Anak
angkat tidak tersenarai sebagai waris yang berhak mewarisi harta pusaka
ibu bapa angkatnya mengikut hukum faraid. Ini kerana anak angkat tiada
hubungan pertalian darah secara syarak dan tidak boleh dinasabkan kepada
bapa angkat mengikut hukum syarak sekali pun anak tersebut telah
dibinkan kepada bapa angkat di dalam sijil kelahiran.
Bagaimana
pun, bukanlah ini bermakna anak angkat dibiarkan begitu sahaja sehingga
tidak diberikan apa-apa oleh ibu bapa angkat atau waris-waris kepada
ibu bapa angkat itu, bahkan sesetengahnya terus meminggirkan anak angkat
selepas kematian ibu atau bapa angkatnya.
Persepsi
terhadap anak angkat oleh sesetengah pihak yang meminggirkan anak
angkat sepeninggalan ibu bapa angkatnya disebabkan oleh fahaman mereka
bahawa anak angkat tidak berhak mewarisi, sebenarnya tidak tepat.
Berilah sebahagian daripada harta pusaka ibu bapa angkat kepadanya atau
setidak-tidaknya kasihilah mereka sebagaimana ibu bapa angkat menyayangi
mereka.
Sebenarnya
hukum faraid ditentukan oleh Allah s.w.t. untuk mewariskan harta pusaka
kepada kaum keluarga yang mempunyai pertalian darah dengan si mati.
Soalnya, bagaimana nasib anak angkat yang sememangnya tidak mempunyai
pertalian darah dengan ibu bapa angkatnya? Bolehkah mereka mewarisi
harta pusaka ibu dan bapa angkat sedangkan ibu bapa angkat sangat
menyayangi mereka seperti anak kandung mereka?.
Islam
agama yang adil dan prihatin kepada semua golongan manusia. Memang
benar anak angkat tidak berhak mewarisi harta pusaka secara faraid.
Tetapi Allah maha mengetahui dan bijaksama membenarkan ibu bapa angkat
‘mewariskan’ sebahagian daripada harta mereka kepada anak angkat melalui
Hukum Wasiat.
Dengan
berwasiat, anak angkat akan mewarisi paling maksimum 1/3 daripada harta
pusaka ibu bapa angkat mereka, manakala baki 2/3 bahagian lagi akan
diwarisi oleh waris-waris si mati secara faraid.
Sebagai
contoh, Ahmad mempunyai seorang anak angkat, seorang isteri dan tiga
orang adik beradik seibu sebapa, dua lelaki dan seorang perempuan. Ahmad
mempunyai 5 ekar tanah. Semasa hayatnya, Ahmad telah berwasiat
sekiranya beliau meninggal dunia, 1 ekar daripada tanah pusaka
peninggalannya hendaklah diberikan kepada anak angkatnya.
Apabila
Ahmad meninggal dunia, anak angkat boleh menuntut harta pusaka itu
sebagai penerima wasiat, manakala isteri dan tiga orang adik beradik
Ahmad menuntut sebagai penerima pusaka secara faraid.
Mengikut hukum faraid, asal pembahagian seperti berikut:
8
|
40
| ||
Isteri
|
1/8
|
1
|
5
|
SIBL
|
14
| ||
SIBL
|
Asabah
|
7
|
14
|
SIBP
|
7
|
Oleh
kerana Ahmad berwasiat supaya 1 ekar daripada harta pusakanya diberikan
kepada anak angkatnya, pembahagian menjadi seperti berikut:
5 ekar
|
40
|
50
|
5 ekar
| |
Anak angkat
|
1 ekar (wasiat)
|
10
|
1 ekar
| |
Isteri
|
5
|
5
|
0.5 ekar
| |
SIBL
|
4 ekar (faraid)
|
14
|
14
|
1.4 ekar
|
SIBL
|
14
|
14
|
1.4 ekar
| |
SIBP
|
7
|
7
|
0.7 ekar
|
Inilah
sebenarnya konsep wasiat iaitu pemberian selepas kematian oleh
seseorang tuan punya harta kepada seseorang yang bukan warisnya yang
berhak mewarisi mengikut hukum faraid. Bagi menjamin kesinambungan
hubungan kekeluargaan, wasiat hanya dibenarkan setakat 1/3 daripada
harta pusaka sahaja manakala bakinya 2/3 bahagian adalah hak waris-waris
mengikut ketentuan hukum faraid.
Kesimpulannhya,
anak angkat seperti mana anak kandung juga berhak mewarisi harta
pusaka, cuma bezanya mereka mewarisi secara penerima wasiat sedangkan
anak kandung mewarisi secara ketentuan faraid.
Sekian.
HANYA KETURUNAN HAKIKI ATAU DARAH DAGING LAYAK MEWARISI
Selain
daripada ikatan perkahwinan, seseorang itu berhak mewarisi harta pusaka
dengan sebab keturunan. Keturunan dalam konteks hukum faraid bermaksud keturunan hakiki iaitu pertalian hubungan kekeluargaan disebabkan oleh peranakan atau dinamakan juga hubungan ‘rahim’. Keturunan hakiki boleh dikatakan juga sebagai “darah daging”.
Termasuk
dalam istilah keturunan ini ialah anak kandung, ibu bapa sebenar, adik
beradik sebenar dan semua waris yang mempunyai pertalian darah dengan si
mati mengikut syarat-syarat dan kaedah pewarisan.
Ini
bermakna anak angkat, anak tiri dan anak susuan terkeluar daripada
istilah keturunan si mati dan mereka tidak berhak mewarisi harta pusaka.
Anak angkat bermakna
anak orang lain yang dipelihara oleh pasangan suami isteri. Anak ini
bukan dilahirkan hasil perkahwinan suami isteri itu. Anak angkat tidak
boleh dinasabkan (dibinkan) kepada bapa angkat untuk mengelakkan
kecelaruan dalam hirarki keturunan seseorang itu. Sekiranya dinasabkan
kepada bapa angkat, ia akan menimbulkan masalah kepada persoalan
pewarisan harta pusaka dan perwalian dalam perkahwinan.
Oleh
kerana tiada hubungan rahim dengan keluarga angkat, Islam tidak
membolehkan anak angkat mewarisi harta pusaka ibu bapa angkat.
Anak tiri bermakna
anak kepada pasangan hasil perkahwinannya dengan suami atau isteri
terdahulu. Misalnya, Ali berkahwin dengan Fatimah, seorang janda beranak
satu bernama Ahmad. Ahmad adalah anak tiri kepada Ali. Sekiranya Ali
meninggal dunia, Ahmad tidak mewarisi harta Ali kerana Ahmad bukan
keturunan Ali yang hakiki.
Anak susuan bermakna
seorang telah disusui oleh seorang wanita sehingga sekurang-kurangnya 5
kali kenyang semasa masih bayi. Hukum anak susuan dalam perkahwinan
sama seperti anak kandung iaitu tidak boleh mengahwini anak susuan,
persentuhan kulit tidak membatalkan wudhuk dan had aurat sepertimana
anak sendiri.
Bagaimana
pun, oleh kerana tiada hubungan rahim iaitu tidak melalui peranakan,
anak susuan juga tidak mewarisi harta pusaka ibu bapa susuan.
Soalan 1
Bagaimana pula hukum pewarisan anak luar nikah?
Jawab:
Anak luar nikah ialah
anak zina atau anak yang dilahirkan oleh wanita mangsa rogol. Hukumnya,
anak itu hanya berhak mewarisi harta pusaka ibu yang melahirkannya
tetapi tidak mewarisi harta pusaka bapa. Ini kerana anak yang lahir
hasil perzinaan tidak boleh dinasabkan kepada bapa tersebut mengikut
hukum syarak apatah lagi anak yang dilahirkan oleh mangsa rogol.
Soalan 2
Ada yang mengatakan anak yang dianggap derhaka kepada ibu bapa tidak berhak mewarisi harta pusaka ibu bapa. Apakah ini benar?.
Jawab:
Hanya tiga perkara yang menjadi halangan kepada pewarisan iaitu:
a. Pembunuhan atau menyebabkan kematian tuan punya harta yang akan diwarisi
b. Berlainan agama antara pemilik harta dan waris
c. Waris murtad.
Penderhakaan
bukanlah halangan kepada seseorang itu daripada mewarisi harta pusaka
ibu bapa. Sekiranya ibu bapa meninggal dunia, anak yang dianggap derhaka
itu masih berhak menerima pusaka seperti mana anak-anak yang lain.
Soalan 3
Ada bapa
yang tidak sukakan anaknya telah meninggalkan dokumen wasiat yang
mengatakan dengan jelas “Sekiranya saya meninggal dunia, saya tidak
redha anak saya yang bernama Rosliyani mewarisi harta pusaka saya”.
Jawab:
Apabila
seseorang itu meninggal dunia, maka terputuslah hubungannya dengan
hartanya dan secara otomatik harta itu menjadi harta pusaka. Namun
sebelum harta pusaka dibahagikan, waris-waris perlu meneliti dan
menunaikan wasiat si mati terlebih dahulu.
Bagaimana
pun tidak semua wasiat wajib ditunaikan. Sekiranya bertentangan tentang
hukum syarak, wasiat itu hendaklah diabaikan walau pun wasiat itu
didokumenkan dan disaksikan.
Wasiat supaya tidak memberikan harta pusaka kepada anak yang dianggap menderhaka atau yang tidak disenangi oleh ibu bapa tidak boleh
berkuatkuasa kerana hajat pewasiat bertentangan dengan hukum faraid.
Justeru, anak itu berhak mendapat pusaka bapanya dan hendaklah diberikan
haknya.. Jadi waris-waris yang lain, laksanakan hukum faraid seadanya.
Berikanlah
harta pusaka bapa kepadanya mudah-mudahan anak tersebut akan turut
mendoakan kesejahteraan bapanya suatu ketika nanti.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment