Tokoh Tokoh Ulama' Kelantan

Tokoh Tokoh Ulama' Kelantan
Sesungguhnya Ulama' itu Pewaris Nabi

Saturday 23 February 2013

Yang Dirasai


Pernah seketika aku merasakan bahawa iman ku sedang menebal dan juga menipis, bila ia dirasai dan kusedari apa yang dirasai itu terus ku berkata dalam hatiku akan kelemahan diri sebagai seorang hamba atau juga manusia biasa yang sememangnya tidak pernah terlepas dari tidak melakukan dosa atau ‘salah dan silap’ kepada Pemilik diri iaitu Sang Pencipta (Allah SWT).

Tapi tidak pernah atau sesekali akan aku meletakkan kesalahan itu atau apa yang terjadi itu atas ‘takdir Nya’ tapi apa yang aku perkatakan dalam hatiku (bisikan) ialah ia berlaku di atas kesalahan dan kesilapan aku sendiri sebagai kata-kata diri ku ini ‘lalai’ kepada Allah SWT. Mungkin sebagai manusia biasa tidak akan kita terlepas dari tidak melakukan dosa kepada Allah, pun begitu aku tetap ‘teguhkan’ hatiku dengan kata-kata itu bukan alasan untuk aku terus melakukan dosa kepadanya, sesungguhnya aku sedang menzalimi diri ku sendiri dengan berbuat dosa kepadanya.

Dengan itu aku tetap akan terus mohon kepadanya agar diberi ilmu yang bermanfaat iaitu diberikan ‘kefahaman dalam agama’ sebagai kata-kata itu lah yang ‘seuntung-untungnya’ manusia. Ingin aku katakan bahawa matlamatku hanyalah satu iaitu aku ingin menjadi dan jadikan diriku sebagai seorang yang sentiasa ‘taat dan menyembah Allah Yang Satu’. Mungkin kata-kata ku ini tidak boleh diperlihatkan atau difahami semua orang(dalam kata lain mengzahirkan) tapi itu lah hakikat yang aku faham akan diri ku ini, aku tetap akan berpegang akan yang pertama-tamanya Allah SWT dan keduanya pula Rasulullah SAW sebagai jalan yang akan diikuti dan lalui sepanjang hidup ku ini (tidak akan ku kenal erti putus asa walau sesekali ku lakukan dosa atau menzalimi diri sendiri).

Sebagai manusia(hamba) aku berhak memohon akan perkara yang baik bagiku kepada Sang Maha Pencipta(Allah SWT) dengan kata-kata ‘aku Mohon kepada Mu….’ Dalam setiap perkara selagi hayat di kandung badan. Moga-moga hidup diberkati dan dijadikan atau digolongkan dalam salah seorang hamba Nya yang berserah diri sepenuhnya kapada  Nya dan juga hamba yang dapat memberi sumbangkan dalam menegakkan Agama Nya di muka bumi ini (sehingga tertegaknya)

No comments:

Post a Comment