yang  pandai  membaca takbir ,  niscaya  tidaklah  ia  memulakan  sembahyangnya  melainkan dengan  takbir itu sendiri dan takbir nya ialah ﺮﺒﻛا ﷲا .”

Menurut Syaikh Mohammed  Abdul  Qoder  al-Mandeeli:

“Adapun  orang  yang  berkata sunnat  berlafaz  (niat)  sebelum  takbir,  maka  perkataannya  menyalahi perkataan Imam al-Syafi’i sendiri.”

Malah  sebenarnya  telah  menjadi  satu  kesepakatan  antara keempat-empat  imam  mazhab  bahawa  niat  itu  tempatnya  di  hati  dan tidak perlu dilafazkan. Imam Ibn Abi al-‘Izz rahimahullah telah berkata:

Tidak  ada  seorang ulama’ pun  dari  imam  empat,  tidak al-Syafi’i mahupun yang lainnya yang mensyaratkan melafazkan niat.  Menurut  kesepakatan  mereka,  niat  itu  tempatnya  di dalam  hati.  Hanya  sahaja  sebahagian ulama’ kebelakangan mewajibkan  seseorang  melafazkan  niatnya  dalam  sembahyang. Dan  pendapat  ini  digolongkan  sebagai  mazhab  al-Syafi’i.  Al-Nawawi rahimahullah berkata: “Itu tidak benar.”

Sementara  itu  Syaikh  al-Islam  Ibnu  Taymiyyah rahimahullah dalam al-Fatawa al-Kubra (jilid. 1, ms. 1) telah berkata:

Melafazkan  niat  secara  jahrah (kuat)  tidak  pernah disyari’atkan  walaupun  oleh  salah  seorang ulama’ Muslimin,tidak  pernah  dilakukan  oleh  Rasulullah shallallahu  ‘alaihi wasallam,  tidak  pernah  dilakukan  oleh  salah seorang dari  para Khulafa’  baginda,  tidak  pernah  dilakukan  oleh  para  sahabat baginda  dan  juga  tidak  pernah  dilakukan  oleh  para  Salaf  al-ummahdan para ulama’ nya.


Kaedah  yang  sama  juga  perlu  diterapkan  dalam  sembahyang jamak dan  qasar.  Oleh  itu  memadailah  sekiranya  di  hati  kita  terdetik untuk  mengerjakan  sembahyang  tertentu  secara  jamak atau  qasar atau kedua-duanya  sekali  tanpa  melafazkan  niat  tersebut.  Telah  tersebar dalam  kitab-kitab fardhu  ‘ain di  Malaysia  di  mana  penulis  kitab-kitab tersebut  telah  menurunkan  lafaz-lafaz  dengan  formulasi  tertentu  yang tidak  ada  contohnya  dari  Nabi  shallallahu  ‘alaihi  wasallam .  Lafaz-lafaz tersebut  tidak  pernah  wujud  dalam  mana-mana  kitab-kitab  hadis.  Malah Nabi shallallahu  ‘alaihi  wasallam juga  tidak  pernah  memerintah  atau mengajar para sahabat  radhiallahu 'anhum lafaz-lafaz niat yang tertentu.

Berkata Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah rahimahullah :

Sesungguhnya  Rasulullah  shallallahu  ‘alaihi  wasallam telah  menjamak dan  mengqasar sembahyang  bersama  dengan para  sahabatnya,  namun  baginda tidak memerintahkan mereka untuk niat jamak dan qasar… Selain itu  Rasulullah juga pernah mengerjakan  sembahyang  Zuhur  di  padang  Arafah  tanpa memberitahu para sahabatnya terlebih dahulu bahawa setelah itu akan  terus dilaksanakan  sembahyang  Asar  (jamak taqdim). Baginda  terus  sahaja  sembahyang  Asar  dengan  para sahabatnya.  Tidak  ada  seorangpun  dari  mereka  yang  berniat jamak…  Begitu  juga  ketika  Rasulullah  shallallahu  ‘alaihi wasallam sembahyang  berjemaah bersama  para  sahabat  di tempat yang bernama Dzil Hulaifah sebanyak dua rakaat tanpa menyuruh mereka berniat qasar.

Namun  begitu  melalui  pengalaman  penulis  sendiri,  ramai  yang enggan  melakukan  sembahyang  jamak dan  qasar semata-mata  kerana mereka  tidak  tahu  cara  berniat  dalam  bahasa  arab  mengikut  formulasi lafaz  yang  di  ajar  dalam  kelas-kelas  atau  kitab-kitab  fardhu  ‘ain .  Pada tanggapan  mereka  tanpa  melafazkan  niat  dengan  lafaz-lafaz  tersebut, sembahyang  mereka  akan  terbatal.  Ini  adalah  satu  perkara  yang  amat membingungkan kerana mereka sebenarnya meninggalkan sunnah Nabi shallallahu  ‘alaihi  wasallam hanya  kerana  terlalu  memberat-beratkan perkara yang sebenarnya tidak dituntut oleh syari’at. Sewajarnya mereka mengikut  tatacara  Rasulullah  shallallahu  ‘alaihi wasallammemulakan sembahyang  baginda  tanpa  melafazkan  apa-apa  niat  sebelum  takbir kerana  niat  baginda  tempatnya  di  hati.  Oleh  itu  tidak  melafazkan  niat seperti  “Ushollli  Fardhu  (Sahaja  aku  sembahyang  fardhu ) ..” ketika memulakan sembahyang adalah sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallamyang  wajib  kita  semua  patuhi.  Ini  adalah  dalam  rangka  mencontohi Rasulullah shalallahu  'alaihi  wasallam dalam  ibadah  sembahyang sepertimana  yang  diwajibkan  ke  atas  kita  semua  sebagaimana sabdanya:

Sembahyanglah  kamu  sekalian  sebagaimana  kamu  melihat aku bersembahyang.

MENJAMAK SEMBAHYANG BUKAN TERHAD KETIKA DALAM PERJALANAN (SAFAR)


Tidak  ada  yang  mempertikaikan  tentang  bolehnya  menjamak sembahyang ketika berada dalam perjalanan. Terdapat hadis-hadis yang banyak  menunjukkan  bahawa  Rasulullah  shallallahu  ‘alaihi  wasallam memang pernah menjamak sembahyang ketika bermusafir.

Bahawa  Nabi  shallallahu  ‘alaihi  wasallam  sewaktu  perang Tabuk,  selalu  menjamak  sembahyang  Zuhur  dengan  Asar  (jamak taqdim-pen)  bila  berangkat  sesudah  tergelincir  matahari  (setelah masuk waktu Zuhur), tetapi apabila berangkatnya sebelum matahari tergelincir  (sebelum  waktu  Zuhur)  maka  sembahyang  Zuhur diundurkan  baginda,  dan  dihimpunnya  sekali  dengan  Asar  (jamak ta’khir-pen). Begitu pula dalam sembahyang Maghrib, iaitu sekiranya baginda  berangkat  sesudah  matahari  terbenam  (telah  masuk  waktu Maghrib),  dijamaknya  Maghrib  dengan  Isyak  (jamak  taqdim-pen), tetapi  kalau  berangkatnya  itu  sebelum  matahari  terbenam, diundurkannyalah  Maghrib  itu  sampai  waktu  Isyak  dan  dijamaknya dengan sembahyang Isyak (jamak ta’khir).

Kebanyakan  umat  Islam  di  Malaysia  berpendapat  bahawa menjamak sembahyang  hanya  dibenarkan  kepada  mereka  yang bermusafir  sahaja.  Sebenarnya  berada  dalan  keadaan musafir  hanyalah salah  satu  dari  faktor  yang  membenarkan  sembahyang  dijamakkan. Faktor  sebenar  yang  menentukan  samada  sembahyang  boleh dijamakkan  atau  tidak  adalah  kesulitan  yang  dialami  oleh  seseorang untuk menjalankan ibadah sembahyangnya walaupun dia bukan seorang musafir.  Tentang  hubungan  antara  menjamakkan  sembahyang  dan musafir, Syaikh Muhammad Shalih al-‘Utsaimin rahimahullah menulis:

Jamak itu  tidak  berkait  dengan  qasar tetapi  terkait dengan  keperluan.  Apabila  sahaja  seseorang  itu  perlu  untuk menjamak sembahyangnya  baik  ketika  dia  bermukim  mahupun ketika  dalam  perjalanan  maka  dia  boleh  menjamak sembahyangnya.  Oleh  kerana  itu  manusia  melakukan  jamak ketika  hujan  yang  menyulitkan  mereka  untuk  kembali  ke masjid.  Juga  dibolehkan  menjamak sembahyang  bila  terjadi angin  kencang  di  musim  dingin  yang  menyukarkan  mereka keluar menuju masjid. Juga dibenarkan menjamak sembahyang jika dia takut keselamatan hartanya atau yang semisalnya .


Inilah  rukhshah (kelonggaran)  sebenarnya  yang  Allah  'Azza  wa Jallakurniakan  kepada  hamba-Nya  sesuai  dengan  sifatnya  yang  Maha Pengasih  lagi  Penyayang.  Maka  sewajarnya  kita  bersyukur  atas kurniaan-Nya  itu  dengan  menggunakan  rukhshah tersebut  dan  tidak mencipta  batasan-batasan  tertentu  yang  tidak  disyari’atkan  oleh  Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Rasul-Nya  shallallahu ‘alaihi wasallam. Apatah lagi  Rasulullah  shallallahu  ‘alaihi  wasallam pernah  menjamakkan sembahyang  bukan  kerana  musafir  atau  hujan  hanya  bertujuan  untuk memudahkan  umatnya.  Ini  sebagaimana  hadis  dari  Ibnu  ‘Abbas radhiallahu 'anhu , dia berkata:

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersembahyang di Madinah (bukan dalam musafir) sebanyak tujuh dan lapan rakaat iaitu dengan menjamak Zuhur dan Asar serta Maghrib dan Isyak.

Ibnu ‘Abbas  radhiallahu 'anhu  menerangkan:

Rasulullah  shallallahu  ‘alaihi  wasallam  pernah  menjamak sembahyang  Zuhur  dan  Asar  serta  Maghrib  dan  Isyak  di  Madinah (bukan  dalam  musafir),  bukan  kerana  dalam  ketakutan  atau  hujan.” Lalu  orang  bertanya  kepada  Ibnu  ‘Abbas:  “Kenapa  Nabi  shallallahu alaihi  wasallam  berbuat  sedemikian?”  Jawabnya:  “Baginda bertujuan agar tidak menyukarkan umatnya.”

Kedua-dua  hadis  di  atas  sudah  memadai  untuk  membatalkan pendapat  mereka  yang  hanya  menghadkan  sembahyang  hanya  boleh dijamakkan  ketika dalam  perjalanan kerana  Rasulullah  shallallahu  ‘alaihi wasallammenjamak sembahyangnya  ketika  baginda  berada  di  Madinah iaitu dalam keadaan bermukim. Malah hadis dari Ibnu ‘Abbas  radhiallahu'anhu ini  dijadikan  hujjah oleh ulama’ untuk  membolehkan  sembahyang itu  dijamak asalkan  terdapat  keperluan  yang  mendesak  dan demi untuk  menghindari  kesulitan  yang  dihadapi  itu.    Malah  kata-kata  Ibnu Abbas  “bukan  kerana  dalam  ketakutan  atau  hujan” secara  tidak langsung menunjukkan bolehnya menjamak sembahyang jika kita berada dalam kedua-dua situasi tersebut.
Berkata  Syaikh  Muhammad  Shalih  al-‘Utsaimin  rahimahullah

setelah membawa hadis Ibnu ‘Abbas  radhiallahu 'anhu tersebut:


Inilah  rambu-rambunya,  setiap  kali  seseorang  merasa kesulitan  sekiranya  tidak  melakukan  jamak maka  dia  boleh melakukannya.  Namun  jika  dia  tidak  mengahadapi  kesulitan maka  tidak  perlu  menjamak.  Namun  safar adalah  tempat kesulitan  jika  tidak  melakukan  jamak.  Untuk  itu  dibolehkan musafir  untuk  menjamak sembahyang  baik  ketika  dalam perjalanan  atau  ketika  singgah  di  suatu  tempat,  hanya  sahaja jika  dia  sedang  dalam  perjalanan  maka  menjamaknya  lebih utama  sedangkan  ketika  singgah  meninggalkan  jamak lebih utama.

Syaikh  Abu  Ubaidah  Masyhur  pula  berkata  selain  dari  dalam ketakutan ataupun hujan yang lebat:

Diperbolehkan  menjamak sembahyang  ketika  tanah dalam keadaan berlumpur, udara yang dingin, turun salju, sakit, angin  kencang  bahkan  kerana  adanya  uzur  atau  kepentingan lain…Ibnu  Taymiyyah  berkata:  “Mazhab  Fiqh  yang  paling longgar  dalam  masalah  menjamak sembahyang  adalah  mazhab al-Imam  Ahmad.  Sebab  beliau  telah  membolehkan  menjamakantara  dua  sembahyang  hanya  disebabkan  adanya  keperluan ataupun ketika sedang sibuk.”

Selanjutnya Syaikh Sayyid Sabiq  rahimahullah berkata:

Dalam Syarah  Muslim,  Imam  al-Nawawi rahimahullah berkata: “Beberapa imam membolehkan jamak bagi orang yang tidak musafir, bila ia ada suatu kepentingan, asal sahaja hal itu tidak  dijadikan  kebiasaan.  Ini  juga  merupakan  pendapat  Ibnu Sirin  dan  Asyhab  dari  golongan  Maliki,  dan  menurut  al-Khaththabi juga pendapat al-Quffal dan al-Syasy al-Kabir dari golongan Syafi’i, juga dari Ishak Marwazi dan dari jemaah ahli hadis, serta inilah pula yang dipilih oleh Ibnul Mundzir.

Telah  jelas  bagi  kita  bahawa  sembahyang  jamak bukan  hanya disyari’atkan  ketika  dalam  musafir.  Sekiranya  memang  ada  keperluan yang  begitu  mendesak  maka  dibenarkan  untuk  menjamakkan sembahyang.  Hanya apa  yang ingin  penulis  tekankan  jangan kita  terlalu bermudah-mudah  dalam  isu  sembahyang  jamak ini  sehingga  menjadi kebiasaan untuk  manjamakkan sembahyang tanpa  sebab  atau  kesulitan yang  dihadapi  seperti  diamalkan  golongan  syi’ah .  Ini  adalah  kerana hukum asal sembahyang itu adalah mengikut waktu yang ditetapkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagaimana firman-Nya:

Sesungguhnya  sembahyang  itu  adalah  satu  ketetapan  yang diwajibkan  atas  orang-orang  yang  beriman,  yang  tertentu waktunya.

Menurut Syaikh Abu Ubaidah kaedah umum yang disepakati oleh Ahlus Sunnah Wal Jama’ah adalah:

Hendaklah  setiap  sembahyang  itu  dikerjakan  pada waktunya  yang  telah  ditetapkan  dan  telah  di nas kan  dalam hadis-hadis  Nabi,  tanpa  mengawalkan  atau  mengakhirkannya, kecuali  jika  ada  beberapa  sebab  yang  telah  disebutkan  dalam beberapa  kitab  fiqh  dan  sebab  itu  diperkuatkan  oleh  dalil syari’at yang diakui (keshahihannya).