Tokoh Tokoh Ulama' Kelantan

Tokoh Tokoh Ulama' Kelantan
Sesungguhnya Ulama' itu Pewaris Nabi

Wednesday 2 January 2013

SOPAN SANTUN DAN KERENDAHAN HATI RASULULLAH SAW


Rasulullah saw adalah orang yang paling menyayangi dan  hormat  kepada  para  sahabatnya,  memberikan kelapangan  kepada  mereka  yang  dalam  kesempitan, memulai  salam  kepada  orang  yang  dijumpai,  dan  jika berjabat  tangan  dengan  seseorang  tidak  pernah melepaskan sebelum orang tersebut melepaskannya.


Rasulullah saw adalah orang yang paling rendah hati, jika  berada  bersama  suatu  kaum  dalam  majlis  selalu duduk  bersama  mereka  dan  tidak  berdiri  sebelum  majlis berakhir.  Setiap  yang  duduk  bersama  beliau  diberi haknya  masing-masing  sehingga  tidak  seorang pun  yang merasa  bahawa  orang  lain  lebih  mulia  daripada   dirinya bagi  Rasulullah saw.  Jika  seseorang  duduk  dekatnya, beliau tidak berdiri sebelum orang tersebut berdiri kecuali jika ada urusan yang mendesak maka beliau meminta izin kepadanya.


Rasulullah  saw  tidak  suka  apabila  ada  orang  yang berdiri  menghormatinya.  Diriwayatkan  dari  Anas  bin Malik r.a berkata:

"Tak ada seorang pun yang lebih mereka (sahabat) cintai  daripada  Rasulullah  saw,  tetapi    mereka  tidak pernah berdiri untuk menghormati Rasulullah saw . Kerana mereka  tahu  bahawa  beliau  membenci  perbuatan semacam itu.”  (H.R; Ahmad dan Tirmidzi).


Rasulullah  saw  tidak  menemui  seseorang  dengan sesuatu  yang  tidak  disenanginya,  mengunjungi  orang sakit  dan  mencintai  orang -orang  miskin.  Bersahabat  dan menyaksikan jenazah mereka, tidak menghina orang fakir kerana  kefakirannya ,  tidak  takut  kepada  raja  kerana kedudukannya,  dan  membesarkan  ni’mat  meskipun sedikit; maka beliau tidak pernah mencela makanan. Jika beliau  suka  dengan  makanan  tersebut  beliau memakannya,  tapi  jika  tidak,  maka  beliau membiarkannya.  Makan  dan  minum  dengan  tangan kanannya setelah membaca bismillah pada permulaannya dan mengucapkan alhamdulillah pada akhirnya.


Beliau  menyenangi  hal -hal  yang  baik  dan  tidak suka  pada  hal -hal  yang  tidak  baik  seperti  bawang  putih dan bawang merah atau yang serupa dengannya.

Beliau melaksanakan haji sambil mengucapkan:

Ya  Allah, ini  adalah  benar- benar  haji  yang  tidak ada  riya'  di  dalamnya  dan  tidak  pula  mencari  pujian  di dalamnya.”  (Hadis sahih riwayat Al Maqdisi).


Beliau  juga  tidak  berbeza  dengan  para  sahabatnya dalam  pakaian  dan  tempat  duduk,  sehingga  pernah seorang Arab badui masuk sambil mengatakan: “Mana di antara kamu yang bernama Muhammad ?.”

Pakaian yang paling disenangi Rasulullah saw  adalah gamis  (baju  panjang  sampai  setengah  betisnya),  tidak berlebih-lebihan  dalam  makanan  atau  pakaian,  memakai ketayap(kopiah),  serban  dan  cincin  perak  pada  jari  kelingking kanannya serta mempunyai janggut yang lebat.

No comments:

Post a Comment