Tokoh Tokoh Ulama' Kelantan

Tokoh Tokoh Ulama' Kelantan
Sesungguhnya Ulama' itu Pewaris Nabi

Sunday 24 February 2013

Kaedah Merawat Bayi Yang Menangis Tanpa Henti

Pernahkah anda melihat bayi anda tidak berhenti menangis selama berjam-jam lamanya ? Disini saya menurunkan kaedahnya untuk anda lakukan sendiri dirumah.

1) Baca tepi telinga bayi kuat-kuat 2 ayat terakhir qursy "walaya'uduhu hifzuhuma wahuwal aliyyul adzim" sebanyak 33x dan tiup 10 saat pada seluruh muka dan ubun-ubunnya.

2) AZAN dengan kuat sebanyak 3x.

yasin ayat 9




3)Baca yasin ayat 9 ( 7x) lalu tiup pada tapak tangan kanan lalu sapu seluruh mata bayi niat "supaya ditutupkan penglihatannya kepada alam jin".

InsyaAllah sembuh dan berhenti menangis...

Kaedah alternatif boleh juga dibacakan surah Sajadah keseluruhannya dan tiup di bubun bayi.

Antara Doa-Doa Mustajab 2


























Antara Doa-Doa Mustajab


























cara Rasulullah SAW menegur isteri

(Kisah yang pernah saya baca...)

...Ketika Rasulullah merasai sedikit minuman yang

isterinya Saidatina Aisyah RA hidangkan...

...Rasulullah tersenyum...


...Saidatina Aisyah yang memerhati suaminya minum

kehairanan...

"...wahai Rasulullah...kenapa engkau senyum...?"


"...saya masih teringat lagi...kisah masa kita baru men-

dirikan rumahtangga..." iaitu kebiasaannya masa itu
Rasulullah selalu berkongsi makan minum dalam satu
bekas dengan isterinya...

...sebagai seorang isteri yang sayang kepada suaminya...

ia merupakan kenangan yang indah...

...dan alangkah indahnya pula jika ia dapat di ulangi lagi...


...Saidatina Aisyah mencapai gelas Rasulullah tadi...dan

minum...ia sedikit tersentak...

...rupanya minuman manis yang dihidangkannya pada

suaminya terasa masin...tersalah bubuh garam...

...dan suaminya masih senyum...

Bahaya Dampingi jin sama ada sengaja atau tidak

Wallahu a'lam...tak tau pula kalau ada jin yang mendampingi
seseorang manusia itu dengan niat ikhlas...

Secara tepat...ikhlas itu ialah jin mendampingi seseorang man-
usia dengan tujuan ikhlas membantu...untuk mencari keredha-
an Allah... dan bukannya 'ada udang di sebalik batu'...

Namun ada beberapa perkara yang perlu kita ambil kira...
iaitu...
adalah haram bagi jin memasuki tubuh manusia walau
dengan tujuan apa sekalipun...
tak kira samada ia ikhlas atau tak ikhlas.

Secara mudah difahami...
umpama sesebuah rumah...adalah haram bagi kita memasuki
rumah orang lain tanpa izin...
dan setiap tubuh manusia itu adalah ' rumah ' khusus untuk
rohnya...

...dan membenarkan jin sekalipun...memasuki tubuh kita
adalah dilarang kerana ia memudaratkan...
dan besar bahayanya...samada dalam jangka masa pendek atau
masa panjang...

dan perkara lain...
haram juga hukumnya meminta pertolongan jin...
samada secara langsung atau tak langsung...melalui rasukannya
pada tubuh seseorang dari kalangan manusia...

Maka hukumnya...sama seperti manusia...
iaitu tidak ada keharusan baginya melakukan perkara-perkara
yang diharamkan...
walau pun dengan tujuan untuk mencari keredhaan Allah.

Ia seperti kisah Robin Hood...
yang merompak harta orang kaya untuk membantu orang-
orang miskin...

Maka ikhlas jin untuk membantu adalah tertolak dengan ia
mengerjakan sesuatu yang di larang dalam Agama...

Wallahu a'lam

Ayat Kursi Pagar Diri

Iaitu amalan Ayat Kursi sebagai doa dan ikhtiar
untuk pendinding diri...

caranya...


1.Baca Suroh Al Fatihah 1 x.


2.baca salawat 3 x.


3.baca Ayat Kursi 1 x.


Kaedah baca Ayat Kursi...


...ia dibaca seperti biasa...tapi bila sampai kepada ayat...

Walaa ya uduhuu hifzuhumaa di baca 7 x...baru
habiskan dengan sambungannya...wahuwal Aliyyul Aziiim...

4.Tarik nafas melalui hidung sambil zikir Allah...Allah...

hingga 7 x...

5.Tahan nafas...baca Ayat Kursi dalam hati 1 x...

...dan kalau mampu...ayat walaa ya uduhuuu hifzuhumaa
wahuwal Aliyyul Aziim dibaca 7x...

6.kemudian lepas nafas...dengan zikir allah...allah 7 x

dalam hati...sama seperti semasa menarik nafas tadi...

Amalan ini sebaik-baiknya dibuat pagi petang...atau

sekurang-kurangnya setiap malam...

Tujuannya untuk ikhtiar pendinding diri...keluarga dan

harta benda...

Nota :


1.Kalau anda tak mampu baca Ayat Kursi dalam hati

semasa menahan nafas...
ia boleh digantikan dengan zikir Allah...7x.

Wallahu a'lam

Ayat Kursi Pemagar rumah

Iaitu salah satu kaedah memagar rumah dari
segala kejahatan dan bahaya.
samada oleh kejahatan makhluk kasar.
atau makhluk halus...dan sebagainya.

Caranya :


1. Baca Surah Al fatihah 1x.


2.Salawat Nabi...mana-mana saja jenis Salawat

boleh digunakan...3x.

3.Ayat kursi 1x...

cuma pada ayat...Walaa ya uduhuu hifzuhumaa
wahuwal Aliyyul Aziim dibaca 70 kali.

4.Tiup ke arah depan...ke kiri...ke arah belakang.

kembali ke kanan dan ke depan semula dalam
satu tiupan.

Sambil meniup tadi...niatkan mudah-mudahan

dengan keberkatan Ayat Allah ini.
anda sekeluarga...dan segala harta anda terlindung
dari segala bahaya dan kejahatan.
dengan izin Allah.

Ia di amalkan sekurang-kurangnya setiap malam.

terus menerus.

Ia di umpamakan...kalau sesuatu pagar itu di buat.

dan diperkemaskan lagi pada setiap malam.
maka pagar itu akan menjadi semakin kukuh.

Namun seperkara yang mesti diingat.

kalau kita membuat pagar dawai pada kebun.
biar betapa kukuh pun ia.
tapi samada lembu...kambing...dapat...atau tak dapat
masuk ke dalamnya...itu ketentuan Allah...
cuma kalau tak ada pagar langsung...lagilah binatang
mudah menceroboh dan merosakkan tanaman di dalamnya.
ini perumpamaannya.
iaitu agar anda mudah memahami bahawa kita cuma dapat
berusaha...dan selebihnya...sentiasa berharap kepada per-
tolongan dan perlindungan Allah.

Wallahu a'lam.

Berubat dengan ruqyah dan selainnya


Adakah perubatan dengan menggunakan  ruqyah dan selainnya termasuk wasilah (sarana) pengubatan  yang  akan  mengurangi  (kesempurnaan) iman? 

Jawab:

Berubat  dengan pengubatan­pengubatan yang mubah (boleh) merupakan sebab dari sebab­sebab yang dipebolehkan untuk melakukannya  disertai  penyandaran  diri  dan  bertawakkal  kepada Allah SWT.  Maka  janganlah meninggalkan  sebab­sebab  tersebut  (yang diperbolehkan)  dan  hanya  bertawakal  saja (tanpa melakukan sebab­sebab). Demikian pula janganlah melakukan sebab­sebab semata dan meninggalkan tawakal, akan tetapi  hendaklah padukan antara keduanya. Ini adalah jalan ahlul iman,  iaitu  memadukan  antara  melakukan sebab­sebab yang bermanfaat dengan disertai tawakal  kepada  Allah.  Adapun  (berubat) merupakan sebab yang diperbolehkan.

Saturday 23 February 2013

Yang Dirasai


Pernah seketika aku merasakan bahawa iman ku sedang menebal dan juga menipis, bila ia dirasai dan kusedari apa yang dirasai itu terus ku berkata dalam hatiku akan kelemahan diri sebagai seorang hamba atau juga manusia biasa yang sememangnya tidak pernah terlepas dari tidak melakukan dosa atau ‘salah dan silap’ kepada Pemilik diri iaitu Sang Pencipta (Allah SWT).

Tapi tidak pernah atau sesekali akan aku meletakkan kesalahan itu atau apa yang terjadi itu atas ‘takdir Nya’ tapi apa yang aku perkatakan dalam hatiku (bisikan) ialah ia berlaku di atas kesalahan dan kesilapan aku sendiri sebagai kata-kata diri ku ini ‘lalai’ kepada Allah SWT. Mungkin sebagai manusia biasa tidak akan kita terlepas dari tidak melakukan dosa kepada Allah, pun begitu aku tetap ‘teguhkan’ hatiku dengan kata-kata itu bukan alasan untuk aku terus melakukan dosa kepadanya, sesungguhnya aku sedang menzalimi diri ku sendiri dengan berbuat dosa kepadanya.

Dengan itu aku tetap akan terus mohon kepadanya agar diberi ilmu yang bermanfaat iaitu diberikan ‘kefahaman dalam agama’ sebagai kata-kata itu lah yang ‘seuntung-untungnya’ manusia. Ingin aku katakan bahawa matlamatku hanyalah satu iaitu aku ingin menjadi dan jadikan diriku sebagai seorang yang sentiasa ‘taat dan menyembah Allah Yang Satu’. Mungkin kata-kata ku ini tidak boleh diperlihatkan atau difahami semua orang(dalam kata lain mengzahirkan) tapi itu lah hakikat yang aku faham akan diri ku ini, aku tetap akan berpegang akan yang pertama-tamanya Allah SWT dan keduanya pula Rasulullah SAW sebagai jalan yang akan diikuti dan lalui sepanjang hidup ku ini (tidak akan ku kenal erti putus asa walau sesekali ku lakukan dosa atau menzalimi diri sendiri).

Sebagai manusia(hamba) aku berhak memohon akan perkara yang baik bagiku kepada Sang Maha Pencipta(Allah SWT) dengan kata-kata ‘aku Mohon kepada Mu….’ Dalam setiap perkara selagi hayat di kandung badan. Moga-moga hidup diberkati dan dijadikan atau digolongkan dalam salah seorang hamba Nya yang berserah diri sepenuhnya kapada  Nya dan juga hamba yang dapat memberi sumbangkan dalam menegakkan Agama Nya di muka bumi ini (sehingga tertegaknya)

ilmu itu kehidupan dan cahaya sedangkan kebodohan itu ialah kematian dan kegelapan


Sesungguhnya ilmu adalah kehidupan dan cahaya. Sedangkan, kebodohan adalah kematian dan kegelapan. Semua keburukan penyebabnya adalah tidak adanya kehidupan (hati) dan cahaya. Semua kebaikan sebabnya adalah cahaya dan kehidupan (hati). Sesungguhnya cahaya itu menyingkap hakikat segala sesuatu dan menjelaskan tingkatan-tingkatannya. Dan, kehidupan adalah bukti sifat-sifat kesempurnaan yang mengharuskan munculnya kebenaran terhadap ucapan dan perbuatan. Kerana itu setiap kali dia berbuat dalam kehidupan, maka semuanya adalah kebaikan, seperti rasa malu yang disebabkan oleh kesempurnaan kehidupan hati, pemahamannya terhadap hakikat keburukan, dan ketakutannya dari keburukan. Sebaliknya, kebodohan dan keburukan yang disebabkan oleh kematian hati dan tidak takutnya kepada yang buruk.  Ini seperti kehidupan di mana hujan adalah sebab kehidupan segala sesuatu. Allah berfirman:

Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang; dengan cahaya itu dia berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gelita yang sekali-kali tidak dapat keluar daripadanya?  (al-An'aam: 122) 

Hatinya pernah mati kerana kebodohan, lalu Allah menghidupkannya dengan ilmu dan memberinya iman sebagai cahaya yang dipakai untuk berjalan di tengah-tengah masyarakat. Allah SWT berfirman:

Wahai orang-orang yang beriman (kepada para rasul), bertakwalah kepada Allah dan berimanlah kepada Rasul-Nya, nescaya Allah memberikan rahmatnya kepadamu dua bahagian, dan menjadikan untukmu cahaya yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan dan Dia mengampuni kamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."  (al-Hadiid: 28)

Allah pelindung orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman) . Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya adalah syaitan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka. Mereka kekal di dalamnya. (al-Baqarah: 257)

Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Al-Qur'an) dengan perintah Kami. Sebelum kamu tidaklah mengetahui apakah Al-kitab (Al-Qur'an) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu. Tetapi, Kami menjadikan Al-Qur'an itu cahaya, yang Kami tunjuki dengannya siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus." (asy-Syuuraa: 52) 

Allah SWT menyatakan bahawa Al-Qur'an itu adalah roh yang menyebabkan adanya kehidupan, dan cahaya yang menyebabkan adanya penerangan. Dengan demikian, dia menghimpun dua asas, iaitu kehidupan dan cahaya. Allah SWT berfirman:

Sesungguhnya telah datang kepadamu  cahaya dari Allah dan kitab yang menerangkan. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan keselamatan, (dan dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gelita kepada  cahaya yang terang benderang dengan izin-Nya, dan menunjuki mereka kepada jalan yang lurus." (al-Maa idah: 15-16)

Maka berimanlah kepada Allah dan rasul-Nya dan kepada cahaya yang Kami turunkan. Allah Maha Mengetahui apa yang kamu buat."  (at-Taghaabun: 8) 

"Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu suatu bukti dari Tuhan kamu dan Kami telah menurunkan cahaya yang menerangkan. "(an-Nisaa:174) 

Sesungguhnya Allah telah menurunkan peringatan kepadamu dan mengutus seorang Rasul yang membacakan kepadamu ayat-ayat Allah yang menerangkan (bermacam-macam hukum) supaya Dia mengeluarkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh dari kegelapan kepada cahaya. (ath-Thalaaq: 10-11) 

Allah Pemberi cahaya kepada langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca dan kaca  itu seakan-akan bintang yang bercahaya seperti mutiara yang dinyalakan di dalamnya dengan minyak dan pohon yang banyak berkahnya, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di  sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah (barat)nya, yang minyaknya saja hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis). Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (an-Nuur:  35)

Di dalam ayat ini Allah SWT membuat perumpamaan bagi cahaya-Nya yang Dia tanamkan dalam hati orang yang beriman, sebagaimana yang dikatakan oleh Ubai bin Ka'ab r.a., "Allah membuat perumpamaan atas cahaya-Nya yang terdapat dalam hati orang beriman, iaitu Al-Qur'an dan iman yang diberikan kepadanya sebagaimana dalam firman-Nya pada akhir ayat, 

Cahaya di atas cahaya."  (an-Nuur:  35)

Yakni cahaya iman di atas cahaya Al-Qur'an. Juga sebagaimana dikatakan beberapa ulama salaf,  "Seorang mukmin dapat berbicara  berdasarkan hikmah meskipun dia tidak pernah mendengarnya dari riwayat. Dan apabila ia pernah mendengarnya dari riwayat, maka itu ibarat cahaya di atas cahaya.”

 Di dalam Al-Qur'an beberapa kali Allah SWT mengulang penyebutan kedua cahaya ini, iaitu Al-Qur'an dan iman secara bersamaan, seperti dalam firman-Nya,

Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apa  itu Al-kitab (Al-Qur'an) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al-Qur'an itu cahaya yang Kami tunjuki dengannya siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. (asy-Syuuraa: 52) 

Katakanlah, 'Dengan karunia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. kunia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan. (Yunus: 58) 

Kurnia Allah adalah Al-Qur'an dan rahmat-Nya adalah keimanan.

Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia serupa dengan keadaan orang yang keadaannya berada dalam gelap gelita yang sekali-kali tidak dapat keluar daripadanya. (al-An'aam: 122) 


Mengenai ayat ini telah dijelaskan di atas.

Allah SWT berfirman:

Cahaya di atas cahaya (an-Nuur:  35)

iaitu cahaya iman di atas cahaya Al-Qur'an. Dalam hadis an-Nuwas bin Sam'an r.a. mengenai ayat 25 surah  Y\mus, "Sesungguhnya Allah membuat suatu perumpamaan jalan lurus dan pada kedua tepinya ada dua rumah. Keduanya memiliki pintu yang terbuka, dan di  atas pintu ada tirai dan seseorang yang menyeru ke jalan tersebut dan di atasnya ada  seorang lagi yang menyeru, 'Allah mengajak kepada tempat keselamatan dan menunjuki orang yang dikehendakinya kepada jalan lurus, "  Nabi saw. bersabda, 

Pintu-pintu yang berada di pinggir jalan adalah hukum-hukum Allah.  Jadi tidak ada orang yang sampai ke hukum- hukum Allah tersebut sebelum tirainya disingkapkan.  Adapun orang yang menyeru dari atasnya adalah penasihat dari Tuhan. (HR Tirmizi). 

Sedangkan riwayat dan lafal Imam Ahmad adalah,

Dan penyeru di ujung jalan adalah kitab Allah dan penyeru dari atas jalan adalah penasihat Allah yang ada dalam hati setiap orang mukmin. (HR Ahmad dan Hakim)

Jadi dia menyebutkan dua perkara, iaitu Al-Qur'an dan iman, yang keduanya merupakan penyeru dari-Nya. 

Hudzaifah mengatakan bahawa Rasulullah bersabda,

Sesungguhnya keimanan itu turun ke relung hati orang-orang, setelah itu turun Al-Qur'an kepadanya. Maka, terlebih dahulu mereka mengetahui dari keimanan kemudian mereka mengetahui Al-Qur'an.(HR Bukhari dan Muslim) 

Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Musa al-Asy'ari r.a. bahawa Nabi saw. bersabda, 

Perumpamaan orang-orang mukmin yang membaca Al-Qur'an adalah seperti buah atrujah (limau), rasanya enak dan baunya harum. Perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al-Qur'an adalah seperti buah kurma, rasanya enak namun tidak memiliki aroma. Dan, perumpamaan orang munafik yang membaca Al-Qur'an adalah seperti tumbuhan wangi-wangian, baunya harum namun pahit rasanya. Sedangkan, perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al-Qur'an adalah seperti buah Hanzhalah (sejenis labu), rasanya pahit dan tidak berbau.  (HR Bukhari dan Muslim) 

Di dalam hadis di atas Rasulullah saw  membahagikan manusia menjadi empat bahagian. Pertama,  orang-orang yang beriman dan selalu membaca Al-Qur'an. Mereka ini adalah orang-orang yang terbaik.

Kedua, orang-orang beriman namun tidak membaca Al-Qur'an. Mereka ini di bawah tingkatan golongan pertama.
Kedua golongan ini adalah orang-orang yang berbahagia. Dan Rasulullah saw membahagikan orang-orang menderita menjadi dua golongan. 

Pertama,  orang-orang yang membaca Al-Qur'an tanpa keimanan. Mereka adalah orang munafik.

Kedua,  orang-orang yang tidak beriman dan tidak mendapatkan cahaya Al-Qur'an.

Maksudnya, Al-Qur'an dan iman adalah dua cahaya yang diletakkan Allah SWT di dalam hati hamba-Nya yang Dia kehendaki. Keduanya merupakan pangkal dari segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Pengetahuan tentang keduanya merupakan ilmu yang paling tinggi dan mulia. Bahkan, tidak ada ilmu yang dapat memberikan manfaat kepada pemiliknya kecuali ilmu tentang keduanya. 


Dan Allah menunjuki orang yang dikehendakinya kepada jalan yang lurus."  (al-Baqarah: 213)  

Allah SWT mencela orang yang tidak berilmu


Di dalam Al-Qur'an Allah SWT berulang kali mencela orang-orang bodoh. Allah SWT berfirman:

Tetapi sebahagian besar dari mereka tidak mengetahui.  (al-An'aam: 111) 

Tetapi sebahagian besar dari mereka tidak mengetahui.  (al-An'aam:  37)

Atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (dari binatang ternak itu).  (al-Furqaan: 44)

Allah SWT tidak saja menyerupakan orang-orang bodoh  dengan binatang, bahkan Allah menjadikan mereka lebih sesat dari binatang tersebut.  Allah berfirman:

Sesungguhnya binatang (makhluk) yang seburuk-buruknya pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli tidak mengerti apa pun.  (al-Anfaal: 22) 

Di dalam ayat ini Allah SWT mengkhabarkan bahawa orang-orang bodoh adalah binatang yang paling buruk dengan berbagai jenisnya, seperti keldai, binatang buas, anjing, bakteria, dan jenis-jenis haiwan lainnya. Maka, orang-orang bodoh lebih buruk dari binatang-binatang tersebut. Tidak ada yang lebih bahaya bagi agama yang dibawa para rasul selain dari orang-orang bodoh. Bahkan pada hakikatnya mereka itu adalah musuh-musuh para rasul.

Walaupun Allah SWT telah melindungi Nabi Muhammad saw. dari kebodohan, namun Allah SWT tetap berfirman kepada beliau,

Maka, janganlah kalian menjadi golongan orang-orang bodoh."  (al-An'aam:  35)

Allah SWT mengisahkan kata Kalimul-Lah, Musa a.s. yang berkata, "Saya berlindung kepada Allah dari menjadi orang-orang bodoh." (al-Baqarah: 67) 

Dan Allah berfirman kepada rasul-Nya yang pertama, Nuh a.s.
Sesungguhnya Aku menasihatimu untuk  tidak menjadi bahagian dari golongan orang-orang bodoh." (Hud:  46)


Demikianlah gambaran tentang ihwal orang-orang yang bodoh di sisi Allah SWT, dan yang dikemukakan pertama adalah ihwal orang-orang yang berilmu di sisi-Nya. Allah SWT memberitakan tentang hukuman terhadap musuh-musuh-Nya, iaitu Allah menghalangi mereka untuk mengetahui, mengenali, dan memahami Kitab Allah. Allah berfirman:

Dan apabila kamu membaca Al-Qur'an, nescaya Kami akan adakan antara kamu dan orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat, suatu dinding yang tertutup. Dan Kami adakan tutupan di atas hati mereka dan sumbatan di telinga mereka, agar mereka tidak dapat memahaminya. (al-lsraa : 45-46)

Allah memerintahkan Nabi-Nya  untuk berpaling dari mereka,

Dan berpalinglah dari orang-orang bodoh itu.  (al-A'raaf: 99) 

Allah SWT memuji hamba-hamba-Nya yang berpaling dan meninggalkan orang-orang bodoh tersebut,

Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpaling daripadanya dan berkata, 'Bagi kami amal-amal kami dan bagi kamu amal-amalmu. Kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang yang jahil.  (al-Qashash: 55) 

Allah berfirman,
"Dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik." (al-Furqaan: 63) 

Semuanya ini menunjukkan buruknya kebodohan  dan kebencian Allah terhadapnya dan terhadap orang-orang bodoh. Manusia juga membenci kebodohan dan orang-orang yang bodoh tersebut. Setia p orang tidak mahu  dikatakan sebagai salah satu dari mereka, meskipun terkadang hal itu adalah sifat mereka.

Thursday 7 February 2013

delima putih gerakan star asli batu

rakaman terhadap batu delima putih star, ini hanyalah rakaman sebagai simpanan pribadi saya sahaja.