Syiah secara bahasa
bererti pengikut, sekumpulan
dan golongan. Sedangkan dalam
istilah Syara', Syi'ah adalah suatu aliran yang timbul sejak pemerintahan
Utsman bin Affan yang diketuai oleh Abdullah bin Saba', seorang Yahudi
dari Yaman. Setelah terbunuhnya Utsman
bin Affan, lalu Abdullah
bin Saba' menyebarkan
ajarannya secara terang-terangan dan mengumpulkan untuk mengisytiharkan bahawa
kepemimpinan (baca: imamah)
sesudah Nabi saw sebenarnya ke tangan Ali bin Abi Thalib kerana suatu nas
(teks) Nabi saw. Namun, menurut Abdullah bin Saba', Khalifah Abu Bakar, Umar,
Utsman telah mengambil alih kedudukan tersebut.
Keyakinan itu berkembang sampai kepada menuhankan Ali bin
Abi Thalib. Berhubung hal itu adalah suatu kebohongan, maka diambil tindakan
oleh Ali bin Abi Thalib, iaitu mereka dibakar, lalu sebahagian mereka melarikan
diri ke Madain
Aliran Syi'ah pada abad pertama hijriyah belum merupakan
aliran yang kukuh sebagai trend yang
mempunyai berbagai macam
keyakinan seperti yang berkembang pada abad ke-2 hijriyah dan
abad-abad berikutnya.
Penyimpangan Syiah pada kurun Pertama:
Keyakinan bahawa imam
sesudah Rasulullah saw adalah Ali bin Abi Thalib, sesuai dengan sabda
Nabi saw. Kerana itu para Khalifah dituduh merampok kepemimpinan dari tangan
Ali bin Abi Thalib r.a.
Keyakinan bahawa imam mereka maksum (terjaga dari salah dan
dosa)
Keyakinan bahawa Ali bin Abi Thalib dan para Imam yang telah
wafat akan hidup kembali
sebelum hari Kiamat
untuk membalas dendam kepada lawan-lawannya, iaitu Abu
Bakar, Umar, Utsman, Aisyah dll.
Keyakinan bahawa Ali
bin Abi Thalib
dan para Imam
mengetahui rahsia ghaib, baik yang lalu mahupun yang akan datang. Ini
bererti sama dengan menuhankan Ali dan Imam.
Keyakinan tentang ketuhanan Ali bin Abi Thalib yang diisytiharkan
oleh para pengikut
Abdullah bin Saba'
dan akhirnya mereka
dihukum bakar oleh Ali bin Abi Thalib kerana keyakinan tersebut.
Keyakinan mengutamakan Ali bin Abi Thalib atas Abu Bakar dan
Umar bin Khattab. Padahal Ali sendiri mengambil tindakan hukum cambuk(memukul)
80 kali terhadap orang yang meyakini kebohongan tersebut
Keyakinan mencaci maki para Sahabat atau sebahagian Sahabat
seperti Utsman bin Affan (lihat Dirasat fil Ahwaa' wal Firaq wal Bida' wa
Mauqifus Salaf minhaa, Dr. Nashir bin Abdul Karim Al-Aql hal. 237)
Pada abad ke-2 hijriyah, perkembangan keyakinan Syi'ah
semakin menjadi-jadi sebagai aliran yang mempunyai berbagai peringkat keyakinan
utama dan terus berkembang sampai berdirinya dinasti Fathimiyyah di Mesir dan
dinasti Sofawiyah di Iran. Terakhir aliran tersebut terangkat kembali dengan
revolusi Khomaini dan dijadikan sebagai aliran rasmi negara Iran sejak 1979.
Penyimpangan Syi'ah Secara Umum:
Pada Rukun Iman:
Syiah hanya memiliki 5 rukun iman, tanpa menyebut keimanan
kepada para Malaikat, Rasul dan Qadha dan Qadar- iaitu: 1. Tauhid (keesaan Allah),
2. Al-'Adl (keadilan Allah) 3. Nubuwwah (kenabian), 4. Imamah (kepemimpinan Imam),
5.Ma'ad (hari
kebangkitan dan pembalasan). (Lihat 'Aqa'idul Imamiyah oleh
Muhammad Ridha Mudhoffar dll)
Pada Rukum Islam:
Syiah tidak mencantumkan syahadat
dalam rukun Islam,
iaitu: 1.Solat, 2.Zakat, 3.Puasa, 4.Haji, 5.Wilayah (perwalian) (lihat
Al-Khafie juz II hal 18)
Syi'ah meyakini bahawa Al-Qur'an sekarang ini telah diubah,
ditambahi atau dikurangi dari yang asalnya, seperti:
"wa inkuntum fii roibim mimma nazzalna 'ala 'abdina FII
'ALIYYIN fa`tu bi shuratim mim mits lih (Al-Kafie, Kitabul Hujjah: I/417)
Ada tambahan "fii 'Aliyyin" dari teks asal
Al-Qur'an yang berbunyi:
"wa inkuntum fii roibim mimma nazzalna 'ala 'abdina
fa`tu bi shuratim mim mits lih" (Al-Baqarah:23)
Kerana itu mereka
meyakini bahawa: Abu
Abdillah a.s (imam
Syiah) berkata: "Al-Qur'an yang dibawa oleh Jibril a.s kepada Nabi
Muhammad saw adalah 17.000
ayat (Al-Kafi fil
Ushul Juz II
hal.634). Al-Qur'an mereka yang
berjumlah 17.000 ayat itu disebut Mushaf Fatimah (lihat kitab Syi'ah
Al-Kafi fil Ushul
juz I hal
240-241 dan Fashlul
Khithab karangan An-Nuri Ath-Thibrisy)
Syi'ah meyakini bahawa
para Sahabat sepeninggal
Nabi saw, mereka murtad, kecuali beberapa orang saja,
seperti: Al-Miqdad bin Al-Aswad, Abu Dzar Al-Ghifary dan Salman Al-Farisy (Ar
Raudhah minal Kafi juz VIII hal.245, Al-Ushul minal Kafi juz II hal 244)
Syi'ah menggunakan senjata "taqiyyah" iaitu
berbohong, dengan cara menampakkan
sesuatu yang berbeza
dengan yang sebenarnya, untuk menipu(Al
Kafi fil Ushul Juz II hal.217)
Syi'ah percaya kepada Ar-Raj'ah iaitu kembalinya roh-roh ke
jasadnya masing-masing di dunia ini sebelum Qiamat dikala imam Ghaib mereka keluar
dari persembunyiannya dan menghidupkan Ali dan anak-anaknya untuk balas dendam
kepada lawan-lawannya.
Syi'ah percaya kepada
Al-Bada', yakni diperlihatkan bagi
Allah dalam hal keimaman Ismail (yang
telah dinobatkan keimamannya oleh ayahnya, Ja'far As-Shadiq, tetapi
kemudian meninggal disaat ayahnya masih hidup) yang tadinya tidak diperlihatkan.
Jadi bagi mereka, Allah boleh khilaf, tetapi Imam mereka tetap maksum
(terjaga).
Syiah membolehkan "nikah mut'ah", yaitu nikah
kontrak dengan jangka waktu tertentu (lihat Tafsir Minhajus Shadiqin Juz II
hal.493). Padahal hal itu telah diharamkan oleh Rasulullah saw yang diriwayatkan
oleh Ali bin Abi Thalib sendiri.