Tokoh Tokoh Ulama' Kelantan

Tokoh Tokoh Ulama' Kelantan
Sesungguhnya Ulama' itu Pewaris Nabi

Wednesday 2 January 2013

AWAS! JANGAN MELINTAS DI DEPAN ORANG YANG SEDANG SOLAT


Rasulullah  saw bersabda:

Andai kata  orang  yang  melintas  di  depan  orang yang  sedang  solat  mengetahui  apa  dosanya,  tentu  ia berhenti empat puluh dan itu lebih baik baginya daripada lalu di depan orang yang sedang solat tersebut.”


Abu  Nadhar r.a berkata:  "Aku  tidak  tahu  apakah Rasulullah saw bersabda empat puluh hari, atau bulan atau tahun." (H.R; Bukhari).


Hadis  di  atas  menunjukkan  bahawa  lalu  di  depan (di  tempat  bersujud)  orang  yang  sedang  solat  akan mendapatkan  dosa  dan  ancaman,  sehingga  jika  orang yang  melintas  tersebut  mengetahui  dosa  yang  akan ditanggungnya,  tentu  ia  akan  berhenti  empat  puluh  hari, bulan  atau  tahun.  Sedang  jika  ia  lalu  agak  jauh  dari tempat sujud orang yang sedang solat tersebut, maka hal itu  tidak  apa -apa,  hal  ini  sesuai  dengan  pemahaman hadis  di  atas  yang  menyebutkan  tempat  kedua  tangan waktu sujud.


Bagi  yang  melaksanakan  solat  hendaknya meletakkan  sutrah  (pembatas)  di  depannya,  sehingga orang  yang  lalu  tahu  dan  tidak  lalu  di  depannya, sebagaimana sabda Rasulullah saw:

Jika  salah  seorang  di  antara  kamu  solat menghadap  ke  suatu  pembatas,  kemudian  ada  orang yang  lalu  di  depannya,  maka  hendaknya  ia menghalangi  orang  tersebut,  sedang  jika  orang  tersebut tetap  memaksa,  maka  bunuhlah  dia  kerana  sebenarnya orang tersebut adalah syaitan.”  (Mutafaq Alaih).


Hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan yang memperingatkan melintas di depan orang yang sedang solat  ini,  berlaku  umum,  termasuk  di  masjidil  Haram mahupun  masjid  Nabawi  kerana  keumuman  hadis tersebut,  dan  kerana  Rasulullah saw mengucapkan  hadis tersebut di Mekkah dan Madinah. Dalilnya adalah:

Bukhari  menyebutkan  dalam  kitab  sahihnya;  Ibnu Umar  r.a pernah  mencegah  orang  yang  lalu  di depannya  ketika  ia  sedang  melakukan  tasyahud  di Ka’bah,  kemudian  ia  berkata:  "Jika  ia  tetap memaksakan  diri,  dan  tiada  pilihan  bagimu  kecuali harus membunuhnya, maka bunuhlah."

Al  Hafidz  Ibnu  Hajar  Al  Asqalany  dalam  kitab Fathul  Bari"  berkata:  penyebutan  “Ka’bah”  secara khusus  agar  tidak  terbayang  bahawa  melalui di depan  orang solat di Ka’bah diampuni kerana ramai.


Sedangkan  hadis  yang  diriwayatkan  oleh  Abu  Daud bukanlah  hadis  sahih  kerana  ada  perawi  yang  tidak diketahui.  Hadis  tersebut  adalah  sebagai  berikut; Ahmad bin Hanbal meriwayatkan kepada kami, Sufyan bin  Uyainah  meriwayatkan  kepadaku  dari  sebahagian keluarga  dari datuknya bahawa ia melihat Nabi saw solat di  depan  pintu  Bani  Sahm  (di  Masjid  Haram)  dan orang-orang lalu di depannya sedang antara keduanya tidak ada tanda batas.

Sufyan berkata: antara beliau dengan Ka’bah tidak ada  tanda  batas.  Sufyan  berkata:  Ibnu  Juraij  pernah menceritakan  kepada  kami  dari  ayahnya.  Kemudian aku  tanyakan  kepadanya,  maka  ia  berkata:  "Aku  tidak pernah mendengarnya dari ayahku, tetapi dari sebahagian orang dari keluargaku dari datukku".

Dan  Al  Hafidz  Ibnu  Hajar  Al-Asqalany mengatakan  dalam  kitabnya  “Fathul  Bari”  bahawa hadis tersebut “Ma’lul”.

Dalam  kitab  Bukhari  disebutkan:  dari  Abu  Juhaifah berkata  bahawa  Rasulullah saw  pernah  mengadakan musafir  kemudian  solat  Dzuhur  dan  Asar  dua raka'at  di  Batha’  (Mekkah)  dan  mendirikan  tongkat berkepala besi di depannya.

KESIMPULAN:

Melintas di depan  tempat  sujud  orang  yang  sedang  solat adalah haram dan mendapatkan dosa serta ancaman, jika orang  yang  solat  tersebut  meletakkan  tongkat/tabir  di depannya,  baik  di  tanah  Haram  mahupun  di  tempat  yang lain  sebagaimana  disebutkan  dalam  hadis -hadis  sahih di  atas.  Tapi  boleh  juga  bagi  orang  yang  terpaksa  ketika dalam keadaan amat sesak dan penuh sama sekali.

No comments:

Post a Comment