Tokoh Tokoh Ulama' Kelantan

Tokoh Tokoh Ulama' Kelantan
Sesungguhnya Ulama' itu Pewaris Nabi

Friday 29 November 2013

Akhirat itu yang sebenar-benar masa depan

Ramai yang menyangka atau beranggapan bahawa masa depan itu adalah masa atau hari tua mereka nanti, seolah-olah mereka lupa akan adanaya kehidupan di akhirat kelak. Percaya dan yakinlah akan aturan Allah buat kita semua, sentiasalah jua memohon agar diberikan kebaikan dan keberuntungan didunia dan lebih-lebih lagi dihari akhirat nanti.

Sesungguhnya kehidupan didunia hanyalah sementara, kebahagiaan dunia itu tidak kekal, manakala penderitaan dunia juga tidak akan kekal. Akhirat jua lah yang kekal abadi.

Sebagai seorang yang bergelar muslim, wajib bagi kita untuk mengejar akhirat dan berlebih-lebih bagi kehidupan akhirat berbanding dari kehidupan didunia. Apa yang dibawa apabila seseorang itu kembali ke rahmatullah, bukanlah harta atau anak pinak, akan tetapi iman jua lah yang akan dibawanya nanti. Dari iman itu adanya amal, iaitu segala perbuatan yang baik atau buruk yang telah kita lakukan selama hidup didunia ini.

Saya berpesan kepada diri juga kepada kaum muslim seluruhnya, kejarlah akhirat, binalah masa depan yang membawa kepada keuntungan didunia juga akhirat melalui jalan rasulNya serta kitabNya. Mudah-mudahan kita semua sentiasa berada dibawah naunganNya sentiasa dan mendapat kehidupan yang bahagia didunia ini dan juga diakhirat sana..

No comments:

Post a Comment