Tokoh Tokoh Ulama' Kelantan

Tokoh Tokoh Ulama' Kelantan
Sesungguhnya Ulama' itu Pewaris Nabi

Sunday 24 February 2013

Ayat Kursi Pemagar rumah

Iaitu salah satu kaedah memagar rumah dari
segala kejahatan dan bahaya.
samada oleh kejahatan makhluk kasar.
atau makhluk halus...dan sebagainya.

Caranya :


1. Baca Surah Al fatihah 1x.


2.Salawat Nabi...mana-mana saja jenis Salawat

boleh digunakan...3x.

3.Ayat kursi 1x...

cuma pada ayat...Walaa ya uduhuu hifzuhumaa
wahuwal Aliyyul Aziim dibaca 70 kali.

4.Tiup ke arah depan...ke kiri...ke arah belakang.

kembali ke kanan dan ke depan semula dalam
satu tiupan.

Sambil meniup tadi...niatkan mudah-mudahan

dengan keberkatan Ayat Allah ini.
anda sekeluarga...dan segala harta anda terlindung
dari segala bahaya dan kejahatan.
dengan izin Allah.

Ia di amalkan sekurang-kurangnya setiap malam.

terus menerus.

Ia di umpamakan...kalau sesuatu pagar itu di buat.

dan diperkemaskan lagi pada setiap malam.
maka pagar itu akan menjadi semakin kukuh.

Namun seperkara yang mesti diingat.

kalau kita membuat pagar dawai pada kebun.
biar betapa kukuh pun ia.
tapi samada lembu...kambing...dapat...atau tak dapat
masuk ke dalamnya...itu ketentuan Allah...
cuma kalau tak ada pagar langsung...lagilah binatang
mudah menceroboh dan merosakkan tanaman di dalamnya.
ini perumpamaannya.
iaitu agar anda mudah memahami bahawa kita cuma dapat
berusaha...dan selebihnya...sentiasa berharap kepada per-
tolongan dan perlindungan Allah.

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment