Tokoh Tokoh Ulama' Kelantan

Tokoh Tokoh Ulama' Kelantan
Sesungguhnya Ulama' itu Pewaris Nabi

Friday 2 December 2011

AMARAN BUAT ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT

Maksud Firman Allah Taala:

“Apakah sebabnya kamu masuk neraka? Sahut mereka itu,kami tiada solat. Dan tidak pula memberi makan orang miskin. Dan kami telah masuk ke dalam batil bersama orang-orang yang masuk ke dalamnya.” ( Al-Mudatstir:42-45 ).

Dalam hal yang berkaitan Imam Ahmad pernah berkata: “Jarak antara seorang lelaki dengan kekufuran adalah meninggalkan solat.” Menurut Imam Abu Daud dan An-Nasai,” Tidak ada antara hamba dan kekufuran kecuali hanyalah meninggalkan solat.“

Imam Tirmizi pula berkata bahawa ” Antara kekufuran dan keimanan adalah meninggalkan solat.” Manakala Ibnu Majah pula berkata “Antara hamba dan kekufuran adalah meninggalkan solat.”

Dalam sebuah hadis riwayat At-Thabrani,Sabda Rasulullah SAW bermaksud: ” Siapa meninggalkan solat dengan sengaja maka dia kafir yang nyata.” Begitu juga dalam beberapa hadis yang lain Rasulullah SAW ada bersabda yang bermasud:” Tidak ada antara hamba dan kemusyrikan kecuali meninggalkan solat.”

Menurut Abu Ubadah bin Shamit r.a.” Kekasihku,Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tujuh hal. Baginda Bersabda:” Jangan kau sekutukan sesuatu dengan Allah. Meski kau dipotong dibakar atau disalib. Jangan kau sengaja tinggalkan solat.Siapa meninggalkannya,telah keluar ia dari agama ini. Jangan kau lakukan maksiat. Itu kemurkaan Allah. Jangan kau minum arak.Itu sumber segala kesalahan.” ( hadis sohih ).

Imam At-Thabrani merawikan bahawa ” Para sahabat Baginda Rasulullah SAW tidak melihat suatu amal yang kalau ditinggalkan menjadi kafir kecuali solat. Al- Bazzar merawikan,” Tidak ada bahagian dalam Islam untuk orang yang tidak solat.Dan tidak ada solat untuk orang yang tidak berwudhuk.”



Kesimpulannya: Solat adalah merupakan rukun Islam yang kedua dan jika meninggalkannya boleh membawa kepada kekufuran dan runtuhnya akhlak ummat Islam kini akibat daripada mencuaikan solat. Oleh itu peliharalah solat kita agar terpelihara juga segala amalan kita yang lain…ingatlah bahawa solat yang sempurna mampu mencegah kita daripada melakukan kemungkaran kepada Allah.

No comments:

Post a Comment