Tokoh Tokoh Ulama' Kelantan

Tokoh Tokoh Ulama' Kelantan
Sesungguhnya Ulama' itu Pewaris Nabi

Thursday 3 January 2013

Asal-usul Syiah (kesesatan)


Syiah   secara  bahasa   bererti   pengikut,   sekumpulan   dan   golongan. Sedangkan dalam istilah Syara', Syi'ah adalah suatu aliran yang timbul sejak pemerintahan Utsman bin Affan yang diketuai oleh Abdullah bin Saba', seorang  Yahudi  dari  Yaman. Setelah terbunuhnya  Utsman  bin  Affan,  lalu Abdullah  bin   Saba'  menyebarkan  ajarannya   secara   terang-terangan   dan mengumpulkan  untuk  mengisytiharkan  bahawa  kepemimpinan  (baca: imamah) sesudah Nabi saw sebenarnya ke tangan Ali bin Abi Thalib kerana suatu nas (teks) Nabi saw. Namun, menurut Abdullah bin Saba', Khalifah Abu Bakar, Umar, Utsman telah mengambil alih kedudukan tersebut.


Keyakinan itu berkembang sampai kepada menuhankan Ali bin Abi Thalib. Berhubung hal itu adalah suatu kebohongan, maka diambil tindakan oleh Ali bin Abi Thalib, iaitu mereka dibakar, lalu sebahagian mereka melarikan diri ke Madain


Aliran Syi'ah pada abad pertama hijriyah belum merupakan aliran yang kukuh sebagai   trend   yang   mempunyai   berbagai   macam   keyakinan   seperti   yang berkembang pada abad ke-2 hijriyah dan abad-abad berikutnya.


Penyimpangan Syiah pada kurun Pertama:

Keyakinan bahawa imam  sesudah Rasulullah saw adalah Ali bin Abi Thalib, sesuai dengan sabda Nabi saw. Kerana itu para Khalifah dituduh merampok kepemimpinan dari tangan Ali bin Abi Thalib r.a.

Keyakinan bahawa imam mereka maksum (terjaga dari salah dan dosa)


Keyakinan bahawa Ali bin Abi Thalib dan para Imam yang telah wafat akan   hidup   kembali   sebelum   hari   Kiamat   untuk   membalas   dendam kepada lawan-lawannya, iaitu Abu Bakar, Umar, Utsman, Aisyah dll.


Keyakinan   bahawa   Ali   bin   Abi   Thalib   dan   para   Imam   mengetahui rahsia ghaib, baik yang lalu mahupun yang akan datang. Ini bererti sama dengan menuhankan Ali dan Imam.


Keyakinan tentang ketuhanan Ali bin Abi Thalib yang diisytiharkan oleh  para  pengikut  Abdullah   bin  Saba'  dan  akhirnya   mereka   dihukum bakar oleh Ali bin Abi Thalib kerana keyakinan tersebut.


Keyakinan mengutamakan Ali bin Abi Thalib atas Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Padahal Ali sendiri mengambil tindakan hukum cambuk(memukul) 80 kali terhadap orang yang meyakini kebohongan tersebut

Keyakinan mencaci maki para Sahabat atau sebahagian Sahabat seperti Utsman bin Affan (lihat Dirasat fil Ahwaa' wal Firaq wal Bida' wa Mauqifus Salaf minhaa, Dr. Nashir bin Abdul Karim Al-Aql hal. 237)


Pada abad ke-2 hijriyah, perkembangan keyakinan Syi'ah semakin menjadi-jadi sebagai aliran yang mempunyai berbagai peringkat keyakinan utama dan terus berkembang sampai berdirinya dinasti Fathimiyyah di Mesir dan dinasti Sofawiyah di Iran. Terakhir aliran tersebut terangkat kembali dengan revolusi Khomaini dan dijadikan sebagai aliran rasmi negara Iran sejak 1979.




Penyimpangan Syi'ah Secara Umum:

Pada Rukun Iman:

Syiah hanya memiliki 5 rukun iman, tanpa menyebut keimanan kepada para Malaikat, Rasul dan Qadha dan Qadar- iaitu: 1. Tauhid (keesaan Allah), 2. Al-'Adl (keadilan Allah) 3. Nubuwwah (kenabian), 4. Imamah (kepemimpinan   Imam),   5.Ma'ad   (hari   kebangkitan   dan   pembalasan). (Lihat 'Aqa'idul Imamiyah oleh Muhammad Ridha Mudhoffar dll)


Pada Rukum Islam:

Syiah   tidak   mencantumkan   syahadat   dalam   rukun   Islam,   iaitu: 1.Solat, 2.Zakat, 3.Puasa, 4.Haji, 5.Wilayah (perwalian) (lihat Al-Khafie juz II hal 18)

Syi'ah meyakini bahawa Al-Qur'an sekarang ini telah diubah, ditambahi atau dikurangi dari yang asalnya, seperti:

"wa inkuntum fii roibim mimma nazzalna 'ala 'abdina FII 'ALIYYIN fa`tu bi shuratim mim mits lih (Al-Kafie, Kitabul Hujjah: I/417)

Ada tambahan "fii 'Aliyyin" dari teks asal Al-Qur'an yang berbunyi:

"wa inkuntum fii roibim mimma nazzalna 'ala 'abdina fa`tu bi shuratim mim mits lih" (Al-Baqarah:23)


Kerana   itu   mereka   meyakini   bahawa:   Abu   Abdillah   a.s   (imam   Syiah) berkata: "Al-Qur'an yang dibawa oleh Jibril a.s kepada Nabi Muhammad saw   adalah   17.000   ayat   (Al-Kafi   fil   Ushul   Juz   II   hal.634).   Al-Qur'an mereka yang berjumlah 17.000 ayat itu disebut Mushaf Fatimah (lihat kitab   Syi'ah   Al-Kafi   fil   Ushul   juz   I   hal   240-241   dan   Fashlul   Khithab karangan An-Nuri Ath-Thibrisy)


Syi'ah   meyakini   bahawa   para   Sahabat   sepeninggal   Nabi   saw,   mereka murtad, kecuali beberapa orang saja, seperti: Al-Miqdad bin Al-Aswad, Abu Dzar Al-Ghifary dan Salman Al-Farisy (Ar Raudhah minal Kafi juz VIII hal.245, Al-Ushul minal Kafi juz II hal 244)


Syi'ah menggunakan senjata "taqiyyah" iaitu berbohong, dengan cara menampakkan  sesuatu  yang  berbeza  dengan yang sebenarnya,  untuk menipu(Al Kafi fil Ushul Juz II hal.217)


Syi'ah percaya kepada Ar-Raj'ah iaitu kembalinya roh-roh ke jasadnya masing-masing di dunia ini sebelum Qiamat dikala imam Ghaib mereka keluar dari persembunyiannya dan menghidupkan Ali dan anak-anaknya untuk balas dendam kepada lawan-lawannya.


Syi'ah   percaya   kepada   Al-Bada',   yakni   diperlihatkan   bagi   Allah   dalam   hal keimaman Ismail  (yang  telah dinobatkan  keimamannya  oleh ayahnya, Ja'far As-Shadiq, tetapi kemudian meninggal disaat ayahnya masih hidup) yang tadinya tidak diperlihatkan. Jadi bagi mereka, Allah boleh khilaf, tetapi Imam mereka tetap maksum (terjaga).


Syiah membolehkan "nikah mut'ah", yaitu nikah kontrak dengan jangka waktu tertentu (lihat Tafsir Minhajus Shadiqin Juz II hal.493). Padahal hal itu telah diharamkan oleh Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Thalib sendiri.

No comments:

Post a Comment