Tokoh Tokoh Ulama' Kelantan

Tokoh Tokoh Ulama' Kelantan
Sesungguhnya Ulama' itu Pewaris Nabi

Tuesday 1 January 2013

HAL-HAL YANG MEMBATALKAN KEISLAMAN SESEORANG


Di  dalam  agama  Islam  ada  hal -hal  yang  dapat membatalkan  keIslaman  seseorang  apabila  ia mengerjakannya. Hal-hal tersebut adalah:

Berdo’a  dan  meminta  kepada  selain  Allah SWT , seperti;  meminta  kepada  para  Nabi  dan  wali -wali  yang sudah  wafat,  atau  kepada  makhluk  hidup  yang  ghaib.

Firman Allah SWT :

Dan  janganlah  kamu  menyembah  apa-apa  yang tidak  memberi  manfaat  dan  tidak  (pula)  memberi mudharat  kepadamu  selain  Allah;  sebab  jika  kamu berbuat  (yang  demikian)  itu,  maka  sesungguhnya  kamu kalau  begitu  termasuk  orang - orang  zalim  (musyrik).” (Q.S; Yunus :  106).



Dan sabda Nabi saw:

Baragsiapa  mati  dalam  keadaan  menyembah sekutu  selain  Allah,  nescaya  ia  masuk  neraka.” (HR. Bukhari).


Merasa  kesal  hatinya  dengan  tauhid  kepada Allah SWT dan  enggan  berdo’a  serta  meminta  pertolongan kepada para Rasul atau wali-wali yang sudah wafat, atau kepada makhluk hidup yang ghaib.


Firman Allah SWT:

Dan apabila hanya nama Allah saja yang disebut, kesal lah  hati  orang - orang  yang  tidak  beriman  kepada kehidupan  akhirat,  dan  apabila  nama  sembahan -sembahan  selain  Allah  yang  disebut,  tiba -tiba  mereka bergirang hatnya.” (Q.S; Az Zumar:  45).


Ayat  ini  juga  berlaku  terhadap  mereka  yang memusuhi  orang  yang  hanya  meminta  pertolongan kepada  Allah SWT  saja,  yang  mereka  sebut  “WAHABI”, jika  mereka  tahu  bahawa  WAHABI  itu  mengajak  kepada tauhid.

Menyembelih  binatang  untuk/karena  seorang  Rasul atau wali. Berdasarkan firman Allah:

Maka  dirikanlah solat  kerana  Tuhanmu  dan berkorbanlah.”(Q.S; Al Kautsar:  2).

Bernadzar  untuk  makhluk  sebagai  pendekatan dan  penghambaan  kepadanya.  Padahal  semestinya  hanya untuk Allah  SWT semata.


Firman Allah SWT:

Ya  Tuhanku,  sesungguhnya  aku   menazarkan kepada  Engkau  anak  yang  dalam  kandunganku  menjadi hamba  yang  soleh  dan  berkhidmat  (di  Baitul  Maqdis). Kerana  itu  terimalah  (nazar)  itu  dari  padaku. Sesungguhnya  Engkaulah  Yang  Maha  Mendengar  lagi Maha Mengetahui.”(Q.S; Al Imran :  35).

Melakukan thawaf di sekeliling kubur dengan niat ibadah. Kerana thawaf hanya dilakukan di sekeliling Ka’bah, berdasarkan firman Allah SWT:

“…Dan  hendaklah  mereka  melakukan  thawaf  di sekeliling  rumah  yang  tua  itu  (Baitulullah  ‘atiq).” (Q.S;  Al- Hajj :  29).

Tawakkal dan berserah diri kepada selain Allah SWT.


Firman-Nya:

“…  Maka  bertawakkallah  kepada - Nya  sahaja,  jika kamu  benar- benar  orang  yang  berserah  diri.” (Q.S; Yunus:  84 ).


Ruku’  atau  sujud  dengan  niat  mengagungkan raja atau para pemimpin, baik yang masih hidup mahupun yang  sudah  mati,  kecuali  yang  melakukan  hal  itu  kerana kebodohan  (tidak  tahu).  Kerana  ruku’  dan  sujud  adalah ibadah,  yang  hanya  dipersembahkan  untuk  Allah  SWT semata.



Mengingkari  salah  satu  rukun  Islam,  seperti; solat,  zakat,  puasa  dan    haji.  Atau  mengingkari  salah satu rukun  iman,  iaitu; iman  kepada  Allah SWT,  Malaikat, Kitab-kitab,  para  Rasul,  hari  Akhirat  dan  iman  kepada takdir  yang  baik  dan  yang  buruk.  Atau  mengingkari  hal -hal yang sudah jelas dalam agama.


Membenci Islam atau sebahagian dari ajaran Islam yang  sudah  merupakan  ijma’  para  ulama,  baik  yang menyangkut  masalah  ibadah,  mu’amalah,  ekonomi  atau akhlak.


Firman Allah SWT:

Yang  demikian  itu  adalah  kerana  sesungguhnya  mereka  benci  kepada  apa  yang  diturunkan  Allah  (Al Qur’an),  lalu  Allah  menghapuskan  (pahala-pahala) amal - amal mereka.” (Q.S; Muhammad :  9).


Mengolok-olokkan  ayat  Al  Qur’an,  hadis  sahih atau  salah  satu  hukum  Islam  yang  telah  disepakati  umat Islam.


Firman Allah SWT:

Katakanlah:  "Apakah  dengan  Allah,  ayat- ayat -Nya  dan  Rasul- Nya  kamu  selalu  berolok-olok  ?".  Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu telah kafir sesudah beriman …”. (Q.S; At Taubah:  65 -66).


Mengingkari Al Qur’ an, meskipun  sedikit saja, atau  hadis  sahih.  Ini  dapat  menyebabkan  riddah (keluar)  dari  Islam  apabila  dilakukan  dengan  sedar  dan sengaja.


Mencela  Allah SWT,  mengutuk  Islam,  menghina Nabi  saw  atau  memperolok-olokkan keadaan  beliau,  atau mengkritik  ajaran  yang  dibawanya.  Itu  semuanya menyebabkan kafir.

Mengingkari salah satu Asma’ , Sifat atau Af ’ al (perbuatan)  Allah SWT  yang  telah  ditetapkan  dalam  Al Qur’an dan Sunnah yang sahih, apabila dilakukan bukan kerana  tidak  tahu  atau  kerana  ta'wil.

Tidak  mengimani  seluruh  Rasul  yang  diutus oleh  Allah SWT  untuk  menyampaikan  petunjuk  kepada manusia,  atau  mengurangi  jumlah  mereka.  Firman  Allah SWT:

..Kami  tidak  membeza- bezakan  antara seseorang pun  (dengan  yang  lain)  dari  Rasul- Rasul-Nya..”. (Q.S; Al Baqarah :  285).

Memutuskan  perkara  dengan  selain  hukum Allah SWT ,  dengan  meyakini  bahawa  hukum  Islam  tidak sesuai  lagi  untuk  diterapkan,  atau  membolehkan berhukum dengan selain hukum Islam. Firman Allah SWT:

“… Barangsiapa  yang  tidak  memutuskan  perkara menurut  apa  yang  diturunkan  Allah,  maka  mereka  itu adalah orang- orang yang kafir.” (Q.S; Al Maidah:  44).

Menjadikan  selain  Islam  sebagai  hakim (pemutus perkara), tidak rela atau menolak hukum Islam, atau  merasa  keberatan  dengan  hukum  Islam. 


Firman Allah SWT:

Maka  demi  Tuhanmu,  mereka  pada  hakikatnya tidak  beriman  sehingga  menjadikan  kamu  hakim terhadap  perkara  yang  mereka  perselisihkan,  kemudian mereka  tidak  merasa  keberatan  dalam  hati  mereka terhadap  keputusan  yang  kamu  berikan  dan  mereka menerima dengan sepenuh hati.” (Q.S; An Nisaa ’:  65).


Memberikan hak membuat undang-undang dan hukum  kepada  selain  Allah SWT ,  seperti  sistem kediktatoran (seorang pemegang kekuasaan mutlak dalam menjalankan pemerintahan negara)  atau  sistem  yang  lain.  Di mana   mereka membolehkan  untuk  menentukan  hukum  yang bertentangan dengan hukum Allah SWT.


 Firman Allah SWT :

Apakah mereka mempunyai sembahan - sembahan selain  Allah  yang  mensyari'atkan  untuk  mereka  agama yang tidak diizinkah Allah …”. (Q.S; Asy Syuura :  21).


Mengharamkan  sesuatu  yang  dihalalkan  Allah SWT  atau  menghalalkan  sesuatu  yang  diharamkan -Nya. Seperti menghalalkan zina atau riba bukan kerana ta’wil.


Firman Allah SWT:

“…Padahal  Allah  menghalalkan  jual - beli  dan mengharamkan riba…”. (Q.S; Al Baqarah :  275).


Percaya  terhadap  ajaran -ajaran  yang  merosakkan Islam,  seperti  komunisme,  atheisme,  freemasonry Yahudi, sosialisme, marxisme, sekularisme, nasionalisme yang  lebih  mengutamakan  orang  Arab  non  Muslim daripada orang non  Arab yang muslim.

Firman Allah SWT:

Barangsiapa  mencari  agama  selain  Islam,  maka sekali- kali  tidaklah  akan  diterima  (agama  itu)  dari padanya,  dan  dia  di  akhirat termasuk orang- orang yang rugi.” (Q.S; Ali Imran :  85).


merubah  agama  dan  pindah  dari  Islam  ke agama lainnya. 


Firman Allah SWT:

Barangsiapa  yang  murtad  di  antara  kamu  dari agamanya,  lalu  dia  mati  dalam  kekafiran,  maka  mereka itulah  yang  sia - sia  amalnya  di  dunia  dan  akhirat…”(Q.S; Al Baqarah :  217).


Sabda Nabi saw:

Barang  siapa  yang  merubah  agamanya  maka bunuhlah ia.” (H.R; Bukhari).


Membantu  orang  Yahudi,  Nasrani  atau Komunis  serta  bantu-membantu  dengan  mereka  dalam melawan orang Islam.


Firman Allah SWT:

Hai orang- orang yang beriman, janganlah kamu mengambil  orang- orang  Yahudi  dan  Nasrani  menjadi pemimpin – pemimpin mu.  Sebahagian  mereka  adalah pemimpin  bagi  sebahagian  yang  lain.  Barangsiapa  di antara  kamu  mengambil  mereka  menjadi  pemimpin, maka  sesungguhnya  orang  itu  termasuk  golongan mereka.” (Q.S; Al Maidah:  51).


Tidak  mahu  mengkafirkan  orang  komunis  yang tidak  percaya  kepada  Tuhan,  atau  orang  yahudi  dan nasrani  yang  tidak  percaya  kepada  Nabi  Muhammad saw. Padahal  Allah SWT  sendiri  telah  mengkafirkan  mereka.


Firman -Nya:

Sesungguhnya  orang - orang  kafir,  yakni  ahli Kitab  dan  orang  musyrik  (akan  masuk)  ke  neraka Jahannam;  mereka  kekal  di  dalamnya.  Mereka  itu adalah seburuk- buruk makhluk.” (Q.S; Al Bayyinah:  6).


Pendapat  sekelompok  orang  sufi  tentang wihdatul-wujud (union mistik), iaitu bahawa apa yang ada di  bumi  ini  adalah  wujud  Allah SWT.  Bahkan  ada  tokoh mereka yang mengatakan:


Anjing dan babi itu tiada lain
Kecuali Tuhan kita
Dan Allah itu tiada lain
Kecuali pendeta dalam gereja.


Dan tokoh mereka, (Al- Hallaj) pernah mengatakan: Aku  adalah  Allah  dan  Allah  adalah  aku” .  Maka  para ulama memutuskan hukuman mati terhadapnya.

Berpendapat bahawa agama terpisah dari negara dan  bahawa  Islam  tidak  mempunyai  teori  politik,  sebab pendapat  ini  adalah  pendustaan  terhadap  Al  Qur’an, hadis dan sirah (sejarah kehidupan) Nabi saw.

Berpendapat,  sebagaimana  yang  dianut  oleh sekelompok  orang  sufi,  bahawa  Allah   menyerahkan kunci-kunci  semua  urusan  kepada  para  wali.  Ini merupakan  syirik  dalam  af’al  (perbuatan)  Allah SWT, bertentangan dengan firman-Nya:

Kepunyaan - Nyalah kunci- kunci  (perbendaharaan) langit dan bumi”. (QS . Az Zumar :  63).


Hal-hal  yang  membatalkan  keIslaman  ini  se upa dengan  hal -hal  yang  membatalkan  wudhu’.  Apabila seorang muslim melakukan salah satu hal tersebut, maka hendaklah  ia  memperbaharui  keIslamannya, meninggalkan  hal  yang  membatalkannya  dan  bertaubat kepada Allah   sebelum mati. Bila tidak demikian, maka akan sia-sia dan terhapuslah amalnya serta akan kekal di dalam neraka Jahannam.


Firman Allah SWT:

Jika  kamu  mempersekutukan  (Allah);  nescaya akan  hapuslah  amalmu  dan  tentulah  kamu  termasuk orang-orang yang merugi.” (Q.S; Az Zumar:  65).


Rasulullah saw  pun  telah  mengajarkan  kepada  kita agar berdo’a:

Ya  Allah,  kami  memohon  kepada-Mu perlindungan  dari  perbuatan  syirik  apa pun  yang  kami ketahui.  Dan  kami  memohon  kepada- Mu  ampunan  atas perbuatan  (dosa)  yang  tidak  kami  ketahui.”(HR.  Imam Ahmad, dengan sanad hasan).







No comments:

Post a Comment