Rasulullah saw bersabda:
"Aku sungguh telah meninggalkan kepadamu suatu hal, yang
apabila kamu berpegang
teguh terhadapnya, maka kamu
tidak akan tersesat
selamanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Nabi- Nya." (H.R;
Al Hakim)
"Berpegang
teguhlah kalian kepada
sunnahku dan sunnah para
khulafaurrasyidin yang mendapat petunjuk." (H.R; Ahmad).
"Wahai Fathimah binti
Muhammad, mintalah harta benda
kepadaku apa saja
yang kamu kehendaki, kerana aku
tidak boleh menyelamatkanmu sedikitpun
di sisi Allah." (H.R;
Bukhari).
"Barangsiapa
yang taat kepadaku
bererti ia taat kepada
Allah dan barangsiapa
yang derhaka kepadaku bererti ia derhaka kepada
Allah." (H.R; Bukhari).
"Janganlah
kamu mengagungkan aku
seperti yang diperbuat oleh
orang- orang Nasrani terhadap
Isa bin Maryam, kerana
sebenarnya aku ini
tidak lebih dari seorang
hamba. Katakanlah: "Aku
ini adalah hamba Allah dan utusan - Nya." (H.R;
Bukhari).
"Allah melaknat orang -orang
Yahudi kerana mereka menjadikan
kubur nabi-nabi mereka
sebagai masjid (dengan memakamkan mereka di dalam masjid)."(H.R;
Bukhari).
"Barangsiapa
membuat kedustaan atasku (mengatakan sesuatu
hal dariku padahal
aku tidak mengatakannya) maka bersiap-siaplah ia
menempati tempat duduknya di
neraka." (H.R; Ahmad).
"Sesungguhnya
aku tidak pernah
berjabat tangan dengan wanita
(bukan mahram) ." (H.R; Tirmidzi).
"Siapa yang tidak
menyukai sunnahku, maka bererti ia tidak termasuk
golonganku." (Muttafaq Alaih).
"Ya Allah, aku
mohon perlindungan kepada- Mu, agar aku dijauhkan dari ilmu yang
tidak berguna." (H.R; Muslim).
"Barangsiapa
melakukan suatu amalan
tanpa ada dasar perintahnya
dari kami, maka
amalannya itu tidak diterima." (H.R; Muslim).
No comments:
Post a Comment