Setiap muslim harus
berkeyakinan bahawa segala kebaikan dan
keburukan itu terjadi
menurut takdir Allah SWT dan
kehendak-Nya serta diketahui
dengan ilmu-Nya. Namun menjalankan
perbuatan baik atau buruk itu, timbul
atas pilihan hamba-Nya
sendiri, sedang memperhatikan perintah
dan larangan-Nya adalah
wajib bagi seorang hamba.
Oleh kerana itu
ia tidak boleh
berbuat maksiat dengan dalih bahawa
yang demikian itu sudah ditakdirkan oleh
Allah SWT. Allah SWT telah mengutus
Rasul-rasul -Nya serta
menurunkan kitab -kitab, agar
Rasul -rasul itu menjelaskan
jalan menuju kebahagiaan dan jalan menuju kesengsaraan.
Demikian pula Allah SWT
telah memuliakan manusia dengan akal
fikiran dan menerangkan
kepadanya jalan yang sesat dan
benar.
Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya Kami
telah menunjukinya jalan yang lurus;
ada yang bersyukur
dan ada pula
yang kafir.” (Q.S; Al Insan: 3).
Oleh kerana itu
apabila meninggalkan solat
atau minum arak, ia
berhak dihukum kerana
melanggar perintah/larangan
Allah SWT dan pada
saat itulah ia
harus bertaubat dan menyesali perbuatan maksiatnya.
No comments:
Post a Comment