Akhlak Rasulullah saw adalah Al Qur’an, membenci apa yang
dibenci Al Qur’an dan
merasa senang dengan apa yang disenanginya. Tidak dendam
dan marah kepada seseorang kecuali jika
melakukan hal -hal yang diharamkan Allah SWT
sehingga
kemarahannya kerana Allah SWT .
Rasulullah saw merupakan orang
yang paling jujur ucapannya, paling memenuhi tanggung -jawabnya, paling lembut perangainya,
paling mulia pergaulannya,
lebih pemalu dari anak gadis,
rendah hati dan selalu
memikirkan umatnya, tidak
keji dan pula pengutuk. Tidak membalas
kejahatan orang lain
dengan kejahatan serupa, tetapi
membalasnya dengan kemaafan dan
jabat tangan. Tidak
pernah menolak siapa
yang meminta suatu keperluan,
kecuali dipenuhi keperluannya
atau dengan kata -kata yang halus dan tidak dengan hati kasar dan sikap keras.
Rasulullah saw tidak pernah memotong perbicaraan orang lain,
kecuali jika bertentangan
dengan kebenaran sehingga memotong
perbicaraannya dengan larangan atau
berdiri, tidak menganggap
dusta kepada seseorang, tidak dengki kepadanya dan tidak
pula memintanya untuk bersumpah.
Rasulullah saw sentiasa menjaga
hak -hak tetangganya dan menghormati
tetamunya. Waktunya tidak pernah
berlalu tanpa beramal
untuk Allah SWT atau mengerjakan sesuatu
yang menjadi tugasnya.
Cinta kepada optimis dan
benci kepada pesimis,
jika ada dua pilihan,
maka beliau memilih
yang teringan di
antara keduanya selama tidak
merupakan dosa. Senang menolong orang
yang memerlukan dan
membantu orang yang teraniaya.
Rasulullah saw juga mencintai
sahabat-sahabatnya, bermusyarwarah
dengan mereka dan
memperhatikan keadaan mereka.
Jika ada yang
sakit, beliau kunjungi, siapa tidak
hadir beliau mengundangnya, siapa
yang meninggal dunia beliau
mendo’akannya serta menerima alasan orang yang uzur kepadanya.
Baginya, orang yang kuat
dan orang yang
lemah mempunyai hak yang
sama. Ketika beliau
berbicara, maka jika ada
orang menghitung perbicaraannya tentu akan
dapat menghitungnya kerana
kefasihan dan pelannya. Di
samping itu, beliau juga suka bergura dan tidak mengucapkan kata -kata apa pun
kecuali kebenaran
No comments:
Post a Comment